Adun BN mengaku bakar jentolak

Saturday, October 31, 2009


KOTA BHARU, 25 Okt: Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka.

READ MORE - Adun BN mengaku bakar jentolak

Dr Asri akan sertai parti politik?

Friday, October 30, 2009



Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.

Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.

READ MORE - Dr Asri akan sertai parti politik?

akhirnya muncul juga Tranungkite online


Pagi tadi lebih kurang jam 1.15 minit, wa tiba di rumah setelah beberapa jam berembun di majlis ceramah yang turut dijayakan oleh Ust.Azman Shapawi dan Mohd Sabu yang bertempat di Dataran Tok Guru, Geliga Kemaman.

  

READ MORE - akhirnya muncul juga Tranungkite online

Lapuran Sidang DUN Perak, Polis rampas jubah.

Thursday, October 29, 2009


Pukul 9.55 am : Siva dihalang kami pertahan.

YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.

READ MORE - Lapuran Sidang DUN Perak, Polis rampas jubah.

Wartawan sabar menanti di Pejabat Pas Jalan Raja Laut

Wednesday, October 28, 2009



28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.
Iklan


READ MORE - Wartawan sabar menanti di Pejabat Pas Jalan Raja Laut

'cyber troopers' Umno dalam usha merosakan Pas

Arus penyebaran berita terus berkembang dan menjangkau sempadan. Di Malaysia khusus nya, penyebaran maklumat begitu cepat, sama ada melalui telepon, sms, blog, face book dan sebagainya. Kecepatan nya secara langsung mengatasi media media yang sedia ada. Umpama nya penyebaran maklumat melalui internet  sudah cukup sinonim dengan kemajuan global masakini.

 

READ MORE - 'cyber troopers' Umno dalam usha merosakan Pas

PAS ajak Nik Aziz berdepan

Monday, October 26, 2009



Datuk Nik Aziz Nik Mat diundang khas dalam pertemuan dengan jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri bagi membincangkan isu beberapa pemimpin kanan "bermasalah" berhubung idea kerajaan perpaduan.

 
READ MORE - PAS ajak Nik Aziz berdepan

Kata nya, Tok Guru menimbulkan ketegangan?


Suasana 'persekitaran' Pas sekarang mula menjadi buah mulut yang agak rancak disana sini. Tidak kira golongan mana yang berada di pentas politik, yang nyata untuk di semua peringkat sudah melebihi desas desus yang semakin kencang. Sama ada di pejabat pejabat atau di kedai kedai kopi orang ramai sudah tidak kering gusi bercakap pasal 'keterbukaan' mursyidul Pas Nik Aziz Nik Mat, meminta supaya di adakan sidang tergempar di peringkat pusat.

READ MORE - Kata nya, Tok Guru menimbulkan ketegangan?

Semua Pihak Diminta Bertenang, EGM Pas.

Sunday, October 25, 2009


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta supaya ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung dengan saranan mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul Am, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

READ MORE - Semua Pihak Diminta Bertenang, EGM Pas.

HIMPUNAN PEMUDA ISLAM TERENGGANU

Saturday, October 24, 2009


Dewan Pemuda PAS Terengganu akan mengadakan HIMPUNAN PEMUDA ISLAM TERENGGANU (HIMPIT) kali ke 10 akan diadakan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada 29,30,31 Oktober 2009 di Dataran Tok Guru , Geliga Kemaman.
Pengarahnya, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus berkata objektif utama himpunan tersebut bagi menghimpunkan semua tenaga kearah memperkasakan gerakan pemuda bagi meningkatkan semangat..

READ MORE - HIMPUNAN PEMUDA ISLAM TERENGGANU

Iklan berbau lucah ..1Malaysia ke 1dunia?

Friday, October 23, 2009

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  terus membisu, malah Kementerian Penerangan itu sendiri tidak berkata apa sehingalah artikel ini di tulis. Tetapi kalau perhimpunan ‘kepala lembu’ depa ni riuh dengan mengaitkan bab bab yang lain, ‘take beer’ dan sebagainya.

 

READ MORE - Iklan berbau lucah ..1Malaysia ke 1dunia?

