Exco wanita PAS dituduh khalwat

Saturday, January 31, 2009

Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali membuat laporan polis terhadap satu laman web pro-Umno berhubung tuduhan beliau ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Wakil rakyat PAS itu berkata, tuduhan yang dilemparkannya itu "berniat jahat, tidak masuk akal, menjatuhkan maruahnya" dan mahu mengaibkannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang.



"Saya adalah wakil rakyat PAS, sudah tentulah yang saya dukung ini adalah Islam.

exco interview 170408 halimah ali"Dan sebagai exco pembangunan modal insan, sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jama'i atau berkumpulan," tulisnya di blog drhalimahali.blogspot.com.

Image Hosted by UploadHouse.com

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada Selasa lalu setelah mendapat nasihat daripada peguam PAS.

Ahad lalu, seorang ahli forum MyKMU.net yang dikenali hanya sebagai Jamilisa memuatkan tuduhan itu dengan judul "Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah" pada 25 Januari.

"Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel," coret Dr Halimah lagi.

Beliau mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. - Jimadie Shah Othman/Malaysiakini

READ MORE - Exco wanita PAS dituduh khalwat

cerita lain sempena PRK Kuala Terengganu -siri 3

Thursday, January 29, 2009

Dua minggu telah berlalu, pelbagai kesah telah diterjemahkan kepada rakyat, untuk rakyat kerana rakyat dan kemenangan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu telah berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Penulis kecil ini telah berpeluang meninjau dari pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain semasa berlangsung nya hari pilihanraya itu pada 17hb.januari 09. Bermula di pusat mengundi Ladang disebelah pagi nya group kami beralih ke pusat mengundi Batu Buruk dan berlalu kepusat mengundi yang lain. Dipusat mengundi Sekolah Sultan Sulaiman kami bertapak agak lama sedikit kerna kebetulan kami tiba kesitu, ada terdapat sedikit kekecohan dan riuh dengan laungan dari perayu undi pembangkang dan pegawai pilihanraya.



Kelihatan anggota polis dan beberapa orang pegawai pilihanraya berkejaran dibelakang sekolah dan memanggil dua orang lelaki yang merayau rayau 'ada tujuan' agar keluar dari kawasan sekolah setelah pekara itu di bantah oleh beberapa orang perayu untdi pembangkang.

Setelah selesai pilihanraya pada jam 5.00 petang, kami mula beredar dan mencari kedai kedai makan untuk mengalas perut. Apabila bertemu 'wakil' penulis ini yang berada dipusat mengundi Sekolah Kuala Bekah sejak pagi lagi, beliau menceritakan dipusat mengundi di sana terdapat se orang pemancing undi yang berkeliaran mencari mangsa nya. Al maklumlah ketika itu juga merupakan saat saat akhir bagi mereka untuk memancing undi tak kira dipihak kerajaan dan sebaliknya.

Image Hosted by UploadHouse.com
perhatikan umpannya.. memancing undi.


Wakil kami itu turut menyatakan, si-pemancing itu menjadi tarikan ramai orang orang yg lalulalang dan kereta kereta yang melalui dikawasan tersebut. Sesekali beliau di boo oleh pihak lain dan sesekali bertukar dengan sorakkan bagi pihak yang satu lagi. Khabarnya 'si-pengail' itu berasal dari Kemaman Terengganu ia itu wakil petugas dari sana. Wakil kami turut mendekati si-pemancing undi itu untuk bertanya sesuatu. Mungkin idea 'memancing' itu merupakan idea spontan dan menjadi sedikit kelucuan kepada mereka. Umpan yang digunakan pada 'mata pancingnya itu' adalah not not RM5.00, RM10.00 dan not RM50.00. dengan menggunakan joran tradisional.

Sebelum kumpulan kami beredar, sebuah kereta 4X4 petugas BN datang mendekati saya dan rakan rakan dan seorang perempuan didalam nya mencampakkan beberapa keping buku kecil bewarna hijau yang kulit buku itu bertulis 'PAS KLUK KLEK' kami hanya memerhatikan saja dan kalian itu terus berlalu. Kami pun kurang berminat untuk membaca teks didalam buku tersebut. Terdapat juga banyak banner yang bertulis "DARI RAKYAT, UNTUK RAKYAT DAN KERANA RAKYAT" dan apabila keputusan pilihanraya di ketahui maka ia nya dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT!

READ MORE - cerita lain sempena PRK Kuala Terengganu -siri 3

Berlalu nya Kuala Rompin 30 tahun lalu

Tuesday, January 27, 2009

Pada 26hb. lepas saya menerima undangan jamuan makan 'ekslusif kecil' yang bertempat diPantai Hiburan Rompin. Saya mengajak seorang sahabat untuk menemani saya kesana dan bertolak diawal pagi.Setelah matahari mula memancar dipagi itu, kami tiba Di Beserah Kuantan dan telah 'ditahan' oleh seorang activis tempatan untuk berhenti seketika kerana mangajak kami bersarapan pagi, setelah beliau 'terperok' didalam fourwheel drive nya, sekian jam menunggu kami dalam perjalanan itu, setelah mendapat info yg kami berdua akan ke Kuala Rompin.



Kami berhenti makan pagi di sebuah gerai yang dikenali dengan panggilan 'Astaka'. Semasa makan activis umum itu bertanya khabar dan berbual bual dalam bab sejarah berkaitan dengan kepahlawanan melayu yang tercetus di Mersing Johor, termasuklah hal hal persilatan melayu yang berasal dari Pagar Ruyung Indonesia dan Yunan China. Tak ketinggalan juga menyentuh beberapa orang tokoh silat di area itu, 'Pak Anjang Derahman, Mat Wong, Panglima Hitam' dan beberapa orang yang lain lagi.

Selesai minum saya dan rakan terus bergegas ke Rompin dan didalam perjalanan ke selatan itu, saya menerangkan beberapa lokasi tertentu kepada rakan ini kerana beliau belum pernah lagi menjejakkan kaki nya kesini dan beliau pernah menetap di Terengganu dan Bentong Pahang. Saya pernah menetap di Rompin dan merantau meninggalkan daerah itu lebihkurang 26 tahun lalu. Beberapa kesah 'menarik'dalam perjalanan tersebut mungkin akan diceritakan dalam keluaran seterusnya.

