Related Posts with Thumbnails

label

gambar ini disiarkan dalam blog nya.

Ini ada satu kesah, cerita ini disarankan oleh sesaorang supaya mempostingkan disini. Walaupun cerita ini sudah lama berlalu, tapi katanya ia masihlagi relevan sebagai tatapan semua.

Namun, mutakhir ini Azwan Ali sudah semakin kurang ajar dan amat biadap sama sekali. Beliau tidak seperti abangnya, Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali. Cuma terkadang kelibatnya hampir saling tidak tumpah seperti Umi Hafilda Ali, wanita yang pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim di awal pemecatan beliau pada tahun 1998 dulu. Malah, wajah Umi Hafilda juga turut dimuatkan dalam buku terbitan Khalid Jaafar "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".



Acuan hidup Azwan kini lebih kepada Umi Hafilda yang "gila glamour" hanya kerana mengejar kemewahan. erdana Menteri". Acuan hidup Azwan kini lebih kepada Umi Hafilda yang "gila glamour" hanya kerana mengejar kemewahan. Menegur artsi itu hak Azwan, namun tindakan beliau yang menggelarkan pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat sebagai "Anjing dan Beruk" serta "Haram Jadah" amatlah keterlaluan dan sukar untuk dimaafkan oleh sesiapa pun. Kenyataan beliau ini telah dibuat dalam blog peribadinya "Si Laser Azwan Ali" pada hari Jumaat 8 Mei lalu. Azwan kononnya amat benci dengan Pakatan Rakyat dalam kes Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009. Malah beliau secara terangan menyokong Zambry Kadir yang dianggap "Macho" dalam kemelut politik Perak sekarang ini.

Sungguh hina Si Azwan Ali atas kenyataan "kurang ajar" yang dikeluarkannya itu. Kenapa perlu Azwan berkata demikian kepada Pakatan Rakyat, walhal dalam ramai-ramai penyokong Pakatan Rakyat mungkin juga ada seorang dua yang merupakan peminat fanatik Azwan Ali. Apakah punca yang menyebabkan beliau tergamak menyamakan Pakatan Rakyat seperti "Anjing-Anjing", walhal abangnya sendiri adalah salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang amat disegani dan rapat dengan Anwar Ibrahim sendiri. Antara kenyataan kurang ajar yang dimuatkan dalam blognya. - sedutan Malaysiasensasi

Hishamuddin pendamai Terengganu?

Sememang nya pelbagai uraian boleh dikata atau boleh diperjelaskan, namun kepastian agak sukar diterjemahkan. Sehinggalah cerita ini ditulis, kerumitan kemelut politik Terengganu masih lagi kurang jelas untuk diselesaikan, “gelap gambar” kata orang Terengganu.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata “masih sukar untuk dua kumpulan penyokong yang saling bertentangan itu, untuk berbaik-baik semula”. Kedua dua “orang kuat” Terengganu masihlagi kurang ‘sekata’ demi untuk menjernihkan suasana di Terengganu. MB Terengganu sekarang Dato’Ahmad Said dan bekas MB yang lalu Dato’ Idris Jusoh telah ditemui oleh Dato’Hishamuddin Hussein dalam usha usha mencari pendamaian.



Dato’Hishamuddin yang ditugas sebagai orang tengah, yang juga naib presiden Umno mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua Umno bahagian dan kemudiannya diikuti pertemuan dengan ADUN BN Terengganu bertempat di pejabatnya di Puterajaya.

Semasa pertemuan Hishamuddin dengan kedua dua penyokong ketua ketua Umno tersebut, masing masing memberi harapan positif untuk menyelesaikan kemelut itu, Hishamuddin yang juga sebagai Ketua Perhubungan UMNO Terengganu pernah suatu ketika sebelum ini secara spontan terpancut keluar daripada mulut nya bahawa Menteri Besar Terengganu akan diganti, Kalau bohong saya, bohonglah beberapa orang penting akhbar arus perdana. Entahlah secara sengaja atau tida perkataan itu ‘terkeluar’ dari sebutan nya danbeliau juga agak rapat dengan bekas MB lalu, Dato’Idris Jusoh. Hishamuddin dalam pertemuan dengan sekumpulan kecil wartawan memberi hint berkenaan dan orang penting surat khabar bercakap mengenai perkara ini di mana-mana.

