Kolonel Mat yang Nik Aziz kata Itu, Ayah saya...

Monday, November 30, 2009

Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz membuat pengakuan bahawa arwah ayahnya, Leftenan Kolonel Syed Abdul Aziz turut dikenali dengan nama 'Kolonel Mat', nama yang disebut Oleh pemimpin PAS sebagai individu yang cuba menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.

Dalam posting terbaru di laman blognya 'Kickdefella' kelmarin, beliau berkata masyarakat di Kelantan turut memanggil ayahnya dengan gelaran 'Syed Amat'.

READ MORE - Kolonel Mat yang Nik Aziz kata Itu, Ayah saya...

Nik Aziz pertahankan doa nya, perbetulkan pemikiran Tok Najib

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

READ MORE - Nik Aziz pertahankan doa nya, perbetulkan pemikiran Tok Najib

Pemimpin Umno sudah berubah? oh..

Sunday, November 29, 2009




KALAU pasal hiruk pikuk dengan paluan gendang kosong, memang itu benchmark UMNO. Dalam perhimpunan UMNO yang baru lalu, Najib berteriak, "bersedia untuk berubah?" Gegak gempitalah PWTC dengan sahutan perwakilan UMNO yang spontan menjawab, "bersedia"! Tapi itulah gendang kosong yang dipalu oleh para pemimpin UMNO lalu dianggukkan oleh para ahlinya.

READ MORE - Pemimpin Umno sudah berubah? oh..

Azizah bukan lawan Raja Sesumpah

Thursday, November 26, 2009






BEGITU lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah. Selepas suara beliau tenggelam di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Kuala Terenganu di dalam pilihanraya kecil yang menelanjangkan Umno, suara raja sesumpah berkeramat ini terus tenggelam.


Mungkin menyedari ada benarnya setiap kali beliau menjejakkan kakinya ke mana-mana kawasan pilihanraya, pastinya mendatangkan `suwey’ (malang/bala) buat Umno. Ada juga betulnya kerana apabila raja sesumpah yang juga dipanggil raja kotak ini tidak melibatkan diri, Umno mampu menang sepertimana di Bagan Pinang.

READ MORE - Azizah bukan lawan Raja Sesumpah

Robot buat lapuran Polis di Sabah



Sekarang sudah pun masuk cuti persekolahan dan besuk kita bagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban. Sudah menjadi 'tradisi' apabila tiba  nya cuti pesekolahan, kita semua sering menerima jemputan majlis perkahwinan. Baru baru ini beberapa majlis perkahwinan di adakan di Pantai Timur Semenanjung, yang mana ada pengantin 'bermain' air banjir di Sg.Ular Kuantan, dan ini lain pula yang berlaku kepada keluarga Robot di Sabah.

READ MORE - Robot buat lapuran Polis di Sabah

AMK Johor meradang & terimakasih Moderator Tranungkite

Wednesday, November 25, 2009



Alhamdulillah walaupun Anwar hanya dapat memberikan ceramah sekitar 10 minit, tetapi aura semangat yang ada pada DSAI meresapi kepada seluruh jiwa anak muda, walaupun pelbagai dugaan kami terima (AMK JOHOR) tapi kami berjaya, berjaya membawa Anwar ke Kulai dengan selamat berhadapan dengan 'ikan bilis' Pemuda UMNO yang bangang dan jahil dengan undang-undang.

 

READ MORE - AMK Johor meradang & terimakasih Moderator Tranungkite

'Demonstrasi Bodoh' menyambut Anwar di Kulai kelmarin

Tuesday, November 24, 2009

depa start berkumpul

DSAI tiba di Johor jam 5.30 petang di Plaza Tol Ayer Itam, setibanya DSAI ke Ayer Itam,  SJ (Suara Johor) dan rakan-rakan terus membawa DSAI ke Konvensyen PKR Johor di Kluang. DSAI berucap di sana membakar semangat kepada para hadirin yang hadir, kedatangan di sana agak memuaskan. SJ meneruskan perjalanan membawa DSAI ke Masjid berdekatan kerana waktu maghrib dah tiba. elesai solat kami bergerak ke satu kawasan warung, DSAI nak pekena teh panas sekejap. Masa kat sini ramailah yang mengambil kesempatan ambil gambar kenangan dengan DSAI.

 

READ MORE - 'Demonstrasi Bodoh' menyambut Anwar di Kulai kelmarin

Rintihan di Sabah: kenapa hanya SAN, bagaimana dengan IC palsu?