Matahari semakin meninggi, kami tiba di bandar Rompin lebihkurang jam 11.45 pagi agak terlewat seperti yg dijangkakan kerana memandu dengan kelajuan sederhana sambil mencerita beberapa kesah kepada rakan disebelah, termasuklah penjara Penor, Tol jambatan Pekan, muzium Pekan, kesah penempatan orang asli, pemeliharaan belut Tanjung Batu, teropong anak bulan Tanjung Batu, jeti Kg.Nenasi, activiti sarang burung layang layang, udang galah Rompin, summer set resort, kepah di Lanjut dan banyak lagi, dengan keasyikan itu kami terlewat sidikit ke distinasi nya.

Bab majlis jamuan itu saya tinggalkan, dan beralih cerita semasa perjalanan pulang. Kami singgah ke masjid lama Kuala Rompin, pada tika itu tidak ramai orang berada dimasjid, semasa kami berada di 'gallery' masjid tersebut terpandang juga beberapa helai kenyataan dipapan nya pasal kuliah dan gambar2 peristiwa 'sadis'tembakan di Batu Burok Terengganu. Kami meninggalkan masjid itu dan masuk ke laluan bandar lama.

Image Hosted by UploadHouse.com
Pejabat Kastam Rompin..

'Hati menangis' apabila membelok kekiri masuk ke bandar lama, bermula dengan pejabat Pos terus perpandang tiang tiang kayu yg berdiri kaku dek kehangusan dibakar api. Bekas tapak panggung wayang telah ditumbuhi semak menghijau, yang suatu ketika dahulu amat gah dengan filem2 hindustannya, termasuklah filem Sanggam. Terus ke depan dan yang ada hanya bangunan2 kedai kayu lama ditinggal sepi, sebelum membelok kekiri terlihat dua orang budak melayu bermain main basikal dan sebuah 4X4 yang pintunya remuk selepas kemalangan. Kesayuan lagi apabila terpandang sebuah gerai mamak yang masih wujud hingga kini sejak lebih 30 tahun lalu dan saya pernah menikmati roti canai nya sekitar 26 tahun dulu.

Kami berhenti sekejap berhampiran jeti Kuala Rompin, dan sudah tidak kelihatan lagi jeti nya yg tinggal hanya pancang pancang kayu dan bangsal lama. Kelihatan juga sebuah jeti lain yg dibina disebelah kiri jeti asalnya. Kami tak berpeluang kesana kerana kesuntukan masa dipetang itu. Sebelum kami 'melawat' pejabat kastam Rompin yg lama itu, terpandang juga konkrit yg sedang disiapkan oleh beberapa orang pekerja (sedang evertime agaknya, kerana hari itu cuti tahun baru China) yang kami difahamkan satu pembinaan jeti yang baru bakal disiapkan nanti.

Image Hosted by UploadHouse.com
Bot Perikanan yang masih ada..

Kuala Rompin bekas daerah ku yang famous juga dengan 'sajian sajian' nya itu, di tinggalkan lebihkurang jam 4.30 ptg kami terpaksa berangkat pulang awal. Pada waktu nya Kuala Rompin terkenal dengan tembikai, kepah,udang galah, acara pancing tahunan ikan layaran nya. pesta pantai, taman negeri Endau/Rompin, Tioman dan banyak lagi yang tak dapat nak dikesahkan disini. - SMKR

- artikel ini disemak editor tanpa di edit/tq

READ MORE - Berlalu nya Kuala Rompin 30 tahun lalu

cerita lain sempena PRK Kuala Terengganu -siri 2

Friday, January 23, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Keenakan rasa ikan bakar, sering menjadi igauan di antara kita. Tak kira di Batu Pahat, Kajang dan membawa ke seantero di merata daerah dinegara ini... dan kali ini 'si-pemerhati politik kecil' membawa pula satu penceritaan berkait dengan ikan bakar di suasana 'panas' sempena PRK Kuala Terengganu baru baru ini.

Wa sendiri tidak begitu mengetahui lokasi ini kerana agak jarang 'bermain' di Terengganu, kebetulan gara gara pilihanraya kecil pada 17hb. lalu wa berkesempatan berada disana untuk beberapa ketika. Namun begitu belum terlambatlah lagi untuk wa mengucapkan tahniah kepada Hj.Ab.Wahid Endut, diatas kemenangan beliau dalam perebutan kerusi parlimen itu. Kapada calun Bn En.Wan Farid, jangan putus asa boleh cuba lagi dilain kali demi merialisasikan pengaruh parti masing masing.



Selepas tamat waktu mengundi jam 5.00 ptg, group saya mula beredar setelah 'meninjau' beberapa pusat mengundi sebelum itu dan seorang sahabat warga Terengganu mencadangkan kami berehat dan minum petang disebuah restoran ikan bakar, yang pernah menjadi restoran 'kontraversi' dengan bermulanya hari penamaan calun, di Kuala Terengganu. Wa pun turut muskil dengan tidak berpeluang merakamkan gambar di lokasi yg diceritakan ini.

Restoran Shelly juga dikenali dengan 'Kedai Hamid' terletak dibawah gertak atau jambatan Kuala Ibai yang menyajikan pelbagai masakan panas sejajar dengan terkenalnya masakan ikan bakar di lokasi tersebut. Ketika kami tiba ke restoran itu, saya perhatikan suasan nya agak 'hening' pelanggan pun tidaklah begitu ramai lagi, al maklumlah tempuh layak mengundi masihlagi 15 minit berlalu. Ruangan disebelah tepi menghadap kocakan arus sungai, satu meja panjang yg di sediakan pinggan dan cawan beralaskan kain meja berwarna hijau pucuk pisang, se akan akan menantikan para tetamu 'khas' yg bakal bersarapan sebentar lagi.