Dato’Hishamuddin terpaksalah memikul tugas berat ini, bagi mengamankan semula krisis diantara kedua dua yang bertelagah itu, apatah lagi beliau baru saja dilantik sebagai ketua Perhubungan Umno negeri Terengganu. Ekuran dari ‘siapakah MB’ selepas pilihanraya ke 12 lalu, masih lagi terbawa bawa hingga kini. Tindakan 10 Adun dalam regu nya untuk “memberontak” kerana enggan menghadiri sidang dewan baru baru ini secara tak langsung nya seolah olah mengeksploitkan tembelang nya sendiri. Pengikut2 nya sebuk mencari kelemahan pentadbiran Ahmad Said, untuk dijadikan senjata nanti apabila membuat lapuran ke Puterjaya, namun telah disebarkan ke merata ceruk dunia melalui internet, yang didakwa menjadi kelemahan Ahmad Said.

Walaupun sebelum ini Idris menafikan beliau yang menjadi ‘dalang’ kepada 10 ADUN yang memberontak, namun sikapnya yang sentiasa ‘terburu-buru’ telah memecahkan tembelangnya sendiri.. Idris mula menonjolkan diri apabila Hishamudin dilantik, mengambil alih suara 10 ADUN pemberontak dan memainkan peranannya sebagai orang yang terkehadapan dengan menghantar SMS kepada pihak media. Rakyat negeri Terengganu sendiri semakin teruja dan sudah membayangkan siapakah Idris Jusoh sebenarnya, dan siapakah yang mengeruhkan suasana politik negeri ini.


Jauh dari pemahaman kita, apabila diperhatikan sepintas lalu seolah olah kerajaan negeri Terengganu ini semacam diuruskan terus dari kerajaan pusat. Kenapa dilantik ‘orang luar’ sebagai ketua perhubungan? anak negeri tak ada yang layak ke? macam perbelanjaan itu di uruskan oleh pusat pulak. Wang royalty di ambil pusat dan salurkan semula dengan nama wang ehsan, itu pun dilimitkan menjadi tersekat sekat untuk di beri, semua projek mega seperti Monsoon Cup, Pembangunan Pulau Duyong, Taman Tamdun Islam adalah datang terus dari kerajaan Pusat, bukan perancangan Dato’ Idris, kata Ustaz Harun Taib.

Perlantikan Hishamuddin itu juga semacam satu ‘tamparan’ kepada Umno negeri yang terus bermasaalah dan ketegangan di antara kedua MB serta bekas MB itu, semakin menghantui rakyat negeri itu. Semoga kebijaksanaan Dato’Hishamuddin yang ditagihkan untuk mencerahkan kekalutan ini, apatah lagi pusat sudah memberi kepercayaan pada nya untuk merealisasikan ‘gelombang biru’ itu.

- buletinonline/editor mc



Calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Haron Din semalam mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut pada Muktamar Pas Jun ini kerana berpegang teguh pada prinsip dan pendiriannya.

Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, keputusan untuk tidak bertanding telah dilakukan sejak sebelum penamaan calon lagi.


“Saya masih berpegang kepada prinsip dan pendirian sebagaimana yang pernah diutarakan dahulu bahawa saya tidak akan merebut mana-mana jawatan dalam parti.

“Saya sebenarnya tidak pernah menawarkan diri untuk bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti, namun tetap dicalonkan. Tiada keperluan untuk saya bertanding,” katanya semalam.

Menurutnya, tindakan tersebut juga pernah dilakukan sebelum ini di mana beliau pernah dicalonkan sebagai calon pilihan bagi jawatan Timbalan Presiden Pas.

“Pada ketika itu, saya mengatakan jika bagi jawatan tersebut tidak ada calon lain yang bertanding, saya akan menerima amanah tersebut dan saya telah menarik diri kerana ada calon lain yang bertanding.

“Majoriti ahli Pas dan calon jawatan tersebut telah mengetahui keputusan dan pendirian saya sejak awal lagi,” katanya.

Katanya, beliau juga tidak akan menghantar borang jawapan pengesahan bertanding pada 25 Mei ini.