Perkembangan Pembinaan Tranungkite Online

Thursday, October 22, 2009

Saya difahamkan ramai di antara ‘kaki blog explorer;’yang tak puas hati kerana Tranungkite online atau TKO masih lagi tidak dapat beroperasi. “Saya pun tak nak bagi banyak alasan, pasal memang masih dalam pembinaan” kata webmaster nya.

 

Kalau dalam pembinaan sesuatu bangunan biasa nya banyaklah kerenah nya kita pun  tahu karenahnya. Kontrator larilah , simen tak sampai lagilah, ... Besi naik hargalah.. macam macam yang timbul.

 

Yang paling teruknya duit tak cukup. Loan tak ada, buat pakai modal setikam. Ada duit baru beli kayu. Itu belum masuk upah lagi..

 

Biasalah kan!!

 

Joke-joke juga, pembinaan TKO masih 60% dan nak menuju kepada 70%. Kami tak boleh nak jangka bila boleh siap. Inilah perkembangan setakat ini. Kata yang empunya laman itu. Pasti siap!! Bila? entah!

 

Webmaster

20 Oktober 2009

 Copyright.




READ MORE - Perkembangan Pembinaan Tranungkite Online

MSO Berbohong Dan Menabur Fitnah Lagi


Khabar Peristiwa Exco Menumbuk Tetamu Adalah Satu Pembohongan


Khabar angin ini telah disebarkan oleh blog Tinta Merah kepunyaan Suyuti Omar. Kononnya sewaktu Rumah Terbuka PAS Pusat minggu lepas, berlaku peristiwa seorang exco kerajaan negeri telah menumbuk salah seorang tetamu yang menghadziri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri PAS Pusat di Taman Melewar minggu lepas.

READ MORE - MSO Berbohong Dan Menabur Fitnah Lagi

Ibrahim Ali mula tidak dipercayai: Ahmad Fadhli

Wednesday, October 21, 2009


Karier politik Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali disifatkan sudah tiba di penghujung apabila beliau sendiri sudah tidak dipercayai oleh sebahagian pimpinan UMNO untuk diterima menjadi ahli parti tersebut.

Pada masa yang sama, Pas yang telah memberikan peluang kepadanya bertanding pada pilihan raya umum yang lalu juga pastinya sudah ‘berkerat rotan’ dengannya yang disifatkan mengkhianati parti yang memberinya laluan.

READ MORE - Ibrahim Ali mula tidak dipercayai: Ahmad Fadhli

Ummi Hafilda nikah ahli perniagaan Iran?

Tuesday, October 20, 2009



PERSONALITI yang pernah menjadi saksi utama dalam kes kontroversi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali, khabarnya sudahpun bernikah dengan seorang lelaki separuh umur yang berketurunan Iran.

Lelaki itu khabarnya adalah seorang ahli perniagaan berjaya, bertaraf ulama dan berasal dari Teheran. Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, perkahwinan Ummi Hafilda Ali itu dilaporkan berlangsung sekitar bulan puasa tahun ini di sebuah majlis tertutup.

Ummi merupakan adik bongsu kepada selebriti Azwan Ali dan ahli politik yang juga naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali. Namun menurut sumber itu lagi, perkahwinan itu telah dirahsiakan dari keluarga dan tidak mendapat restu dari ibu Ummi, iaitu Mak Tom. Difahamkan juga, Ummi, 42, anak bongsu dari enam orang adik beradik, adalah isteri kedua kepada lelaki yang berusia awal 60an itu.

Usaha untuk menghubungi usahawan wanita itu bagi mendapatkan komennya tentang kesahihan berita ini, tidak berjaya dan mungkin akan di cuba lagi nanti.

- sumber ms18/10



READ MORE - Ummi Hafilda nikah ahli perniagaan Iran?

Azmin Ali ke rumah Azwan selepas 9 tahun

Monday, October 19, 2009


DI muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali.

Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.

READ MORE - Azmin Ali ke rumah Azwan selepas 9 tahun

Ibrahim Ali pulanglah mu..kau istimewa!