Wa and the geng mengambil tempat, sambil membuat pesanan kami berbual bual dan tak ketinggalan juga Ketua Moderator Tranungkite online dan Ust.Azman Shapawi bekas adun Dungun yg lalu. Di ke asyikan bercerita bab 'politik' tanah air, rakan dari Terengganu menyatakan, "beberapa hari sebelum itu satu kejutan yang berlaku di restoran ini, dek pertembungan dua orang tokoh politik tanah air yang membuat sedikit 'keriuhan kecil' kerana seorang tokoh pembangkang berada di meja yg berhampiran sungai, manakala se orang lagi tokoh dari Selangor bersama kumpulannya baru saja tiba dan menuju ke meja yg berhampiran sungai juga. Apa bila beliau terpandang saja Datu'Seri Anwar Ibrahim sedang menikmati makanan bersama rakan rakan Parti Keadilan nya, Sang Bekas MB Selangor ini terpaku seketika dan konon berjalan terus sambil membelok ke belakang lalu beliau bersama group nya beralih tempat ke meja dibahagian sisi depan berdekatan dengan tanah daratan".

Orang ramai yg memenuhi gerai itu tersenyum memandang Datu'Khir Toyo berjalan lurus sambil membuat u-turn kebelakang. Ramai dari pelanggan waktu itu terdiri dari para penyokong pari masing masing yg bertanding pada 17hb. nanti.

Sambil geng Datu'Khir Toyo menjamu selera, kumpulan Anwar Ibrahim pula mula beredar, dan melalui jalan sisi keluar dari restoran itu. Wa punya rakan ini juga menceritakan, yang Si-MB lama negeri Selangor itu tutut menjelaskan bayaran makanan dari orang ramai yg duduk berdekatan dengan meja nya, tak kira yag memakai kopiah mahupun bertopi 'lidah anjing' atau bertopi sudu.

Sejak hari penamaan calun sehinggalah ke hari kemuncaknya 17hb,restoran itu menjadi tumpuan ramai lagi pemimpin politik kedua dua belah pihak yang agak sebuk 'menjalankan tugas' bagi mempengaruhi para pengundi dikawasan itu, Parlimen Kuala Terengganu.

READ MORE - cerita lain sempena PRK Kuala Terengganu -siri 2

dimanakah kita dan jangan mendabik dada

Thursday, January 22, 2009

Siapa kah kita sebenarnya, apakah tujuan kita diturunkan ke dunia, apakah tugas tugas kita nanti, didunia. Aku? aku yang mana..siapa aku dan di alam roh kita telah berjanji yang maha esa itu tuhan ku, alastu rabbiqum qalu bala syahidna. Manusia adalah sebaik baik kejadian, itulah kita khalifah dimuka bumi.Kita amatlah kerdil, fikir fikirkanlah.



Image Hosted by UploadHouse.com
di sekala ini kita janganlah mendabik dada, akulah khalifah di muka bumi.

Image Hosted by UploadHouse.com
sedarkah kita betapa kecilnya bumi dan para penghuni nya

Image Hosted by UploadHouse.com
bandingan kedudukan bumi dengan planet lain

Image Hosted by UploadHouse.com
dalam sekala ini bumi kita sudah hilang dari pandangan, tidak kelihatan lagi.



Image Hosted by UploadHouse.com
disini matahari hanya sebesar debu

Antares merupakan bintang yang ke 15 paling terang diangkasa dan jaraknya 1000 tahun cahaya dari muka bumi.

- ihsan by nur_6672@yahoo/editor matjejakrasul

READ MORE - dimanakah kita dan jangan mendabik dada

cerita lain sempena PRK Kuala Terengganu -siri 1

Tuesday, January 20, 2009

Kampong Pengadang Baru, Kuala Terengganu mempunyai sejarah detik tertentu pada 16/01/09 hari jumaat baru baru ini, iaitu sehari sebelum hari pengundian piliharaya kecil parlimen Kuala Terengganu. Sembahyang jumaat dimasjid Pematang Baru pada hari tersebut cukup ramai sekali berbanding diminggu2 sebelum nya. Para jemaah yang amat ramai itu duduk berhimpit himpit sesak dalam masjid dan melempah keluar. Itulah fenomena suasana yg jarang terjadi dilokasi tersebut. Hal ini juga punya hubungkait dengan PRK parlimen Kuala Terengganu pada esoknya.



Image Hosted by UploadHouse.com

Kehadiran jemaah yg begitu ramai itu ditambah dengan kedatangan para jemaah dari jauh, hampir dari segenap negeri di Malaysia berada di Terengganu pada hari itu, keadaan begini juga berlaku di beberapa masjid lain di daerah Kuala Terengganu, yang menerima kedatangan orang luar mencurah curah masuk dan tidak ketinggalan juga dengan kehadiran para anggota polis yg mencecah 10,000 orang. Dari jumlah itu banyak ribu juga yg datang berjumaat, kata seorang penganalisis politik.

Pembaca khutbah jemputan hari itu, MB Perak Hj.Mohd Nizar Jamaludin menyampaikan khutbah nya dengan lancar dan baik walaupun tanpa teks ucapannya. Yang nyata pada hari itu tak kelihatan para jemaah 'terangguk anguk tanda setuju' atau pun mengantuk.
Masjid ini pada kebiasaan memang hidup ataupun aktif dengan kuliah dan sebagainya serta ramai yg mengimarahkan dengan kehadiran para jemaah aliran pembangkang. Ditengah tengah kesesakan para jemaah yg mendengar khutbah yg lancar dan 'jelas' dari penyampaian MB Perak itu, muncul juga seorang tetamu dari jauh yg juga merupakan seorang anggota exco di parlimen. Memang ramai yg perasan dan mengenali dengan kelibat beliau, seorang tokoh dalam bidangnya iaitu Dato'Jins Shamsudin.

Image Hosted by UploadHouse.com
yg ini gambar hiasan

Beliau dengan khusyuk mendengar khutbah dan ramai yg bersalam dengan nya setelah selesai menunaikan sembahyang. Sayang juga penganalis dihari itu tidak membawa kamera untuk merakamkan suasana 'riang' di persekitaran masjid itu, yang amat jarang terjadi dengan limpahan orang yg ramai sempena PR/kecil dan pengkhutbahnya Hj.Mohd Nizar, MB Perak.