Monday, November 23, 2009



KELANTANGAN Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya mempersoal kelayakan Jimmy Wong Adun DAP Sri Tanjung bagaimana beliau mendapat ‘Sijil Anak Negeri’ (SAN) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri baru baru ini, sungguh menarik perhatian umum malah isu tersebut menjadi ‘panas’ di kalangan rakyat Sabah yang ingin tahu siapakah dalang disebaliknya.


READ MORE - Rintihan di Sabah: kenapa hanya SAN, bagaimana dengan IC palsu?

Pahang pula menuntut Royalti minyak

Saturday, November 21, 2009

Bajet kerajaan negeri Pahang 2010 telah pun di bahaskan di sidang DUN Pahang yang baru lalu. Ahli Dewan Undangan  negeri Pahang Padang Tengku Datuk Ab.Rahman Mohamad telah membuat usul menuntut pembayaran royalty minyak daripada kerajaan Persekutuan.

 

READ MORE - Pahang pula menuntut Royalti minyak

Balak hilang Jabatan diam, lapuran semalam..

Friday, November 20, 2009

gambar hiasan

Satu kerja pembalakan yang di selimuti kontraversi telah dikesan berlaku di Kuamut Tawau Sabah. Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Zainuddin Hassan menulis surat rasmi dan mengajukan kepada Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan pada 15 november lalu.

 

READ MORE - Balak hilang Jabatan diam, lapuran semalam..

Ku Li diserbu pemberita lepas bertemu Anwar, Parlimen semalam

Thursday, November 19, 2009

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari Dewan Rakyat, tidak ramai yang ambil pusing, tetapi sebaik Ahli Parlimen Gua Musang itu masuk ke bilik rehat parlimen disambut oleh Ahli Parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution yang kemudian mengiringinya menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim, wartawan jurugambar kelam kabut berlari mengambil gambar.

Pakatan Rakyat telah mencadangkan penubuhan kaukus khas parlimen mengenai royalty petroleum dan telah menawarkan saya mengetuainya,” kata Tengku Razaleigh sebaik diserbu wartawan apabila sebaik pertemuannya dengan Ketua Pembangkang itn>

READ MORE - Ku Li diserbu pemberita lepas bertemu Anwar, Parlimen semalam

Nik Aziz Arah Menantunya Letak Jawatan - Kickdefella

Wednesday, November 18, 2009

Bloger kontroversi, Kickdefella@Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendakwa bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan menantunya, supaya melepaskan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

READ MORE - Nik Aziz Arah Menantunya Letak Jawatan - Kickdefella

Ada juga yg menuduh Blogger sebagai pelacur Politik

Dunia tanpa sempadan, pergerakan berita berlaku secara pantas dan kini di negara kita khas nya sudah melewati detik detik itu. Begitu juga dengan kepantasan maklumat yang disampaikan  melalui website termasuklah blog, facebook, friendster dan sebagainya. Kecepatan laluan berita  melalui siber ini sudah pun mengatasi saingan saingan yang lain, sama ada berita TV dan akhbar akhbar harian.

  

READ MORE - Ada juga yg menuduh Blogger sebagai pelacur Politik

Anwar mensabotaj ekonomi kata Awang Adik

Tuesday, November 17, 2009



Keghairahan Dr.Awang Adik Husien yang mengulas agenda Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk ‘menyerang’ Datuk Najib, turut di pertikaikan oleh beberapa pihak. Kematangan politiknya sudah lama di ragui, apatah lagi dengan hasrattinggi nya untuk menjadi MB Kelantan pada pilihanraya ke 12 yang lalu.

 

READ MORE - Anwar mensabotaj ekonomi kata Awang Adik

Roboh Fasa ketiga Casa Limbong, Terengganu lagi

Monday, November 16, 2009

Kerja kerja pembersihan

Beberapa hari lalu, kalau tak silap pada selasa 10hb November satu kejadian yang sungguh mencemaskan berulang lagi untuk kali ketiga nya di bangunan Casa Limbong, yang juga merupakan satu komplek pusat beli belah yang terletak di jalan Lebai Saras Kemaman. Bangunan ini terletak betul betul di belakang komplek belibelah yang terawal dibina di Kemaman, iaitu  Kemaman Center Point, yang juga turut mempunyai sejarah nya yang tersendiri.

 

READ MORE - Roboh Fasa ketiga Casa Limbong, Terengganu lagi

Keruntuhan bersiri : ITC Di Kemaman Pula Runtuh

Sunday, November 15, 2009


Kompleks ITC di Teluk Kalong

Kelmarin Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said baru sahaja mengumumkan Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) diserahkan untuk menjadi fakulti baru Kolej Universiti Institut Teknikal Tinggi Terengganu (TATiUC).