Sunday, October 18, 2009


Datuk Ibrahim Ali
Ahli parlimen Pasir Mas, sudah membayangkan untuk kembali semula ke 'majikan' lama nya Barisan Nasional. Ketidakselesaan nya sudah dirasakan di Pasir Mas kebelakangan ini. Gaya lakunya kini sebagai ahli parlimen Pasir Mas mula mendapat pelbagai kritikan dari dari pimpinanan Pas selaku pemerintah kerajaan negeri.

READ MORE - Ibrahim Ali pulanglah mu..kau istimewa!

Poster Nik Aziz di pijak pijak di depan saya

Saturday, October 17, 2009


Semalam berada di Beserah Kuantan untuk beberapa jam dan berkesempatan bertemu dengan rakan rakan di sana. Sebelum itu  pada petang 15 oktober lalu saya berada di Kemaman  dan kesempatan di ambil untuk berjumpa dengan beberapa orang kenalan yang menetap disana.

 

READ MORE - Poster Nik Aziz di pijak pijak di depan saya

Dewan Ulamak Umno

Friday, October 16, 2009


Lanjutan dari perhimpunan Umno kelmarin,  Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.

READ MORE - Dewan Ulamak Umno

Pantun Pemuda Umno Semalam

Wednesday, October 14, 2009

Inilah beberapa rangkap pantun yang di cipta oleh Pemuda Umno, dan di suarakan semasa Perhimpunan Tahunan Pemuda Umno, semalam.

Rasa teringin sekali untuk membalas nya, mungkin juga di lain lambaran itu pun jika ada sedikit kelapangan.

READ MORE - Pantun Pemuda Umno Semalam

Dalam kes ini MCA mengatasi Umno


Apabila orang orang China atau India menyebut beberapa ayat ayat al Quran, mereka melenting marah marah dan memperlekehkan Pas membiarkan rakan rakan Pakatan Rakyat memyebut dan dikatakan nya mempersendakan al Quran.

READ MORE - Dalam kes ini MCA mengatasi Umno

'Pakej bulan madu ' dari Kerajaan Terenganu

Tuesday, October 13, 2009

Pakej bulan madu kedua secara percuma menanti pasangan yang telah berkahwin di Terengganu namun ia hanya ditawarkan kepada pasangan yang sedang berhadapan dengan masalah penceraian sahaja.
Kerajaan negeri akan menanggung semua kos bagi program berkenaan. Kerajaan negeri juga menyediakan khidmat ini setidak tidaknya dapat membantu dan menyelamatkan sebuah rumahtangga yang mempunyai masaalah.


Bagaimanapun, pakej bulan madu itu termasuk sesi kaunseling yang akan dijalankan dalam program berkenaan.
Program tersebut diwujudkan bagi membantu pasangan yang mempunyai masalah mencari jalan penyelesaian dalam rumah tangga mereka dan mengurangkan kadar penceraian yang dicatatkan oleh negeri itu.

"Pakej bulan madu tersebut akan dilancarkan pada akhir tahun sebaik sahaja modul-modul khusus mengenainya diwujudkan.

Program ini diwujudkan bagi membantu pasangan suami isteri yang ingin bercerai berbaik semula dan mengekalkan perkahwinan masing-masing," kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Masyarakat, Ashaari Idris di sini pada Isnin.

Program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat.
Menurut Ashaari, kerajaan negeri akan melaksanakan program perintis di mana 25 pasangan akan yang menghadapi masalah dalam perkahwinan akan dipilih untuk menyertai pakej bulan madu berkenaan.
“Bagi program ini kita menawarkan pakej tiga hari dua malam di mana-mana tempat dengan kos di bawah RM1,500 untuk setiap pasangan.

"Setakat ini hasilnya adalah positif," katanya tanpa memberikan butiran mengenai jumlah perkahwinan yang berjaya diselamatkan.
"Bagi pasangan yang berhadapan dengan masalah, khidmat kaunseling akan diberikan. Namun pakej bulan madu kedua ini hanya ditawarkan kepada pasangan yang betul-betul berhadapan dengan masalah dalam perkahwinan dan mereka yang diambang perceraian," katanya.

