Related Posts with Thumbnails

label

Undi Pos Laju di Bagan Pinang?



Sebuah badan bebas pemantau piliharaya MAFREL, berkata kerajaan memerlukan pengkajian semula kepada penggunaan system pengundian Pos bagi pasukan keselamatan sama ada pasukan Polis dan Angkatan tentera. Penglibatan system ini adakah masih lagi sesuai atau sebalik nya, memandangkan pertanahan Negara kita semakin setabil yang tidak seperti dulu ditahun 50’an dan 60’an mahupun di sekitar 70’an.


KLIK TAJUK, UNTUK BACA SETERUS NYA



Berahim tolong keluar...


Sebelum ini sudah beberapa kali para pimpinan Pas menegur dan berhasrat agar ahli Parlimen Pasir Mas dapat merubah tindak tanduk nya yang agak berlawanan dengan arus pemerintahan kerajaan negeri. Hasrat kerajaan negeri pimpinan Pas, bukanlah bermakna mahukan beliau menurut segala acuan pemerintahan cara Pas, tetapi pentadbiran nya biarlah tidak terus membelakangi hala tuju Pas sebenar,

Walau pun beliau itu bertanding sebagai calun bebas, tetapi ianya mendapat restu dari Pas dan menggunakan lambang Pas di Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lalu. Pas membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket nya dan beliau menang. Tok Guru Nik Aziz pernah berkata “penyokong Pas ramai yang menyokong nya ketika itu walau pun masih ada sedikit dikalangan penyokong Umno yang mengundi nya”. Klik title untuk baca seterus nya

Klik title untuk baca seterus nya




Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah, berpendapat Negara kita
Malaysia masih memerlukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang setaraf dengan emergency law (undang-undang darurat) bagi mengatasi masalah perkauman dan agama yang timbul dari semasa ke semasa. Katanya ‘‘Kita perlukan ISA. Apa yang berlaku baru-baru ini di Selangor seperti isu pemindahan kuil dan demonstrasi membawa kepala lembu adalah tanda-tanda yang negara akan menjurus kepada pergaduhan kaum dan agama,’’ katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kita sedia maklum siapakah yang sebenarnya mengadakan perarakan kepala lembu baru baru ini? adakah kaum India yg beragama Hindu atau kaum Melayu yang beragama Islam? Datok Mohd Nor Abdullah berkata ianya boleh menjuruskan kepada pergaduhan kaum. Kaum mana yang mengusung kepala lembu itu? Bukankah kaum Datok Mohd Nor yang mengusung nya?  

Klik tajuk untuk baca seterus nya


Hingga ke hari ini Laman Tranungkite online masih lagi tidak dapat beroperasi akibat di godam dengan serius, juga turut melibatkan beberapa laman yang banyak menyangkal arus termasuk Malaysia today dan lain lain. Kemungkinan cerita dan perkembangan nya akan di siarkan kemudian. - mJr

Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin daripada Warga Kerja Tranungkite Online (TKO) dan moderator.

Pihak kami meminta maaf TKO tidak boleh dilancarkan semula pada 17 September sebagaimana yang dijanjikan kerana mengalami beberapa kekangan, apatah lagi suasana di bulan puasa dan menjelang Hari Raya ini menyebabkan sebahagian besar mereka yang terbabit sibuk dengan pelbagai tugas.

Insya-Allah jika tiada halangan TKO akan muncul dengan perubahan yang besar. Perubahan ini mungkin akan menyebabkan sebahagian daripada kita akan terasa kelaianannya.

Harapan dan doa untuk kami kerana TKO masih lagi dalam proses "upgrade" yang melibatkan banyak perkara dan akan menjelaskan nya selepas hari raya nanti. Insya Allah.

Buat masa ini lawatlah laman-laman rakan reformasi yang lain untuk berita terkini.
Webmaster
18 September 2009

Image Hosted by ImageShack.us


Ada tempat nya tidak sesuai apabila di katakan ‘kemana kuah kalau tidak tumpah ke nasi’ atau pun ‘bapa borek anak nyab rintek’ dan sudah banyak peribahasa atau simpulan bahasa yang sudah tidak kesesuaian lagi untuk kita mengambil kira mahu pun telah ketinggalan masa dan suasana sudah berubah.