Penceritaan 'kes terpencil' begini mungkin bersambung di keluaran akan datang, dalam episod yang sama. - pengarang jemputan

READ MORE - cerita lain sempena PRK Kuala Terengganu -siri 1

menyuluh 'ketam' ketika orang sebuk mengira undi

Sunday, January 18, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com
kemuculan model ini, 'catwalk' dimalam itu

TPM Dato'Seri Najib berkata dalam sidang selepas pengumuman keputusan piliharaya kecil Kuala Terengganu semalam, BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi dan kita percaya pada demokrasi, kata nya yang juga menjadi pengarah pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu.



Tambahnya ia akan menjadi iktibar dan akan mengambil langkah langkah perlu untuk menjaga imej parti dan keyakinan rakyat serta yakin kesudahannya rakyat akan memberi sokongan pada Bn semula. Masih terlalu awal untuk menentukan punca kekalahan dan fakta yg menyebabkan kemorosotan nya dan kita akan tahu bila tiba masanya.

Suasana muram menyelubungi beberapa kepimpinan yg ada ketika sidang akhbar lebihkurang 15 minit itu, sebelum ketibaan Najib dalam sidang akhbar itu sudah tersebar berita di kalangan wartawan yang menunggu di situ sejak sebelum jam 8 malam lagi bahawa calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas di tangan calon PAS. Sistem khidmat sms telefon bimbit masing masing asyik bergema dalam suasana agak muram itu.

Disatu pihak lagi suasana agak berbeza dari awal lagi, dan diluar sana penyokong2 PAS mula riuh apabila menerima pesanan sms di telefon masing2, sebelum itu selepas maghrib mereka agak suspen tertanya tanya. Ketika kalian selesai menunaikan solat maghrib, satu lagi fenomena menarik bersama agenda nya. Suasana gempita riuh diruang udara bandar Kuala Terengganu, helikopter Polis mula meredah malam yg lengkap dengan spotlight berkuasa tinggi. Memancar cahaya kebumi untuk menyuluh 'ketam' yang tak pasti, itulah antara agenda yamg tersembunyi atau pun seolah olah mereka turut meluah kegembiraan menyambut detik kemenangan di pihak pembangkang itu. Sedari waktu siang lagi asyik berlegar legar di udara dan dua buah lagi standby dihadapan balai yg mana kipas nya terus berpusing, itulah kecekapan pasukan polis kita dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Di siang tadi Kelompok kami juga merayau ke pusat mengundi yg lain untuk melihat suasana nya dan agak lama berada dipusat mengundi Sekolah Sultan Sulaiman dan mungkin penceritaannya akan disiar diwaktu lain dalam episod yang sama.

- kabuswangi

READ MORE - menyuluh 'ketam' ketika orang sebuk mengira undi

Kepala babi dalam surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Friday, January 16, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.
Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.



Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.
“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.
Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.
Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini

READ MORE - Kepala babi dalam surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Gara gara PRK Kuala Terengganu

Thursday, January 15, 2009

Dato'Wan Ahmad Farid calun BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu berkata (sepertimana yg dilapurkan akhbar online Malaysiakini), gambar gadis yang duduk disebelahnya ketika berkaraoke sebagaimana dalam gambar yg tersebar luas di internet itu adalah cucu kepada pemimpin PAS dan juga merupakan anak saudara nya. Tambahnya, dia takkan beritahu siapa pemimpin itu bimbang akan datuk gadis itu susah hati.



Image Hosted by UploadHouse.com

Kata beliau lagi, ini adalah serangan peribadi terhadap nya. Kalau nak hitungkan bab serangan peribadi, rasanya amatlah banyak dan cuba kita kembali kepada hakikat nya.
Apa kah yg berlaku ketika itu. Kalau nak kira pasal cucu cucu ini, PM kita sendiri juga cucu kepada seoarang ulamak terbilang, tetapi dimanakah hasilnya? iman tak dapat diwarisi kata kumpulan Raihan. Amanah kepada rakyat jelata harus di perhalusi. Seandainya rakyat itu 'lagha' disamping kealpaan individu, kepimpinan nagara juga bertanggung jawab dalam hal ini. Bagaimana dengan konsep pendidikannya, bagaimana sistem kemasyarakatnya. Apa cerita dengan penarikkan pembelajaran tulisan jawi, misal nya, dan sekarang apa jadi pada jenarasi anak anak kita pasal jawi ini?

Kembali semula perihal pilihanraya kecil ini mahupun pilihan raya besar. Bab ramalan dan yakin itu yakin ini sudah cukup sinonim dengan mereka yg terlibat. Seolah olah kitalah sebagai penentu, sememangnya nya kita yg berusha dan ketentuan nya bukan kita tentukan yg ini harus diingat. Itu belumlagi mencangkup "kita yg berusaha" sebenarnya betul ke kita yg berusaha? kita kalau tanpa kudrat, iradat nak melakukan macam mana.
Dalam PRK ini sukar hendak di elakan hal hal begitu, semacam 'tanpanya' kehidupan rakyat tak berguna.

..dan Pak menteri kita juga berkata "jangan politikan harga barang, jangan politikan kehadiran polis yg ranai, habis apa yg boleh dipolitikan? yg bolehnya kita politikan hudud, kita politikan amanat Hj.Hadi".. ada pula menteri menteri kita pertikaikan Kelantan, ngapa PAS memerintah berpenggal penggal tapi hukum hudud tak dilaksanakan. PAS penipu kata nak buat hudud tapi tak buat. Kalau difikir fikirkan semacam tak cerdik pula bapak2 menteri kita ini. Yang luluskan undang2 itu adalah kerajaan persekutuan, kalau Kelantan buat hukum hudud kena refer ke persekutuan untuk dilulus atau sebaliknya. Baru disebut sebut pasal hukum hudud, tiba tiba se orang peguam Islam BN membuat saman terhadap negeri Kelantan, apa cerita? lihat cermin dulu, kalau nak pertikai.