Ada pasangan yang mempunyai masalah namun perkahwinan mereka dapat kekal sehingga dua puluh, katanya.
"Kami faham jika pasangan yang baru berkahwin mempunyai masalah untuk saling memahami antara satu sama lain. Tapi adalah satu yang pelik bagi pasangan yang telah berkahwin selama dua puluh tahun mahu bercerai, ini satu alasan yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima.

"Dengan pakej ini, kita berharap pasangan yang mempunyai masalah ini akan lebih menghargai perkahwinan mereka sekaligus dapat mengelakkan daripada berlakunya perceraian," katanya.

- Oleh R S N MURALI/mStar
READ MORE - 'Pakej bulan madu ' dari Kerajaan Terenganu

Perjuangan tetap di teruskan, walau pun anjing menyalak di sepanjang jalan

Monday, October 12, 2009

Saya pun tidak terkejut mana atau pun tidak hairan mana dengan kekalahan Pas di Bagan Pinang. Kalau BN yang kalah, itulah yang saya terkejut. Kerana sudah di ketahui yang BN telah mempergunakan segala jenis cara untuk mengekal kerusi nya di Bagan Pinang ini.

READ MORE - Perjuangan tetap di teruskan, walau pun anjing menyalak di sepanjang jalan

Nizar gegarkan Bagan Pinang saat saat akhir

Sunday, October 11, 2009



Ir.Nizar Jamaludin, sememang dikenali ramai sama ada bagi orang orang BN atau pihak kerajaan mahu pun kepada ahli ahli Pakatkan Rakyat, jemaah Pas khusus nya. Ketika beliau membuat ucapan atau ceramah tak kira dimana, di dewan rakyat, dewan Parlimen mahu pun di majlis majlis ceramah nya. Kekuatan dalam penyampaian serta fakta fakta yang di luahkan, sedikit sebanyak ‘digeruni’ pihak lawan. Klik tajuk untuk seterus nya.
READ MORE - Nizar gegarkan Bagan Pinang saat saat akhir

Petugas Umno Terengganu tidak tahu ’Halal Haram’?

Saturday, October 10, 2009


n>Para petugas kontinjen Umno Terengganu yang datang untuk berkempen pada pilihanraya kecil DUN Kuala Terengganu di lihat makan makanan dan minuman di kedai yang tidak ada penarafan ’halal’ disini beberapa hari lalu.

 

READ MORE - Petugas Umno Terengganu tidak tahu ’Halal Haram’?

Undi Pos – Tentera Tolak Rasuah, insya Allah!

Friday, October 9, 2009


 Kehadiran calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar di pusat pembuangan undi pos di sini telah mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan anggota tentera. Menurut Pengurus kempen calon, Hj Anwar Hashim, ini merupakan indikator dan petanda yang baik yang menunjukkan sokongan anggota tentera kepada calon Pakatan Rakyat.

READ MORE - Undi Pos – Tentera Tolak Rasuah, insya Allah!

Umno mencabul akta bahasa, hasilnnya di 'Bagan Pinang'



Sasterawan Negara turut menyuarakan pandangan nya yang mana kerajaan yg di terajui oleh BN sekarang ini sudah banyak melangkaui undang undang Negara yang di perintahnya sendiri. Di bimbangi juga akan merebak ke lain lain undang undang ciptaan nya. Klik tajuk untuk seterus nya

READ MORE - Umno mencabul akta bahasa, hasilnnya di 'Bagan Pinang'

Pertemuan dengan pelajar di Perancis

Wednesday, October 7, 2009



Tan Seri Isa Samad sudah menjalani hukuman di atas kesalahan nya dalam kes rasuah dan dia telah di calunkan sebagai Adun Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil ini nanti.

Difahamkan beliau begitu popular di kalangan masyarakat kawasan itu, dan beliau di lantik sebagai calun. Ketika bercakap semasa pertemuan dengan sebahagian pelajar Malaysia di Paris. Klik tajuk untuk seterus nya.