- sinarharian

Ini orang Islam, Rafidah


Ini orang bukan Islam, Elizabeth Wong

Bertempat di sebuah kedai makan berhampiran dengan sebuah komplek perniagaan di Bandar Chukai, saya dan se orang rakan lama berkebetulan bersua di petang itu. Beliau sememang nya berasal dari Bandar ini, yang juga merupakan salah sebuah daerah yang kaya dengan carta sejarah nya. Bagi jenarasi terdahulu memang masih lagi mengingati peristiwa ‘NATRAH’ yg banyak mengaitkan Bandar Chukai ini.


Beralih pula kita kepada ingatan sejarah selepas itu, Chukai yang daerah nya Kemaman pernah melahirkan dua orang Menteri Besar Terengganu, iaitu Wan Mokhtar dan MB sekarang Mohd Said yang berasal dari Telok Kalong Kemaman. Begitu juga dengan satu lagi ‘kesan sejarah’ ia itu peristiwa perobohan Masjid Bujal, Kemaman, yang masih lagi terngiang ngiang di telinga, khusus nya orang orang di daerah ini, dan di seluruh dunia ‘am nya dek penyebaran yang begitu cepat. Itulah dia dunia tanpa sempadan.

Titiktolak detik detik pertemuan dua orang itu tadi, saya sendiri tidaklah terkejut mana dengan luahan rakan itu yang lebih banyak bercakap perihal ‘perkembangan’ politik setempat. Beliau turut bercerita perkembangan mutakhir ini di beberapa kampong di daerah nya itu, yang sudah ada beberpa kumpulan kecil yang sebuk bercakap kepada orang ramai di kampong kampong berkenaan dengan ‘keburukan’ Pas.

Kuncu kuncu ini mengatakan yang parti Pas sudah jauh menyeleweng dari matlamat asal nya. Sekarang sudah pandai berpolitik wang dalam muktamar nya, terlalu terikut ikut dengan puak kafir DAP berbanding dengah Umno yang satu agama dengan nya. Malah lebih rapat lagi dengan golongan itu dari kita sesama Islam ini, tambah nya lagi. Depa ini terus menjaja cerita yang puak puak orang Pas ini seperti meludah ke langit, sekarang sudah terpercik ke muka sendiri. Depa bermaksud dulu Pas ini sebuk mengatakan dalam Umno banyak politik wang dan sekarang dalam Pas sudah berlaku, Pas pun sama saja apabila sudah ada kuasa sedikit.

Abang abang dan makcik makcik kat kampong angguk belaka tanda setuju. Dakyat ini semakin menular sekarang, apabila suasana politik tanah air semakin tegang di Perlis, Perak, Penang mahupun Selangor sekarang ini dan Pas pun sebuk dengan pemilihan nya dimuktamar.

Geng geng Umno ini kurang faham agaknya, depa fikirkan orang orang yang menganut agama Islam ini sama belaka kefahaman nya, Islam Hadhari konsep nya tak sama dengan system Islam sebenar. Kita dah tahu yang DAP ini dibawah pinpinan orang kafir dan memang sah Lim Kit Siang itu kafir, tetapi yang mengatakan aku Islam ini yang perlu kita buat kira. Dia kata dia Islam tapi isteri isteri apa cerita? takpakai tudung. Dia kata dia Islam tapi mengimarahkan judi. Siapa yang meluluskan lesen judi, lesen ‘pelacur’? parti Pas ke?..kalau nak disenaraikan disini apa itu kemungkaran puak puak ini, tak support hardisk rasa nya.

Allah dah turunkan garis panduan, takkan tak mengerti lagi ada sekolah agama persendirian ditutup, di bekukankan bantuan. Ada Quran ditanam di kutub utara, ada Al Quran dibuat pertandingan dan suruh baca sahaja, kalau hendak di amalkan dilarang. Apa ini? Ada pembelajaran tulisan jawi dah di mansuhkan, apa ini? Cuba buka akhbar harian metro di helaian belakang, dua muka dipenuhi keputusan nombor ekor 4digit dan sebagai nya. Apa ini?

Kalian ini mula bercakap cakap di kedai kedai kopi, yang mursyidul Pas menyuruh Umno kembali kepada Islam sebenar barulah kita boleh betrsama sama Umno, depa kata apa yang Pas nak sebuk sebuk.. Umno dan 50 tahun dah membangunkan Islam dan lebih maju dari yang Pas buat. Kita ada Universiti Islam, kita ada maktab Islam dan kitya ad Bank Islam, Pas buat apa?