Begitulah juga rangkaian orang orang berpengaruh di negara kita ini. Tidak ketinggalan juga kepada mereka ini, umpama nya tidak banyak beza dengan pembawaan masing masing.

Dr M jangan masuk campur




Pemilihan parti MIC yang akan diadakan pada 12 dan 13 Sept ini terus meniti hari hari yang memanaskan. Presiden nya Datuk Samy Vellu mula menyuarakan suara yang agak pedas dalam pemilihan calun parti nya kali ini. S.Subramaniam turut menjadi calun untuk merebut kerusi sebagai timbalan presiden. Beliau memang terkenal dengan sikap tidak sehaluan dengan Datuk Samy Vellu.

Semalam Samy Velly membidas Utusan Malaysia kerana menyiarkan di muka utama berita yang beberapa orang tokoh menyuarakan agar Samy Vellu berundur dalam kancah parti nya itu. Mungkin beliau merasakan sedikit kepanasan setelah sekian lama memegang’ tampok pemerintahan’ kementerian Kerja Raya. Sami Vellu antara salah seorang menteri yg berkhidmat paling lama di Negara ini selepas Tun Mahathir. Sami Vellu sudah menjadi menteri kerja raya selama 22 tahun dan berada dalam cabinet selama 28 tahun. Beliau adalah menteri senior yg masih lagi mencari cari lagi kesenioran nya itu.




Menurut laporan The Star Online Samy Vellu, Presiden MIC naik berang apabila bekas PM Tun Dr Mahathir dikatakan telah menyatakan sokongan kepada Dato S. Subramaniam untuk jawatan Timbalan Presiden MIC. Beliau melenting dengan kenyataan Tun Mahathir itu dan berkata yg bekas PM itu tidak perlu mencampuri urusan parti nya MIC. Tambah nya semasa Tun berkuasa dahulu beliau (Tun) pernah mengingatkan agar parti-parti komponan tidak mencampuri urusan parti komponan yang lain.

Sebelum ini, Samy Vellu, yang mengekalkan jawatan tanpa bertanding Mac lalu, mengumumkan bahawa beliau akan menyokong Palanivel untuk mengekalkan jawatannya. Pertandingan untuk jawatan timbalan presiden adalah antara Palanivel, Subramaniam dan naib persiden Datuk S.Sothinathan.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pula, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya". Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan. "Apa yang berlaku kepada Musa Hitam, apa yang berlaku kepada Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Rasa nya inilah pertama kali beliau memperlecehkan Mahathir dengan agak keras, walau pun sebelum ini Mahathir sebelum banyak memkritik MIC tetapi beliau tidaklah membalasnya dengan sekeras itu. Tun Mahathir menyatakan sokongan nya kepada S.Subramaniam,melalui laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam.

Beliau sendiri yg sudah memenangi kerusi presiden sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berundur sebelum ini, tetapi masih lagi menjadi. Apabila orang lain menegurnya supaya berundur beliau marah, hakikatnya tidak berapa nak berundur lagi. Itulah Samy Vellu menteri senior kita.
-adunanpagi



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini Khamis ini.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,"

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," kata beliau.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," kata beliau.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan.

- BERNAMA

Ulasan: Najib sebenarnya sebut tak habis ayat itu, tergantung. Sebutlah 'Umno Adalah Parti Islam Hadhari' barulah lengkap. Kenapa wartawan tak tanya Najib, yg Islam menyuruh bini bini kita tutup aurat, kita parti Islam kan..




Tindakan Pemuda Umno bahagian Sekijang di Johor menganjurkan majlis 'serentak' dengan program PKR yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hujung minggu lalu telah menimbulkan tandatanya dan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan Umno di situ.

Sumber Umno di bahagian berkenaan memberitahu Malaysiakini, beberapa pemimpin sayap Pemuda Umno dari bahagian tersebut juga dilihat bersalaman dengan Anwar yang menghadiri solat Tarawih di Masjid Jamek Kampung Jawa.