Tiba-tiba semalam, ITC yang menelan belanja kira-kira RM50 juta itu, runtuh satu bahagian yang dipercayai sebagai penghadang alat pendingin ataupun balkoni di tingkat lapan bangunannnya.

READ MORE - Keruntuhan bersiri : ITC Di Kemaman Pula Runtuh

Belum sebat Kartika sebab kerana ada syubahah - exco

Friday, November 13, 2009



Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno belum dijalankan berikutan timbul syubahah (keraguan) dalam
pelaksanaan hukuman itu.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata pelaksanaan hukuman itu perlu dilakukan secara berhati-hati terutama terhadap pesalah wanita.

READ MORE - Belum sebat Kartika sebab kerana ada syubahah - exco

Dimana Masjid Sri Hartamas? tanya Woo Choo Keong pada Raja Nong Cik

Di persidangan dewan rakyat semalam berlaku beberapa kekecuhan, antara nya termasuklah pekara yang di bangkitkan oleh Woo Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang mendesak  menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dapat menerangkan secara jelas bagaimana sebidang tanah yang di jadualkan untuk membina masjid boleh bertukar menjadi projek kondominium dan pusat belibelah.

 

READ MORE - Dimana Masjid Sri Hartamas? tanya Woo Choo Keong pada Raja Nong Cik

Pergolakan Pas Semakin Keras di manafaatkan Umno

Thursday, November 12, 2009

Dalam masa sebulan dua ini politik di tanah air kita terus bergolak deras, bulan lalu percaturan MCA dilanda arus pergolakan nya dan sehingga sekarang jalan penyelesaian terus di cari. Mesyuarat tergempar di adakan bagi meredakan suasana yang ada.

 

Di sambung pula oleh PKR dengan ‘percutian 6 bulan Datuk Zahid Ibrahim’ dan berlanjutan dengan perlantikan Tamrin dan perletakan jawatan Jefrey Kitingan di Sabah, dan ..

 

READ MORE - Pergolakan Pas Semakin Keras di manafaatkan Umno

Sikap hipokrik Utusan Malaysia tadi..

Wednesday, November 11, 2009

Gambar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia



Gambar yang disiarkan melalui Berita Harian


Bagi saya tidak hairan mana kalau Utusan Malaysia membuat lapuran tak lekang dari sikap 'penipuan' nya. Yang saya sangat hairan nya kalau Utusan Malaysia membuat lapuran tidak menipu. Yang nyata setiap keputusan nombor magnum 4 Digit tak ada penipuan. Maka timbulah jumlah kehadhiran sesuatu 'perhimpunan' yang berbeza beza, Utusan kata 'yg hadhir  cuma 5 ribu orang sahaja, Berita Harian kata 9 ribu dan Bernama kata 15 ribu', begitulah dunia mereka.



Payung yang berlambang dacing Barisan Nasional pun sudah di padamkan, mungkin ada sesuatu yang di bimbangkan. Payung berharga '10 ringgit' pun takut di bayangi BN apatah lagi pekara yg bernilai lebih dari itu.


Lihat contoh gambar di atas , sebagai bandingan dengan apa yang di kata. Berita beberapa akhbar yang di lapurkan tadi 11hb11/09.




READ MORE - Sikap hipokrik Utusan Malaysia tadi..

Di jangka satu pilihanraya kecil di Sabah

Dijangkakan satu pilihanraya kecil akan di adakan di Sabah dalam beberapa waktu terdekat ini menjelang rombakan Kabinet Najib yang menyaksikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersingkir daripada Kabinet Malaysia bagi memberikan beliau peluang untuk kembali ke Sabah sebagai Ketua Menteri Sabah.

 

READ MORE - Di jangka satu pilihanraya kecil di Sabah

Khalid Samad Akui Silap, Zulkifli Noordin Enggan Tarik Balik..

Tuesday, November 10, 2009

Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

READ MORE - Khalid Samad Akui Silap, Zulkifli Noordin Enggan Tarik Balik..

Datuk Najib 'paling ke belakang' di Sabah


 Foto Hiasan - Loji Janakuasa di China

Datuk Sri Najib perdana menteri kita seringkali di sebut sebut oleh Datuk Hishamudin  adalah orang yang berupaya untuk menyelesaikan  kemelut yang melanda MCA sekarang ini. Datuk Najib sendiri pun sudah acapkali berkata yang beliau tak akan campur urusan MCA kecuali di minta.