SPR punyai hubungan akrab dengan JPN di Terengganu kebelakangan ini dalam kes PRK ini sehinggakan pejabat masih dibuka jam 10 malam, apa cerita? pegawai pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim letak jawatan secara mengejut, selepas dikeritik PAS kerana perlakuan berat sebelah, mengapa letak jawatan? berani kerana benar.

Saya rasa agak dukacita menulis artikel ini, kerana amat sedikit yg dapat diluahkan, gara gara PRK di Kuala Terengganu ini, insya Allah jumpa lagi.

- Tokwan Siko Dungunselatan

READ MORE - Gara gara PRK Kuala Terengganu

Kehadiran Ramai Polis Semakin Mengelirukan Orang Ramai

Wednesday, January 14, 2009


Kuala Ibai, Kuala Terengganu - Kehadiran polis yang begitu ramai dalam kawasan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu menyebabkan menjadi sulit untuk mengenali samada seseorang itu adalah polis atau bukan polis.



Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong berkata demikian dalam sidang media harian di Markaz Besar Pilihanraya, Kuala Ibai dekat sini hari ini.

Menurutnya ada kenderaan yang berupa van dan bas yang telah memuatkan penumpang telah dberi iringan oleh polis dan dibawa kedalam kawasan pilihanraya.

“ada maklumat yang mengatakan ada bas atau van yang besar yang dimuatkan dengan orang, yang di iring (escort) oleh polis,

“siapa-siapa yang identiti didalamnya, kelihatannya orang-orang muda, kita lihat pergerakan-pergerakan ini hampir keseluruhan kawasan pilihanraya,”katanya mendedahkan maklumat yang beliau terima dari orang awam kepada pihak media.

Ulasan: agak dibimbang juga bertambahnya pengundi baru secara mendadak mahu pun pengundi2 muda berambut pendek - Tok Selampit Merah

READ MORE - Kehadiran Ramai Polis Semakin Mengelirukan Orang Ramai

"Kempen" Dato'Seri Hamid Albar di Terengganu

Image Hosted by UploadHouse.com

Datu’Seri Hamid Albar adalah antara tokoh kepimpinan negara kita yang agak semakin menyerlah kebelakangan ini, suara suara beliau sering juga berkumandang, tak kurang juga dengan kenyataan kenyataan nya yang agak kurang disenangi oleh beberapa pihak.

Dalam lapuran BERNAMA semalam 13hb, beliau berkata “Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menggunakan kelebihan hubungan rapatnya dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mempengaruhi kuasa besar itu mengarahkan Israel menghentikan serangan di Gaza” dan tambahnya Anwar pun ada pengaruh sebab diorang pun rapat dengan Amerika. Jadi mereka patut guna pengaruh, guna rakan-rakan Amerika, jadi sama-sama bertindak," katanya, selepas majlis pelancaran program Masyarakat Wanita Anti Dadah (Mawadah) peringkat kebangsaan di sini. (Terengganu).

Yang menjadi persoalannya, kenapa beliau sendiri agak menekan Anwar untuk berbuat begitu? walaupun pekara ini menjadi salah satu usha usha kita untuk menjernihkan suasana yang bergolak itu… dan bukanlah bermakna ia menjadi kesalahan, tetapi agak mendukacitakan yg mana sebelum ini Anwar menjadi tempat beliau dan kroni terus menghentam dan melanyak siap mengwar warkan yg Anwar itu kaki lewat. Anwar ini tak habis habis berangan dan Anwar ini cakap tak serupa bikin. Mengapa pula sekarang meminta Anwar menggunakan pengaruh untuk menasihati Amerika untuk meminta Israel menghentikan keganasan?

Yang lebih eloknya biarlah beliau sendiri atau pun PM yg bertemu Amerika untuk mengatasi pekara ini. Kerana ketua kerajaan sendiri atau pun kerajaan Malaysia yg berbuat begitu kerana ia adalah lebih rasmi dan bertanggung jawab. Tak dinafikan juga yg Anwar dengan secara tak langsung boleh juga untuk melaksanakan nya.

Kemana perginya pemimpin pemimpin kita? dimana Dato’Najib? dimana Pak Lah? dimana Hishamuddin dan kemana pula Datu’Nazri? bukankan ini antara pahlawan2 kita?

Kenapa nak disuruh si-Anwar pula, bukankah beliau ini peliwat? perasuah? pemecahbelah masyarakat, ajen yahudi dan dimanakah kewibawaan kita mengharapkan orang begini? kita kena jaga imej negara kita, salah satu negara yg disegani. Malaysia boleh.
READ MORE - "Kempen" Dato'Seri Hamid Albar di Terengganu

Kegagalan Israel

Tuesday, January 13, 2009

Ketahuilah, Palestin kini secara politiknya ada dua bahagian, Genting Gaza (Gaza Strip) & Tebing Barat (West Bank).

Secara haknya, seluruh kawasan 'Israel' (secara tegas saya nyatakan negara ini tidak wujud) dan 2 bahagian ini ialah wilayah Palestin yang sebenar.

Bagaimana Gaza mendapat namanya?


Bayangkan kalau seluruh rakyat Pahang dihalau dan disuruh masuk ke kawasan Kuantan dan sekitarnya, maka akan terbentuklah Genting Kuantan. Maka, bandar terbesar di Genting ini ialah bandar Kuantan.

Begitulah juga dengan Gaza dengan bandar utamanya iaitu Gaza City. Gaza ni kecil sahaja, lebih kecil daripada Perlis, dan besar sikit daripada bandaraya Kuala Lumpur (ibu kota Malaysia).

Image Hosted by UploadHouse.com

Dulu apabila saya membaca kepadatan penduduk dunia, maka dikatakan kawasan terpadat di dunia ialah Macau la, Malta la, Monaco la. Rupanya Gaza lebih padat lagi. Bayangkan dalam kawasan sekecil tu, ada 1.5 juta orang penduduk!

Memang Israel hendak menjadikan Palestin sebagai ground Zero. Mungkin mereka telah 'berjaya' menghapuskan anak muda (setakat ini 30% terbunuh ialah kanak-kanak) . Mungkin ramai wanita-wanita yang hilang suami dan sebaliknya.