Beginilah yang dikatakan Islam nya Umno rupa nya, kita ada kolej Islam, kita ada pinjaman Islam, mujur depa tak kata kita ada juga ‘kapal selam’.. fikiranya itulah Islam sebenar payahlah kalau macam ni bila dikatakan Pas menentang Umno sedangkan kita sama sama Islam yg duk baik sangat dengan Dap itu buat apa. Depa ni tak fakir dalam BN itu sebahagian besar parti gabungan nya adalah dari puak puak kafir. MCA, MIC, PPP dan yg lain lain tu apa cerita?

Nak habaq mai, orang munafik dibelakang Nabi pun depa turut sembahyang, ini yang menjadi masaalah nya dan sebenarnya perbualan dipetang itu memang banyak lagi cerita cerita yang berkisar tentang politik, dan beginilah cara penghasutan puak puak ini bila mata orang ramai semakin terbuka dan mengerti akan halatuju politik kita yang semakin membara kebelakangan ini dan mungkin akan disambung lagi dilain keluaran, kita henti dahulu dan jumpa lagi.

- editor dua



Bahang kempen sempena muktamar pemilihan PAS Jun ini turut melebar ke alam maya apabila hampir separuh pemimpin yang berentap untuk jawatan kanan parti itu kini mempunyai blog peribadi sendiri. Penggunaan media baru juga dilihat memainkan peranan penting bagi memperkenalkan diri dan 'berkempen' menjelang muktamar pemilihan parti itu awal bulan nanti.


Tinjauan Malaysiakini mendapati, daripada 107 nama yang dicalonkan mengisi jawatan kanan parti - presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa - 40 peratus daripadanya mengendalikan blog.

Malah, daripada lima calon yang dinamakan bagi mengisi kerusi nombor dua parti itu, tiga daripadanya mempunyai blog.

Mereka ialah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan dua naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Dua lagi calon timbalan presiden - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din - tidak mempunyai blog.

Bagi pemilihan kepimpinan ketiga-tiga sayap parti Islam itu - Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat - walaupun komposisi penulis blognya lebih kurang, namun trend itu dilihat turut melebar.

Aspek berkempen

Dalam dewan Pemuda, sebanyak 33 peratus penulis blog dicalonkan, 20 peratus dalam Dewan Muslimat dan kira-kira 11 peratus dalam Dewan Ulama.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Ahmad Awang ketika diminta mengulas fenomena tersebut berkata, dari aspek berkempen, blog "tidak mempunyai kelebihan yang besar sangat".

"Pada dasarnya, penulis blog menulis apa-apa isu. Tetapi mereka tidak tulis tentang peribadi dan berkempen. Lagi pun, tidak kesemua ahli (PAS) mempunyai akses kepada blog.

"Jadi, saya tidak nampak ada kelebihan yang besar sangat," katanya yang turut mengusahakan blog peribadi di alamat ahmadawang.com.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Ahmad menjelaskan, tidak menjadi amalan calon yang bertanding dalam PAS, berkempen secara jelas melalui internet bagi meraih kemenangan.

Muktamar PAS dari 4 hingga 7 Jun ini bakal menyaksikan pertembungan sengit kumpulan pro-Muqabalah yang memilih kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan aliran yang pro-Pakatan Rakyat atau "Kumpulan Erdogan". - malaysiakini



Katanya sindrom ini bakal mewarnai dimuktamar Pas ke 55 jun nanti. Penyakit 'selsema B-end' ini yang didakwa sudah menular kesan nya kepada pergerakan Parti Islam SeMalaysia, Pas yang mana dijangka mengadakan muktamar nya yg ke 55 bagi pemilihan jawatan jawatan tertinggi dalam pucuk pimpinan parti itu dengan menjelang nya bulan jun ini.Dikatakan penyakit bawaan ini bakal menjanakan...sindrom berbahaya


Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat, Datu'Mohd Daud Iraqi mendedahkan yang wabak ini di jangka akan melanda dalam pemilihan di nuktamar itu nanti.Jika didalam kancah perhimpunan Umno, ianya lebih dikenali sebagai 'politik wang'. Tambahnya "beliau tidak menuduh kepada sesiapa yang bakal memainkan peranan itu, tetapi berharap perbuatan itu di hentikan segera dan menasihati agar situasi ini jangan dibiarkan wujud. Katanya bila mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta pekara ini disiasat.