Malaysiakini difahamkan, Anwar sebelum itu menghadiri majlis berbuka puasa sempena perasmian cabang PKR Sekijang di sebuah dewan berhampiran, manakala pemuda Umno bahagian Sekijang pula menganjurkan majlis penyerahan zakat serta majlis berbuka
puasa di masjid berkenaan.



Menurut sumber itu lagi, Pemuda Umno Sekijang tidak sepatutnya mengadakan majlis penyerahan zakat itu, sedangkan mereka mengetahui mengenai kehadiran Anwar ke situ.

"Ini nampak seolah-olah mereka sengaja nak buat majlis itu, macam satu kebetulan," katanya kepada Malaysiakini malam tadi. Malaysiakini juga difahamkan, penganjuran majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat oleh pemuda Umno itu, telah ditegur oleh pemimpin-pemimpin Umno lain, namun diteruskan juga. "Biasanya, orang Umno kalau tahu pemimpin pembangkang akan datang dekat dengan program dia, dia akan bawa orang-orangnya ke tempat lain supaya tidak bertembung. Ini nampak macam sengaja dilakukan," kata sumber itu lagi.

Dalam suatu situasi yg lain pula, apabila ada sesuatu majlis pembangkang, cepat cepat pula pihak Umno ni datang membuat majlis 'segera' nya untuk menyaingi kekuatan nya.
Solat Tarawih

"Kita dengar budak-budak pemuda ini bukan main seronok lagi dapat jumpa Anwar, berlari-lari lagi hendak pergi bersalam dengan Anwar. "Hinggakan Anwar kata, 'ingat lagi orang Umno kepada saya'," tambahnya. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Sekijang Anuar Abd Manaf bagaimanapun menolak tanggapan tersebut dan menjelaskan program yang diatur olehnya itu, sememangnya berlaku secara kebetulan dengan program Anwar pada hari berkenaan.

"Kita sudah rancang program ini sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Kita cadang untuk agihkan zakat pada akhir Ramadhan, tetapi pejabat agama (daerah Segamat) nasihatkan kita beri awal sikit supaya penerima zakat dapat guna duit itu untuk persiapan hari raya," jelasnya. Menurutnya, majlis itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

"Anwar cuma datang untuk sembahyang tarawih (lepas program buka puasa dan penyerahan zakat). Dia duduk di saf belakang kerana tiba lewat. Kami (pemuda Umno) kebanyakannya di saf depan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa anggota Pemuda Umno dilihat begitu mesra dengan Anwar ketika bertemu di masjid tersebut, Anuar berkata: "Saya tidak nampak suasana di belakang kerana saya di saf depan. Bersalam pun tak sempat," katanya lagi.

Mengulas mengenai usaha-usaha PKR untuk meluaskan pengaruh di Johor, Anuar berkata tindakan tersebut akan menerima gangguan berterusan daripada pergerakan pemuda Johor."Kita menyambut seruan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan Anwar seorang pengkhianat bangsa Melayu," katanya.

Jelasnya, kata-kata "Anwar Pengkhianat Bangsa" itu dituliskan di kain-kain rentang yang dinaikkan di sekitar kawasan yang dikunjungi oleh pemimpin PKR tersebut. "Kami tahu mengenai programnya di Dewan Siang Hai Kee di Bukit Siput (Segamat). Di luar kawasan itu kami juga naikkan bendera-bendera Umno dan BN untuk tunjukkan kekuatan kita," katanya lagi.

Selain Anwar, turut hadir di dewan tersebut ialah bekas naib presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng yang menyertai PKR baru-baru ini.
- suntingan m/kini


Jumaat lalu telah di adakan satu sessi taklimat kepada PM Datu'Seri Najib berhubung dengan skandal zon bebas Pelabuhan Kelang atau PKFZ. Isu PKFZ bukan sahaja sekadar masaalah rumit tetapi juga adanya 'kumpulan buaya buaya' dan banyak cerita disebalik 'ibu segala skandal' kata Lim Kit Siang, yang mana kesah belum lagi di keluarkan. Juga katanya lapuran tentang nya akan ke kabinet nanti.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mempersoalkan akan ketiadaan Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah (SPRM) itu semasa majlis taklimat tersebut. Bagaimana majlis yang berkait rapat dengan tugasan badan itu untuk taklimat kepada perdana Menteri, boleh tidak hadhir, mengapa? atau ada agenda lain?