Namun yang gagal dihalang Israel ialah;

i) dunia semakin tahu akan kedajalan Israel
ii) dunia semakin kenal watak jahat AS dan bagaimana badutnya Bush (dan Obama yang dua kali lima)
iii) dunia semakin tahu akan kehebatan HAMAS
iv) Gaza semakin terkenal
v) ummat dunia terutamanya Muslim bertambah sedar akan isu Palestin

Komen editor
: Kita perlu sedar bahawa serangan Israel laknatullah terhadap Gaza merupakan isu kemanusiaan. Bayangkan sebuah 'tempat' kecil yang dikelilingi oleh tembok buatan Israel dan dipenuhi jutaan orang, diserang dengan kapal terbang perang, Apache dan kereta kebal. Bayangkan jika Kuala Lumpur (Gaza hanya sebesar Kuala Lumpur) diserang begitu oleh Israel. Sebab itulah kita dapat lihat response seluruh masyarakat dunia, tidak kira Muslim atau bukan Muslim.

Image Hosted by UploadHouse.com


* Firdaus Rahim /
firdausrahim. iluvislam. com


__._,_.___
READ MORE - Kegagalan Israel

Boikot disuruh, bila kita boikot kena tahan pula

Monday, January 12, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Dalam kita ghairah melahirkan rasa tak puas hati dengan kekejaman Israel di Gaza, Palestin. Termasuk media media utama dan TV terus menghentam dengan keganasan itu, malah cukup banyak suara suara ini diterjemahkan didada dada akhbar, juga laman laman blog sejak mutakhir ini. Saban hari sejak kebelakangan ini kita semua dihujani dengan kempen memboikot barangan keluaran atau ada hubungkait dengan Israel dan kuncunya Amerika.

Sehingga ada pendapat agar PAS dan BN melaksanakan 'gencatan senjata' dalam acara kempen masing masing di PRK Terengganu yg mula rancak sekarang ini. Sekurang kurangnya memberi sedikit perhatian dengan sengsara yg dialami oleh umat Islam saudara kita di sana.

Apa yg dimuskilkan, kelmarin 21 orang ditahan Polis, didataran Merdeka berikutan dengan nyalaan lilin beramai ramai bagi menyuarakan hasrat bantahan terhadap kekejaman Israel menyerang rakyat Palestin di Gaza, sehingga setakat ini sudah hampir 700 orang sudah tekorban dalam siri serangan itu. Perhimpunan itu anjuran 'Gabungan Anti Perang' terhadap Palestin dan Sri Langka. Antara mereka yang ditahan ialah pemimpin Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim dan S Arutchelvan dan beberapa aktivis dari Suaram dan Jerit. Nasir juga merupakan wakil rakyat Kota Damansara.

Kita yg perihatin ini beriya ria membantah, group lain pula ditangkap, walhal perhimpunan yg aman untuk menunjukan kebencian dengan peristiwa itu. Inilah Malaysia negara ku, bukan negara kuku.

- si-pitung Damansara
READ MORE - Boikot disuruh, bila kita boikot kena tahan pula

Ramalan bintang 12 - TV9

Saturday, January 10, 2009

  Malam tadi saya menerima satu kiriman email dan rasa agak terkejut
 dengan apa yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut
 mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih
 mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa
 membaca horoskop atau ramalan bintang, seperti aries, libra, Sagittarius dan sebagainya 
walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.

Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut
 terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan
 kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di
akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari,
 tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti
 berjumpa tukang tilik.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti
 Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan
pekara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hokum membaca ramalan bintang zodiac, Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solat nya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta
 membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada
 ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk
 membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya
 dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin dengan apa yang dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang dating kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari." Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama al Fadhil, kadhi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu, Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obsess seterusnya. terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang > diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan, sedangkan perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa melanggan SMS horoskop? Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja dilakukan, sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12, ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak, adalam mereka yang tidak percaya kepada ketentuan Allah maha pencipta.- (page 1)

- email by "nor fadzila" awek_balangkaca@yahoo.com/ editor
READ MORE - Ramalan bintang 12 - TV9

antara sejarah di pilihanraya kecil

Friday, January 9, 2009

...dan berlalu nya PRK K/Terengganu dengan pelbagai gaya yang mengasyikan, bersama irama gelagat pengendalian yang memualkan. Dari satu sudut pemerhatian yang tersendiri, secara 'am nya bolehlah di anggap perjalanan acara penamaan calun kali ini agak lancar berbanding dengan beberapa PRK yang lalu, tak kiralah sama ada di Sanggang, Ijok, mahupun Permatang Pauh.

Image Hosted by UploadHouse.com pemerhati yg ditemubual penulis

Sehingga ke saat berita ini dihasilkan, persoalan dengan kehadiran anggota polis yg dianggap paling ramai dalam sejarah PRK telah menjadi tandatanya, khas nya buat para pemikir politik tanah air yg disifatkan agak meragukan. Kira kira lebih 6,000 anggota polis dari pelbagai bahagian ditempatkan dalam pilihanraya kecil kali ini. Mereka sebahagian nya ditempatkan di 19 buah pondok' polis segera' (canopy) yg dibina dimerata tempat dibandar itu dengan menjelang PRK ini. Kos yg begitu besar telah dibelanjakan dengan penempatan pasukan polis ini, yg juga mula meresahkan ramai anggota masyarakat setempat.

Image Hosted by UploadHouse.com

gambar hiasan

Apa yang difahamkan oleh setengah pemerhati, terdapat juga pasukan keselamatan bahagian kereta perisai. Hal ini dah jelas bagi kita semua proses PRK kali ini ada sesuatu yg tak kena. Jika diambil kira pula, pekara ini seolah olah akan berlaku dharurat. Mengapa pula kereta perisai digunakan? sejak PRK yg diadakan berapa orang sudahpihak pembangkang membunuh? apakah puak pembangkang ini 'samseng atau kongsi gelap' dan apa pula trajidi Memali suatu ketika dahulu? siapa tembak siapa? cukup memalukan. Agak terkilan bagi pemerhati tersebut yg tidak berkesempatan merakamkan gambar yunit kereta perisau itu.