Turut menjadi persoalan nya, siapakah yang dimaksudkan “beberapa pihak itu”? dan ini bukanlah bermakna untuk mempertikaikan persoalan yang timbul, tetapi pendakwan itu juga perlu di ambil kira. Musuh musuh juga turut memainkan peranan nya demi cita cita memecahbelahkan keharmonian Pas itu sendiri. Kita tidak bermaksud yang ahli ahli Pas itu baik atau pun maksum., dan pekara pekara seumpama ini adalah tidak mustahil untuk berlaku dalam Pas,namun begitu dengan berlakunya gembarbembur apabila menjelang nya muktamar ini, secara tak langsung menambahkan kekeruhan nya. Kita ada saluran nya, kita ada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan nya, insya Allah.

Janganlah hanya mendakwa dan sebaik nya siasat dengan segera dan ambil tindakan. Jika budaya ini di amalkan, mereka yang terbabit bakal menggigit jari untuk merebut jawatan, malah Ustaz Nasaruddin Tantawi turut menyentuh, yang mana para perwakilan secara majoritinya amat tidak menyenangi perbuatan perbuatan semacam ini. Yang mana ‘mempersenjatakan wang’ untuk menentukan jawatan yang direbutkan. Manakala anggota Lujnah Politik Kelantan, Ab.Fatah Harun turut membidas dan berkata “Datu’Mohd Daud Iraqi perlu melapurkan hal ini ke atas supaya tindakan dapat di ambil segera kepada mereka yang terbabit, dan jika dakwaan itu tidak benar satu tindakan yang wajar di ambil ke atas beliau” katanya selepas dihubungi Bernama.

Apabila pekara ini di sesasikan oleh sesetengah pihak lain, maka ramailah rakyat diluar sana yang menganggap bahawa Pas dan Umno tak banyak bezanya, sedangkan apa yang kita pasti ia nya banyak perbezaan. Pembendungan sindrom yang dibudayakan oleh pihak satu lagi ini, haruslah di hindarkan dan takperlulah Pas memainkan rentak yang sama. Kewujudan fenomena sebegini bukanlah budaya parti Islam dan kebelakangan ini ramai pihak diluar sana yang sebuk mencari ruangan yang ada bagi memporak perandakan keharmonian parti saingan nya apatahlagi dengan menjelangnya pimilihan pucuk pimpinan dalam muktamar ke 55 nanti.

-awanjingga/09



8.00 am - Jalan menuju k DUN Perak dihalangi oleh banyak sekatan jalanraya, ia dimaklumkan telah dilakukan sejak malam semalam

8.10 - Ramai yang hadir pada program Solat hajat yang diadakan di Manjoi pagi ini, namun masjid Manjoi telah dikunci. Solat hajat telah diadakan di markaz PAS berdekatan

8.17 - Lapan kenderaan FRU diletakkan dihadapan DUN Perak, seramai 20 orang berbaju hitam berada disitu, mereka beredar apabila dihambat oleh FRU

8.30 - Sidang DUN djadualkan berlangsung pada jam 10.00 pagi.

8.35 - Polis terus menghambat mereka yang datang, mereka menjerit 'tangkap, tangkap". Beberapa orang telah ditahan polis termasuk Koo Puay Tiong, ADUN dari Melaka

8.40 - Seorang saksi mata telah memberitahu MP Ampang Zuraida Kamaruidn juga telah ditahan polis. Gambar kiri - Zuraida ditahan polis bersana ADUN Air Keruh Melaka

8.45 - Sekelompok ramai mengiringi ADUN Pakatan Rakyat menuju ke dalam DUN, kemudian mereka bersurai apabila dihambat polis. ADUN Pakatan Rakyat telah masuk kedalam bangunan DUN


8.50 - Seramai 7 orang lagi dilaporkan telah ditahan polis termasuk seorang wanita yang memakai topi hitam. Polis tidak menggunakan budi bicara langsung. Sesiapa yang dilihat berhampiran dan memakai baju hitam akan dikejar dan ditahan

9.00 - Wanita yang bertopi hitam adalah Janice Lee (gambar ), Adun Teratai, Selangor. Lihat gambarnya disebelah, semasa beliau ditahan polis