Sebagai contoh, Pengerusi Jawatan Kuasa Kira Kira Wang Negara, PAC. Dato'Seri Azmi Khalid telah mengeluarkan satu komen berkaitan dengan skandal PKFZ barubaru ini dimana PAC seolah olah menyalahkan Pihak Berkuasa Pelabuhan Kelang, khusus nya bekas ketua eksekutif nya Datu'pc phang kerana pengurusan yg lemah tetapi tidak berssedia untuk menyiasat nya keperingkat yg lebih tinggi atau terus ke kebinet.

Lim Kit Siang yg juga ahli Parlimen Ipoh Timur, menjelaskan tindakan yg dibuat Azmi sebeginilah yang membuat beliau menentang perlantikan Azmi sebagai pengerusi PAC. Jelaslah timbulnya percanggahan untuk kepentingan.

Pada julai 207 Dato'Azmi Khalid terlibat dengan ikat jamin PKFZ sebanyak RM4.6 iaitu ketika beliau masih menjadi menteri, tetapi sekarang beliu pula yg memegang jawatan pengerusi PAC. Semacam ada agenda pulak.

- adunan S/Harian

Runtuhkan BN versi Jepun

Pada tahun 1980 an bekas PM kita Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur.
Sehingga hari, nampaknya perangai Melayu tidak banyak perubahan nya
dasar yang amat mencurigakan ini hanya membuat UMNO mendapat keuntungan , tapi rakyat dipersiakan akibat dasar ini tidak menyesuai
dengan struktur , pemikiran dalam lapisan masyarakat Melayu.

Hari ini, kita patut mengimbas kembali dasar pandang ke Timur,
nampaknya rakyat haruslah memperlajari semangat rakyat jepun
meruntuhkan pihak pentadbiran kerajaan yang dimonopolikan oleh The
Liberal Democratic Party







Parti The Liberal Democratic Party adalah setaraf dengan Barisan
National . Hari ini parti LDP sudah diruntuhkan oleh rakyat, rakyat
menolak sebulat suara dengan pena tajam memangkal di kertas undian,.
Dengan melalui cara ini rakyat Jepun telah berjaya menyingkirkan parti
tersebut.

Rakyat haruslah berterima kasih kepada Mahathir, kerana telah memberi dorongan pandang ke timur dan mengagung agungkan Jepun, kini rakyat dapat sedikit
sebanyak inspirasi dan mempelajari bagaimanakah cara meruntuhkan kerajaan yang ada di negara kita ini.

Kini UMNO di ambang keruntuhan, membalut diri dengan kain putih,
mereka asyik mengunakan tektik kotor seperti perkauman, agama untuk
mengaibkan kuasa, media UMNO juga jadi dalang mengapi apikan fahaman
perkauman di Malaysia. Jadi khas untuk semua rakyat yang mencintai
Negara ini, janganlah memperdulikan kesensitiviti yang sengaja di
ungkilkan oleh UMNO, was waslah apa yang di cadangkan oleh pihak UMNO
khasnya cabinet BN, rakyat haruslah mengenepikannya, segala idea yang
dicadangkan baiklah buang dalam tong sampah.

Lihatlah Najib dalam teks ucapan hari kebangsaan 2009 , beliau sengaja
menungkit ungkitkan isu rusuhan kaum may 13, tanpa menghiraukan
keharmonian negara, perpaduan kaum di Malaysia. Ini lah cara memberi
tips kepada penyokong penyokong UMNO supaya membangkitkan isu Agama
dan Perkauman dalam kontek perpaduan Melayu. Hilangnya UMNO , Melayu
tetap setia ada di bumi ini, tanpa UMNO rakyat hidup lebih demokrasi,
rakyat hidup lebih bahagia.