Begitulah senario Bandaraya Persisiran Air, ketika perarakan pencalunan sedang berjalan menuju ke distinasi nya, kehadiran kumpulan pembangkang yg sudah dirasakan agak ramai itu, tiba tiba bertambah ramai lagi dengan 'menjelmanya' orang orang baru yg berambut pendek memakai kopiah juga ber T-shirt logo PAS. Kambing sekandang, sah sudah diketahui jantan betina nya.
READ MORE - antara sejarah di pilihanraya kecil

Kejutan budaya : boikot Nasara

Thursday, January 8, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Di awal 2009 ini pelbagai ‘kejadian’ mula di alami oleh kita semua, khusus nya di masyarakat Malaysia sendiri. Kesetabilan di Asia barat turut memainkan peranan dalam suasana masyarakat dinegara ini. Malah masyarakat dunia juga membuat kecaman terhadap kekejaman pihak Israel yang telah pun bergerak masuk ke wilayah Gaza setelah mengepung nya beberapa hari lalu. Apabila Amerika dan sekutu terus menjadi dalang dalam pergolakan ini, Israel tetap meneruskan keganasan, tak kira dikritik atau di bantah oleh mana2 pihak sekali pun.

Peranan Malaysia juga kebelakangan ini mula diluahkan oleh pelbagai pihak, malah pihak pembangkang terus menggesakan parlimen mengadakan sidang untuk membahaskan pekara ini…dan semalam kerajaan negeri Selangor menyatakan, akan menghantar satu misi kemanusiaan ke Palestin yang di terajuwi Yayasan Amal sebuah badan sukarela ke sana untuk menyalurkan bantuan perubatan dan sosial.

Beberapa badan pergerakan juga mengajak masyarakat kita memboikot barangan keluaran Amerika dan Israel. Beberapa pertubuhan atau pergerakan di aliran pembangkang Negara kita, telah banyak kali dan sedari dulu lagi mengajak masyarakan Malaysia memboikot barangan barangan tersebut, tetapi kerajaan kita tidak memberi respon yg di harapkan. Yang nyata matlamat ini terlalu sukar untuk dijayakan dan rakyat kita secara tak langsung terus membeli dan menggunakan barangan keluaran mereka itu.

Antara punca yang sering menemuwi kegagalan dalam cita cita ini, adalah kejutan budaya kita sendiri. Barangan kegunaan harian seperti Maggi, keluaran Nestle adalah kegunaan harian kita. Bedak2 bayi kegunaan harian kita, Telepon bimbit jenama Nokia merupakan alat telekomunikasi terbesar kegunaan rakyat Malaysia ini juga punyai hubungkait dengan Negara yahudi itu. Ini belum termasuk hal hal yg lain lagi, misalnya KFC, MacDonald dan amat banyak lagi barangan lain. Hal ini amatlah sukar untuk diatasi, sebab itulah yang dikatakan “kejutan budaya” tadi.

... dan yg memainkan peranan utama adalah kerajaan kita sendiri, kerjasama nya terbatas dan jika kerajaan turut memberi kerjasama, sah ia nya menjejaskan ekonomi kedua Negara tersebut. Umpama nya jika kerajaan tidak mengimport bedak Jonhson&Johnson dah tentu bedak itu tiada dipasaran dan orang ramai tidak membeli nya, sebab barang itu tiada. Katakan kerajaan kita tak mahu hubungan dengan Negara luar terjejas, apa salah nya jika di limitkan atau di hadkan jumlah import nya? paling tidak peratus penggunaan nya menurun. Itulah peranan utama nya kerjaan kita,.. andaikata cukai barangan itu juga merupakan pendapatan kerajaan, apasalah nya kita memberi @ mengambil tempuh tertentu untuk memboikot nya atau menggimport nya. Sekurang kurang depa tu mengerti atau faham mengapa motif sebenar kita yg membuat perniagaan nya terjejas.

Bila dah “kembali” aman, bolehlah kerajaan melonggarkan syarat nya itu, atau membawa masuk semula… inilah Negara ku, bukan Negara kuku!

- Nads 09
READ MORE - Kejutan budaya : boikot Nasara

antara produk yang perlu di boikot

Tuesday, January 6, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Senarai produk yang menyokong Israel yang perlu kita boikot!

Ingatlah setiap sen yang kita keluarkan kerana membeli produk-produk ini akan menyumbang ke arah penitisan darah dan kesengsaraan rakyat Palestin.


Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.

Lain-lain produk yang wajib kita boikot ialah seperti di bawah. Untuk melihat penglibatan dan kaitan mereka dengan Israel, klik link.

1- AOL Time Warner 2- Apax Partners & Co Ltd
3- Coca-Cola 4- Danone
5- Delta Galil 6- Disney
7- Estée Lauder 8- IBM
9- Johnson & Johnson 10- Kimberly-Clark
11- Lewis Trust Group Ltd 12- L'Oreal
13- Marks & Spencer 14- Nestle
15- News Corporation 16-Nokia
17-Revlon 18-Sara lee
19-Selfridges 20-The Limited Inc
21- Home Depot 22-Intel
23-Starbucks 24-Timberland
25- McDonald's 26-Arsenal FC

Sebarkan kepada semua Muslimin kerana setakat ini yang kita termampu berjihad melawan kafir Israel!

Sumber: Boycott Israel Campaign
READ MORE - antara produk yang perlu di boikot

Lagu Madah Berhelah diputarkan di PRK Terengganu

Friday, January 2, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Kewujudan mengugut atau menakutkan para pengundi yg berlainan arus, terus menghantui sejak zaman berzaman lagi. Menjelangnya PRK Kuala Terengganu nanti, dendangan puak puak ini terus dinobatkan disetiap media yg ada apatah lagi media yg disifatkan 'arus perdana'. Sebaik saja setiap pilihanraya akan di adakan, dendangan irama ini terus diputarkan silih berganti.