9.05 - Bangunan Perak darul Ridzuan umpama sebuah penjara. Kendraan FRU besar dan kecil di letakkan
melintangi pintu masuk ke bangunan pentadbiran kerajaan Perak itu. Helikopter polis terbang diudara, tidak tahu apa yang hendak dikawalnya

9.08 - ADUN Sungai Pinang, Koay Teng Guan disahkan antara yang ditahan polis. Turut berada dihadapan bangunan DUN Perak ketika kelompok tadi ditahan adalah MP Bukit Mertajam

9.10 - Seramai lebih kurang 40 orang masih berkumpul diseberang jalan berhadapan bangun DUN Perak. Menghadap mereka serama 20 orang polis yang berdiri diatas pembahagi jalan.

9.15 - Polis bergerak kearah mereka, sambil mengeluarkan amaran suapaya mereka bersurai. Antara yang berhimpun adalah peguam blogger Haris Ibrahim.

9.18 - Lima lagi ditahan polis termasuk blogger Zorro. MP Kula dan Lim kit Siang tidak dibenarkan masuk ke bangunan DUN Perak

9.20 - Merka yang ditahan sedang dibawa ke balai polis Sungai Senang, pihak polis kini beralih untuk melancarkan serangan ke restoran nasi kandar yang bertentangan dengan bangunan DUN Perak

9.25 - Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Seberang Oon Neoh Aun, yang berada bersama blogger Zorro turut ditahan, bersama lima orang yang lain.

9.30 - Sumber dari DAP memberitahu sehingga kini lebih kurang 20 orang telah ditahan oleh pihak polis Namun ia mungkin tidak termasuk tindakan tindakan terbaru phak polis dilokasi sekarang. Lim Kita Siang dinafikan terus untuk masuk ke dalam bangunan DUN.

9.31 - Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN. Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri. Diluar bangunan DUN, lagi tangkapan dilakukan - seorang lelaki pertengahan umur telah digari dan dibawa pergi oleh polis

9.36 - Lebih kurang 50 orang polis masih memerhatikan restoran nasi kandar berdepan dengan bangunan DUN Perak. Lau Dak Kee seorang bekas MP DAP dan seorang bekas tahanan ISA ditahan polis.

9.40 - Restoran nasi kandar itu sebenarnya tutp pada hari ini, tetapi ia dijadikan tempat berlindung bagi mereka yang hadir menyaksikan sidang DUN yang bersejarah ini.

9.58 - Dua orang lagi ditahan di hadapan bangunan DUN, salah seorang darinya adalah MP Kubang Kerian yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, seorang lagi adalah Jeyakumar, wakil Sungai Siput.

10.00 - Speaker DUN, Siva telah berada didlam DUN. Beliau membuat pengumuman sesiapa yang tidak dijemput diminta meninggalkan Dewan. Beliau juga mengarahkan supaya ADUN Bn yang digantung diminta meninggalkan Dewan, sekiranya mereka tidak keluar, sidang DUN tidak akan dijalankan

10.03 - Beliau juga mengarahkan tiga ADUN melompat mninggalkan Dewan, kes mahkamah mereka belum selesai. Dewan menjadi bising, ADUN Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

10.05 - Keadaan Dewan tegang, ADUN yang diarahkan keluar tidak berbuat demikian. Sementara diluar Dewan polis terus mengejar dan menghambat mereka-mereka yang datang menghampiri bangunan tersebut. Beberapa anggota AMK juga dimaklumkan telah ditahan polis.

10.10 - Kedudukan dalam Dewan telah ditukar, oleh itu ADUN Pakatan Rakyat telah mengambil tanda nama dan meletakkannya kembali kepada susunan asal.

10.12 - 10 ADUN BN yang membawa usul memecat Speaker diarahkan meninggalkan Dewan. Selagi 10 ADUN yang digantung tidak meninggalkan Dewan, Speaker berkeras, sidang DUN tidak akan dimulakan.

10.18 - Diluar Dewan, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa ditahan. Selain beliau sembilan yang lain turut ditahan polis.

10.20 - Zamry membawa usul memecat speaker Dewan, namun telah ditolak oleh Sivakumar dan mengulangi kenyataan dengan nada tinggi, mereka yang membawa usul memecat Speaker diminta meninggalkan Dewan

10.23 - 'Keluar' kata Sivakumar, dia menegaskan tidak akan memulakan sidang Dewan kecuali 10 ADUN keluar dari dewan

10.27 - Siva berkata Dewan tidak boleh diteruskan dan menggesa sekali lagi supaya ADUN yang digantung keluar dari Dewan. "Saya tidak digantung, yang digantung ADUN BN" katanya.