- Oleh ANAK MAMI/margeemar


Ahli tetap setia, Adun tetap setia dan hanya krisis dalaman sahaja. Kita boleh selesaikan. Dalam boleh selesaikan itu pun, ianya sudah berlarutan makan tahun. Kekuatan tersendiri kedua jaguhan kita ini tidak dapat tidak, turut mempengaruhi suasana kehidupan rakyat jelata di negeri Terengganu ini.

Nampak nya kekuatan Dato’ Hishamudin Husein yang pernah menjawat sebagai ketua Pemuda Umno itu, tercabar kepimpinan nya di Terengganu. Beliau yang sebelum ini di sebut sebut sebagai orang yang berkemampuan untuk menjernihkan kekeruhan arena politik semasa di negeri itu, Lantas beliau di lantik untuk menerajui kemampuan Umno di Terengganu. Namun jalan penyelesaian masih di cari walaupun pertemuan demi pertemuan di rencanakan. Kekusutan nya gagal untuk di leraikan, untuk mengaku kegagalan jauh panggang dari api.




Semalam TPM kita, Dato’Muhyidin Yassin pula menawarkan diri untuk menyelesaikan pertikaian ‘keluarga’ di antara MB Terengganu dengan bekas MB nya Dato’Idris Jusoh. Umum sudah mengetahui, ketidak serasian mereka ini banyak mengaitkan hal hal yang lain dalam pengurusan kerajaan negeri itu.

Mereka tidak sekata dan telah pun melahirkan suasana yang berantakan, maka timbullah apa itu ‘kumpulan 10’, dan baru baru ini terjadi pula ‘sms ugutan’ yang banyak mempengaruhi sidang dewan. Apabila menerima teguran dari pusat supaya semua Adun menghadiri sidang dewan, mereka semua patuh dan hadir tetapi lain pula yang berlaku dalam dewan. Semua Adun yang terlibat mengambil pendekatan “senyap” sebagai protes kepada MB Dato’Ahmad Said. Mereka mendiamkan diri dalam sessi soal jawab perkara berbangkit.

Yang nampak agak ketara nya dalam pekara ini, adalah penafian tetap penafian terus di hamburkan oleh mereka. “Ini hanyalah masaalah dalaman dan kecil sahaja” kita boleh selesaikan. Setiap massaalah yg kita hadapi ada jalan pemyelesaian nya. Begitulah keadaan kalian, sering menidakan apa yg berlaku. Sehinggakan lepas seorang, se orang pemimpin mereka silih berganti bertukar tangan untuk mengatasi kemelut itu.

Pada mula nya di peringkat negeri sendiri menyelesaikan nya, tetapi gagal. Dato’Hishamudin Hussein pula mengambil alih nya, namun hasil nya tak nampak kesan dan kini TPM pula, Muhyidin menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. Walau pun begitu Dato’Najib juga secara tak rasmi nya sudah beberapa kali melawat Terengganu. Untuk ‘menyilau’ krisis tersebut agak nya.

Sebenarnya rakyat Terengganu sudah memahami dan maklum dengan fenomena itu. Tidak perlulah untuk menderamakan nya pekara itu. Cuma hakikatnya sekarang sebahagian dari rakyat itu ‘berpura pura’ tidak mengerti dengan kerenah yang melanda negeri. Mereka tahu sebenarnya, tetapi untuk menjaga ‘keutuhan’ nya, kalian sanggup berbuat apa saja, demi menggambarkan kewibawaan kerajaan yang memerintah hari ini.

Semalam juga Dato'Muhyidin mengadakan pertemuan di Kuala Terengganu untuk merapatkan kedua dua kumpulan yg berbalah itu bagi memperbaiki hubungan baik nya, namun hasilnya tidak juga kesampaian.Dua tokoh utama dalam kumpulan ADUN Umno Terengganu yang menentang menteri besar tidak hadir di majlis untuk merapatkan barisan kepemimpinan negeri yang disertai timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Bila semakin serius krisis itu, barulah slow sikit berbicara, bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik berkata kunjungan dan perjumpaannya ini dengan pemimpin Umno negeri "adalah kritikal" bagi memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagi kepada sebahagian rakyat yang ‘satu lagi’ ini, mereka tetap mengambil tahu setiap rentak yang berlaku dalan kerajaan negeri. Kalian ini terus memerhatikan apa yang berlaku, maka terdengarlah beberapa desas desus nya, Adun Ajil begitu, Adun Kemasek begini dan itulah kemelut yang ternobat di negeri Terengganu. Jumpa lagi.