 

READ MORE - Pertemuan dengan pelajar di Perancis

Fenomena roboh bersiri di Terengganu

Tuesday, October 6, 2009


                                                              Masjid Batu Puteh Kerteh                  

Masih ingatkah lagi pada 26hb mei 2005? salah satu antara peristiwa yang saya sendiri sukar lupakan dimana sebuah masjid yang masih lagi belum siap dibina sepenuh nya telah di robohkan dengan jayanya oleh ‘pasukan umno’ dengan kerjasama FRU.  Masjid RTB Bujal Kemaman, juga menjadi satu daerah yang sama dengan roboh nya masjid Kg.Batu Puteh Kerteh Kemaman kelmarin.  Klik tajuk untuk seterus nya.

 

READ MORE - Fenomena roboh bersiri di Terengganu

Polis Wartawan dan Umno siapa yang menipu? - Bagan Pinang

Monday, October 5, 2009


Kenyataan yang mengatakan penyokong penyokong pembangkang bertindak ganas dan menyerang ahli majlis tertinggi Umno Datuk Azeez Rahim serta Menteri Perdagangan dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri cukup meragukan. Klik tajuk nya.

READ MORE - Polis Wartawan dan Umno siapa yang menipu? - Bagan Pinang

Tsu Koon bersyarat, Guan Eng tanpa syarat siapa yg berat?

Sunday, October 4, 2009


Sudah sekian lama pekara pekara seperti ini menjadi igauan bagi juak juak ini. Sebahagian besar nya pasti tidak menjadi, sejarah sudah banyak mengajar kita. Sebelum itu pelbagai kata pelbagai ungkapan yang dilaungkan. Bila tiba saat saat akhir ianya dibatalkan. Apa yang ditakuti untuk berdepan, kita sudah tahu. Sehinggakan pernah suatu ketika dahulu di buat ‘debat olok olok’ untuk menguji kekuatan sendiri dan secara tak langsung ianya boleh disifatkan menipu diri sendiri. Itulah mainan mereka. Sila klik tajuk..  

 

READ MORE - Tsu Koon bersyarat, Guan Eng tanpa syarat siapa yg berat?

Kes tembakan di Kijal & tangkapan Pemimpin Tempatan

Saturday, October 3, 2009


Kejadian polis menembak sehingga mati, seorang mangsa hanya kerana mangsa ’cuba merempuh anggota polis’, menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. Walaupun mangsa adalah bekas banduan dan dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah dan curi kenderaan, polis tidak sepatutnya menggunakan senjata api, sewenang-wenangnya.

Klik tajuk nya untuk baca lagi

READ MORE - Kes tembakan di Kijal & tangkapan Pemimpin Tempatan

Manifesto Calun Bebas di Bagan Pinang

Friday, October 2, 2009


Penamaan calun di pilihanraya kecil Bagan Pinang yang jadualkan esuk 3hb oktober, dijangkakan akan bertemu tiga orang calun yang bakal berentap untuk merebut kerusi Adun bahagian itu. Jika tiada apa apa halangan dan penyerahan borang pencalunan mengikut prosesdur nya, dijangkakan Zulkefly Mohd Omar mewakili Pas,    Datuk Isa Samad yang mewakili BN dan Shahrudin AbHamid turut bakal bertanding di atas tiket Bebas.

Klik tajuk untuk selanjut nya.

READ MORE - Manifesto Calun Bebas di Bagan Pinang

Saiful di jangka turun ke Bagan Pinang

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya Pilihanraya Kecil di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.  Klik tajuk untuk baca lagi.


READ MORE - Saiful di jangka turun ke Bagan Pinang

' Port Dickson' nama penjajah, bila nak tukar? - gara gara PRK

Thursday, October 1, 2009

Setiap kali pilihanraya kecil yang akan di adakan, tak kira dimana di Negara kita ini sama ada di kawasan pembangkang mahu pun di kawasan pemerintah itu sendiri, yang pasti pelbagai kejutan akan di laksanakan dengan kecepatan sebaik mungkin. Yang nyata setiap kawasan yang memperolehi pilihanraya kecil itu bakal ‘maju’ dengan segera atau lebih di kenali sebagai ‘pembangunan mee segera’. Klik tajuk untuk baca seterusnya.

READ MORE - ' Port Dickson' nama penjajah, bila nak tukar? - gara gara PRK