10.29 - Siva mengarahkan pengawal keselamatan melakukan tugas mereka, pengawal enggan.

10.32 - Sivakumar, yang juga seorang peguam masak dengan perundangan. Beliau dilihat benar-benar menggunakan kuasa yang ada pada Speaker DUN. Beliau tidak mengiktiraf keputusan mahkamah kerana pihak kehakiman adalah cabang yang berlainan dari Lejislatif.

10.30 - Dari Malaysiakini - Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar. Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan. Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan. Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala. Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.

10.43 - Seorang ADUN wanita BN mengarahkan pengawal keselamatan mengeluarkan Speaker kerana katanya BN ada 31 undi, tetapi Speaker telah keluar mengiringi Raja Muda.

10.48 - Sekarang mereka cuba menahan Speaker dari masuk semula kedalam Dewan

10.55 - Timbalan Speaker muncul dan berdiri di sebelah Siva dan berkata, awak telah digantung

10.56 -Sekarang mereka telah merampas mikrofon dari Siva, dan melantik ganesan menjadi speaker. Ganesan telah mengangkat sumpah sedangkan Siva masih duduk diaatas kerus speaker ????

11.00 - Dari Malaysiakini -Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.

Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram.

" Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah..

11.13 - Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan

11.15 - Sivakumar bangun dan membuat pengumuman dengan memegang sehelai kertas. Pada sudut yang lain BN mencadangakan agar sidang ditangguhkan. Dewan ditangguhkan dan keadaan menjadi tenang seketika.

11.25 -Kertas yang dijulang oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh beliau semalam 6 Mei, dimana beliau telah membuat ketetapan semua usul yang dikemukakan oleh BN, untuk melucutkan jawatannya sebagai speaker, mlantik speaker baru telah ditolak. Beliau juga telah mengubah keahlian tiga Jawtankuasa DUN

Dari Catatan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim :
11.35 pagi - Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan. Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak. Sekarang keadaan kembali tegang dan sesekejap sunyi kembali.Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.45 pagi:Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

12.20 tgh:Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling. Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.


12.35 tgh: Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR. Keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham. Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat. Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya. Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.50 tgh: Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan.Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya. Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

1.00 petang:Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

2.05 petang:Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini. Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

2.30 petang: Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan. 2.40 petang: BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis. Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker. Speaker Haram, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

3.10 petang:Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini. Ganesan apabila berada di kerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan. Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar. Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

3.21 petang:Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa. Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka. Apabila turun, DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda. Sebelum Sidang bermula DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

4.10 petang: Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN". Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN. Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja. Dan sidang Dun ditangguhkan pada jam 4.05 petang tadi.

-ehsan b/online

Konspirasi Wabak Selsema Babi



Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.


Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan. Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia. Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular. Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika. Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.

Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang. Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;

“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?

Daripada:traindoo@yahoo.com/blalangroup

Blogawan Tubuh Sekretariat

Sekretariat Blogawan (Blogger) Terengganu telah berjaya ditubuhkan dalam satu perjumpaan yang diadakan di sini semalam.Menurut jurucakap sekretariat blogawan yang menghantar e-mel kepada Buletinonline, seramai 21 orang blogawan telah hadir dalam perjumpaan tersebut termasuk lima blogger wanita.


Perjumpaan semalam telah bersetuju melantik 15 orang blogawan menerajui sekretariat yang diketuai oleh blogger Amdang81.Sekreatariat tersebut juga melantik beberapa blogawan menyandang jawatan utama dalam sekretariat tersebut.

Antara objektif utama penubuhan Sekretariat Blogawan Terengganu adalah untuk meletakkan seluruh blogawan dalam satu bumbung.

Selain itu sekretariat tersebut akan menjadi satu organisasi pertukaran maklumat dan ilmu serta berusaha menjaga kebajikan diantara blogawan.

Antara aktiviti awal yang akan dilaksanakan adalah mewujudkan satu blog Kelab Blogger, mendaftarkan Sekretariat sebagai sebuah organisasi yang sah, menarik seramai mungkin blogawan menjadi dan mengadakan majlis sosial bertaaruf dan ber ‘Barbeque’ sambil bersantai.]