 

Sebenarnya betul ke yang Datuk Najib itu punyai kekuatan untuk menyelesaikan krisis itu? sehinggakan  orang yang punyai rekod buruk pun dimertabatkan di Bagan Pinang. Oleh kerana beliau sebagai Perdana Menteri, itulah yang Datuk Hishamudin Nampak dan kita ikuti lagi kesah nya.

  
READ MORE - Datuk Najib 'paling ke belakang' di Sabah

Persepsi salah kata Tuan Ibrahim di Taman Melewar

Monday, November 9, 2009


Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di pusat tarbiyah Pas Taman Melewar berkata “tanggapan dan persepsi salah terhadap parti dan kepimpinan perlu di atasi dari merosak dan merebak terus merporakperandakan parti itu sendiri”.

 

READ MORE - Persepsi salah kata Tuan Ibrahim di Taman Melewar

Sekadar Pandangan Umum dari Dr. Aziz Bari - Seminar

Sunday, November 8, 2009



Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, penubuhan PAS adalah memenuhi perintah Allah yg mewajibkan kesinambungan risalah Islam.


Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim yang turut menghadiri Seminar Memperkasakan PAS, berkata, Presiden PAS turut mengariskan empat perkara penting dalam meneruskan perjuangan.

READ MORE - Sekadar Pandangan Umum dari Dr. Aziz Bari - Seminar

Datuk Sari Tan Nuar itu kafir laknatullah?

Friday, November 6, 2009

Antara berita yang kami terima baru baru ini, walaupun ianya sudah sebulan berlalu tetapi begitulah jalinan kesah 'hiruk pikuk' perjalanan wadah politik tanah air, khusus nya di negeri bawah bayu negara kita. Ragam dan kerenah ini telah diminta oleh sesaorang untuk disiarkan demi memberi ingatan dan pengajaran pada semua. 

READ MORE - Datuk Sari Tan Nuar itu kafir laknatullah?

Cerita Mohd. Ridhuan Tee di jawab Halik Zaman

Thursday, November 5, 2009




SATU rencana yang ditulis oleh Dr. Mohd. Ridhuan Tee yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Beliau menulis isu politik tapi diperkuatkannya dengan bersenjatakan semangat Melayu dan Islam untuk menyatukankan kefahaman orang Islam di negara kita antara lain beliau menulis:- 

 

READ MORE - Cerita Mohd. Ridhuan Tee di jawab Halik Zaman

"Hiburan cara Islam", kata Nazrey Johani memuji Pas Tawau

Wednesday, November 4, 2009


Baru baru ini Dewan Pemuda PAS Kawasan  Tawau Sabah, telah mengadakan satu konsert persembahan Kesenian Islam yang bertempat di Dewan Masyarakat Tawau . Dewan Pemuda PAS yang menganjurkan persembahan ini juga merupakan julung julung kali nya di adakan disini. Ianya turut melibatkan jabatan PASTI dan menjemput Juara Nasyid, Ihtifal Alam Ria PASTI 2009  dari PASTI Farah Ain Merotai  dan persembahan nya cukup menghiburkan hadirin.

 

READ MORE - "Hiburan cara Islam", kata Nazrey Johani memuji Pas Tawau

Ahli Parlimen Tom Yam

Tuesday, November 3, 2009


Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz  (BN-Sri Gading) mendakwa masakan tomyam campur  boleh membawa banyak penyakit kepada penggemarnya. Katanya lagi, pekara ini perlu dibawa kepada penyiasatan dan diberikan pengesahan oleh Kementerian Kesihatan.

 

READ MORE - Ahli Parlimen Tom Yam

Pejuang Bangsa Pengkianat?

Monday, November 2, 2009


MEREKA yang berjuang kerana menegakkan kepentingan bangsa, suku atau kelompok tertentu adalah pengkhianat kepada Allah SWT. Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Abd. Ghani Syamsudin ketika menyampaikan takzirah subuh di Ranau.

READ MORE - Pejuang Bangsa Pengkianat?

Penulis blog perlu bertanggungjawab kata Wan Sukairi

Sunday, November 1, 2009

Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga sebagai setiausaha Dewan Pemuda Pas Terengganu,  berharap agar penulis blog dapat bertanggung jawab terhadap apa yang ditulisnya serta disiarkan didalam blog. Ini kerana ada diantara tulisan itu boleh mengelirukan orang ramai.

READ MORE - Penulis blog perlu bertanggungjawab kata Wan Sukairi