Mengundi PAS masuk syurga, mengundi PAS dapat pahala, Amanat Haji Hadi atau Hudud, itulah lagu dendangan musim pilihanraya. Sejak saya masih kecil lagi, irama ini terus berkumandang apabila menjelang musim nya. Kenapa tak difikir mengugut, menakutkan dan melarang orang ramai pergi atau untuk mengundi, itulah yg mendapat pahala? yang nyata dan terbukti setelah selesai saja piliharaya, adalah yg kena tahan pangkat, kena tukar ke pendalaman dan tak kurang yg dipecat, apakah itu dapat pahala juga ke? dan sekarang pangkah yg mana dapat pahala?. Hakikatnya sekarang mengundi sesuatu parti yg wadah nya tak betul, itulah sah mendapat dosa.

Asyik asyik isu pembangunan yg menggulakan rakyat, itulah isu keramat saban ketika tak kira musim pilihanraya atau sebaliknya. Pembangunan itu adalah tanggung jawab pemerintah, tak kira kerajaan mana yg memerintah itulah kewajiban nya. Kalau pembangkang memerintah negeri akan mundur, pelek juga ye,.. dalam kemunduruan Kelantan terbina juga TESCO, KB MALL dan sebagainya. Kalau rakyat Kelantan itu mundur tak maju, dah pasti mereka tak ada kuasa membeli, dan buat apa syarikat2 gergasi itu membina empayar mereka? tak cerdik kah mereka?

Nik Azik Nik Mat MB Kelantan turut berkata, "pelbagai projek pembangunan dijalankan di Hulu Kelantan, Gua Musang, Kubang Kerian, Wakaf Che Yeh di Kota Bharu dan Tok Bali di Pasir Puteh, Cuba tengok kapal terbang beberapa syarikat penerbangan mendarat di Kelantan berapa belas kali sehari.Kelantan menguruskan negeri menggunakan pendekatan sistem Islam dengan mengamalkan perbankan Islam, pelaksanaan menutup aurat dan sebagainya mengikut apa yang ditetapkan Islam.

Begitu juga judi. Saya tutup semua, tak benarkan orang Melayu , Cina main judi. Namun arak, minuman memabukkan dengan permit terhad, saya benarkan orang bukan Islam jual arak, minum arak dengan syarat jangan jual kepada orang Islam jika tidak lesen akan ditarik balik. Tidak ada apa. Bukan payah,” katanya pada pemberita Sinar Harian.

-cekoi Marang/editor m/cahaya
READ MORE - Lagu Madah Berhelah diputarkan di PRK Terengganu

Pembangkang sedia cabar jika bekas Pengerusi SPR saman

Thursday, January 1, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Pemimpin-pemimpin pembangkang sedia mempertahankan hak mereka jika disaman oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Jelas mereka, Abdul Rashid mempunyai hak untuk berbuat demikian jika benar dakwaannya semalam bahawa beliau sering difitnah oleh pemimpin pembangkang sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pihaknya menyambut baik hasrat Abdul Rashid itu kerana baginya tuduhan yang dilemparkan terhadap SPR selama ini mempunyai asas yang kukuh.

"Memang kita anggap beliau tak dapat jalankan tugas sebagai Pengerusi SPR dengan profesional dan adil.

"Beliau seringkali mengeluarkan kenyataan yang mempunyai unsur politik," katanya kepada mStar Online.

Semalam Abdul Rashid, yang mengakhiri khidmatnya sebagai Pengerusi SPR berkata, beliau serius untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang memandangkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seringkali bersifat peribadi.

Tambah Tian Chua, sepanjang Abdul Rashid menerajui SPR, terdapat banyak kelemahan sewaktu mengendalikan pilihan raya hingga melahirkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

"Begitu banyak kelemahan SPR, hingga kita terpaksa menganjurkan perhimpunan BERSIH bagi menggesa SPR menjalankan proses pilihan raya dengan telus dan berkesan," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Batu itu, Abdul Rashid mempunyai hak untuk mengemukakan saman kepada sesiapa sahaja dan baginya, beliau sentiasa bersedia menghadapi apa jua tuduhan.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata, tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap Abdul Rashid tidak bersifat peribadi sebaliknya atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi SPR.

"Bila beliau jadi pengerusi, tuduhan yang dilemparkan itu tidak peribadi sebaliknya beliau perlu bertanggungjawab.

"Beliau perlu melihat itu (tuduhan) sebagai tidak peribadi kerana kita melihat beliau sebagai 'SPR'," katanya.

Mohamad Sabu berkata, pertimbangan Abdul Rashid untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang adalah hak peribadi beliau.

"Beliau nak saman itu haknya, tapi orang yang kena tuduhpun ada hak untuk pertahankan," katanya.

Namun Mohamad Sabu menjelaskan, walau siapa jua yang menerajui SPR akan menerima kritikan dan tuduhan yang sama jika gagal melaksanakan tugas dengan baik.

"Siapa pun kalau jadi pengerusi tapi tak buat tugas dengan elok, akan ada tuduhan-tuduhan seumpama itu juga," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw, beliau memberitahu, sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Abdul Rashid mempunyai hak yang sewajarnya untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun katanya, Abdul Rashid yang bersara sebagai Pengerusi SPR semalam perlu mengemukakan bukti-bukti kukuh bagi mempertahankan dakwaannya itu.

"Beliau mesti kemukakan bukti dan sudah pasti semua pihak perlu bertanggungjawab mengenai kenyataan-kenyataan yang telah dibuat.

"Bagaimanapun jika tuduhan beliau itu tidak berasas, beliau perlu menghadapi kesannya nanti," katanya.

Angkatan Muda Parti PKR juga menyatakan kesediaan partinya mencabar jika Abdul Rashid mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, "pembangkang akan mencabar jika disaman."

Jelas beliau, kes mahkamah kawasan pilihan raya Likas dan beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan Abdul Rashid menunjukkan memang wujud isu-isu yang dibangkitkan pembangkang, antaranya pengundi hantu.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan jika benar Abdul Rashid mahu mengambil tindakan undang-undang sekarang, mengapa tidak berbuat demikian dulu ketika menerajui suruhanjaya tersebut. - mStar
READ MORE - Pembangkang sedia cabar jika bekas Pengerusi SPR saman