- by editor Buletinonline



Sekali lagi kita di Malaysia khas nya, akan ‘dapat’ menyaksikan satu lagi titik pertemuan yang mana pandangan awal nya dikatakan debat yang merumuskan untuk menegakkan ISA atau tahanan tanpa bicara itu di adakan kerana untuk mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri. Majlis Permuafakatan Ummah atau PEWARIS telah menyahut cabaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) demi memperkatakan dengan kewujudan akta ISA itu dituntut oleh kesucian agama Islam atau sebalik nya.


Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), penyokong kuat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menyahut cabaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk berdebat tentang halal-haram akta kontroversi tersebut, dan PEWARIS baru baru ini bersuara mengatakan ISA itu adalah perlu wujud untuk mendaulatkan Islam.

PEWARIS juga meninginkan perkataan perdebatan itu di alih ke ‘perbincangan’ kerana untuk berbincang bukan untuk mencari kemenangan. Mengapa pula majlis pemufakatan ummah itu tidak mengata untuk mencari kebenaran? dan juga berkata yang PEWARIS itu hanyalah NGO saja tidak ada kena mengena dengan badan badan lain atau non partisan. ISA itu ciptaan siapa? bererti apabila menyokong konsep itu dah tentu menandakan ‘pewaris yang sama’. Membawa arak tetap juga berdosa walau pun tidak meminum nya.

Setakat ini saya masih lagi belum bertemu, mana mana ayat Al Quran dari semua surah yang ada yang bermaksud ‘menahan atau memenjarakan sesaorang dengan tanpa di bicarakan, adalah tuntutan Islam” maaf semua, jika saya tersilap dalam hal ini, pohon ampun dan minta di perbetulkan, na’uzubillah.

Berbalik semula kita kepada isu tadi, soal debat atau perbincangan yang sering di cetuskan dari sesuatu pihak sudah lama atau acapkali di perkatakan, untuk sama sama di realitikan amat sukar ianya berlaku. Tidak kira apa isu sekali pun, apatah lagi dalam bab bab yang berbau politik, satu satu yg pernah berjaya di adakan adalah debat di antara Anwar Ibrahim dengan Sabery Chik, itu cukup teliti di atur sehinggakan untuk menghadirkan diri pun kena di periksa seluruh badan mengalahkan cara untuk menaiki kapalterbang lagi.

Walau pun kedua dua belah pihak terlibat itu sudah bersetuju untuk berdebat tetapi bila sampai saat saat akhir ia nya gagal untuk diteruskan kerana ‘tok dalang’ akan pancung hasrat itu. Pekara ini sudah kerap berlaku kalau yang berjaya di adakan pun hanyalah perbincangan di TV 9 misal nya. Kerajaan sendirilah yang memainkan peranan nya sama ada untuk menjayakan atau sebaliknya, dan walau bagaimana pun kerajaan kita Malaysia pernah menjayakan satu perdebatan antara PAS dan UMNO beberapa tahun dahulu. syabas Malaysia, tetapi majlis perdebatan itu adalah lakunan UMNO sendiri atau lebih dikenali sebagai “Debat Olok Olok”.

Dalam majlis itu wakil ahli pena di pihak PAS diketuai oleh Ustaz Razali Losong, beliau ini pernah menjadi ahli PAS dan melompat ke UMNO suatu ketika dahulu, yang ‘pening’ nya dalam debat olok olok itu sendiri ia nya dimenangi oleh “PAS”.

Isnin lalu, GMI mencabar PEWARIS untuk berdebat mengenai sejauh mana Islamik atau tidak akta tersebut pada 9 Mei dengan cadangan tajuk 'Debat ISA: Haram atau Halal?' yang dicadangkan di adakan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ, tetapi pihak PEWARIS pula ingin ianya di adakan di setesen radio BERNAMA, "Biar (rakyat) satu Malaysia boleh dengar," katanya

Saya rasakan seolah olah sudah mengetahui akan jawaban nya antara berjaya atau tidak majlis ini bakal dilaksanakan nanti, tidaklah begitu berperasangka buruk tetapi pengalaman sudah banyak mengajarkan. Namun begitulah se adanya, sama samalah kita perhatikan.
- tanjungjara

;;
TAK AKTIF SELAMA 4 HARI