- mamatrompin


Beginilah kerenah kita semua, bermacam macam ragam yang kita temui. Dia punya puji dan kata kata sanjungan tinggi melangit, mungkin dia sendiri yang tahu akan hasil nya. Depa punya syarahan berdegar degar, konon nya akulah pembela nasib rakyat. Pembangkang apa tahu, hanya pandai bercakap sahaja. Apa yang boleh Pas buat?

Pas sudah bina apa? kita mahu kemajuan. Mengapa fikiran nya tak memikirkan, Pas bukan parti pemerintah, Pas mana ada kuasa nak bina itu nak bina ini untuk kebajikan rakyat, dan itu adalah tanggung jawab kerajaan atau parti yg memerintah. Takkan yg ini pun hendak di beritahu juga. Baru baru ini saya difahamkan, ada ‘orang kita’ cukup bangga dengan perihatin kerajaan terhadap rakyat. Mungkin inilah hasil nya jika rakyat di dahulukan, sehingga kena sebat kerana minum arak pun rakyat di dahulukan juga.Yang bukan rakyat minum arak tak mengapa, dikemudiakan atau di lupakan.. apa cerita sebenarnya?




Tidak kurang juga dengan Pengerusi, Pengedar Pemborong dan Peruncit Islam Terengganu. Katanya langkah kerajaan mengekalkan harga runcit gula pasir dengan RM1.55 sekilo gram amatlah wajar. Memanglah kita sendiri pun terasa gembira dengan pengekalan harga itu. Tetapi sedikit sebanyak berfikir juga, gula pasir sekarang amat berkurangan dan hanya dibenarkan satu satu keluarga hanya boleh membeli 2 kilo gram sahaja untuk satu satu masa. Bekalan gula terhad, harga tidak naik dan ini berlaku sudah sekian lama sebelum ini. Macam ada sesuatu yg akan berlaku.

Dalam kita bergembira harga gula di kekalkan bersama sedikit keriuhan di hari merdeka, tiba tiba kita semua di kejutkan dengan berita kenaikan harga petrol pula dan berkuat kuasa hari esuk 1 september. Macam sudah di duga ‘gula gula’ di beri “dan kita akan kekalkan harga gula”, tetapi jari kelinking berkait.

“Saya bersetuju dengan langkah kerajaan tidak menaikkan harga gula dan ini adalah langkah bijak dan wajar” kata Sazali Ismail, Pengerusi Pengusaha Pengedar Pemborong dan Peruncit Islam Terengganu kepada Sinar Harian semalam. Orang ramai rasa kurang wajar dan tidak selesa kerana kita semua akan menyambut hariraya tidak berapa lama lagi yang mana memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Apabila harga minyak naik, secara automatic harga barangan lain ‘takkan senang duduk’. Semua barangan yang dihantar dan di bawa akan menggunakan kenderaan yg menggunakan minyak. Takkan pengusaha kenderaan atau lori lori ini hanya mendiamkan diri saja. Begitu juga dengan gula, juga memerlukan lori atau kontene kontena, untuk dibawa kemana mana. Sama samalah kita kita perhatikan nanti. Mungkin juga ada satu pihak lain akan berkata “kita akan pantau kenaikan harga barang nanti” tiap kali harga barang naik inilah suara yg ada.

Harga gula kekal, harga minyak tidak kekal dan harga bawang putih turut ‘memberontak’ minta di bubarkan. Langkah bijak dan wajar dan rakyat di utamakan. Pengalaman lalu sudah banyak di lalui, dan perhatikan juga station minyak sebelum jam 12 malam nanti.

- orang minyak Paka


;;
TAK AKTIF SELAMA 4 HARI