Related Posts with Thumbnails

Archive

label


POLIS di Sabah diseru supaya berhenti daripada menyalahgunakan kuasa polis mereka untuk menekan, memeras, mengugut dan menyusahkan penduduk yang tidak berdosa.


Perbualan saya dengan seorang bekas General TUDM yang telah pencen mengenai kes kehilangan injin jet pejuang F5E baru baru ini cukup menarik, apatah lagi dengan kata nya “tak perlu apa apa untuk rasa terkejut” mengenai hal ini. Pengalaman sudah dilalui beberapa tahun yang lalu, apabila negara kita turut memansuhkan penggunaan pesawat pejuang 80 buah  A4 Skyhawks.



Perairan Sabah juga merupakan salah satu lokasi yang manjadi tumpuan pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam melakukan beberapa tugas yang dipertanggung jawabkan. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia atau APMM turut mengunakan beberapa buah kapal termasuk bekas Kapal Perang Dunia Kedua dalam menjalankan operasi nya.

  


PARA blogger di Sabah disaran memboikot Kentucky Fried Chicken (KFC) kerana menafikan peranan para blogger dalam pembangunan negara dan Dasar Multimedia Negara kerana ‘mematikan wifi’ pada cuti umum dan hujung minggu.

 

Hiruk-pikuk sambutan Hari Natal malam tadi bertukar menjadi ganas apabila dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibelasah teruk dan diserang dengan topi keledar oleh orang ramai yang sedang berpesta di sini.



ZAMAN Tun Mahathir rakyat telah digembar-gemburkan dengan 'wawasan 2020'. Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dijenamakan sebagai 'Islam Hadhari'. Era Mohd Najib Tun Razak hari ini mengiklankan pula cogankata '1Malaysia'. Anwar Ibrahim dengan 'Masyarakat Madani', bak kata generasi kini, lain pemimpin lain cogankatanya.

 


Sukan SEA XXV di Laos baru saja berlalu, dan kini mula timbul desas desus rasa tidak senang di kalangan beberapa orang yang berkaitan termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan MSN. Umpamanya sebelum ini PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) dilapor menjanjikan pingat emas pada Sukan SEA XXV di Laos, tetapi gagal apabila sekadar meraih satu pingat perak dan satu gangsa sahaja.

 

“Sesiapa sahaja yang terlibat dalam Jawatankuasa Penaja Parti Cinta Sabah (PCS), tiada kemaafan bagi golongan ini dan mereka juga tidak dapat diterima kembali sebagai ahli PKR selama-lamanya, termasuk mereka yang membuat kenyataan akhbar mengutuk PKR dan kepimpinan atau yang bersekongkol dengannya,” kata Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur malam kelmarin.



"Malam tadi 2 panel dijemput dalam program Hujah, Prof Madya Dr Zaid dari UPM dan Dr Uthman el-Muhammady. Perbincangan berkisar Tamadun Islam. Dari banyak soalan, saya ingin beri komentar kepada dua soalan yang ditanya kepada Dr Uthman el-Muhammady. Pertama tentang mazhab dan Wahabi, kedua tentang kerjasama PAS-DAP, UMNO-MCA.

gaya siasatan kita mutakhir ini?


 

Katanya gerakerja pasukan keselamatan kita adalah tidak kalah dengan keupayaan pasukan keselamatan negara negara lain, umpama nya pasukan Polis Malaysia pernah ‘ternanti nanti’ pihak penguasa Indonesia menjemput untuk menyiasat ‘kes’ Nordin Mat Top tetapi  ianya tidak dijemput. Begitulah juga dalam drama kapal Malaysia ditahan lanun di perairan Somalia. Mukaddimah.. 

 



SECARA tidak sengaja, pasangan suami isteri Harvey dan Paula Darden telah menjadi tetamu yang tidak diundang ke istana White House dalam satu majlis sarapan bersama Presiden Amerika, Obama serta isterinya Michelle.

Mereka memasuki ruangan kediaman Presiden Obama yang salah setelah pengiring rumah agam itu mengarah mereka ke bilik East Room.


Hari tu Mahkamah Tinggi bagi arahan kandang lembu kena tutup pukul 5.00 p.m. Alih-alih hari ini, Mahkamah Rayuan terbalikkan pulak keputusan yang sudah dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Nampaknya… kandang lembu akan dibuka semula 24 jam sehari.

siasat juga Rosmah - Tian Chua

Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan kononnya pertelagahannya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul kursus Biro Tata Negara (BTN) termasuk menghentamnya sebagai perkauman dibuat atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ada cerita kononya apakah saya ini disuruh oleh pihak atasan, dan ada tohmahan dan tuduhan bahawa yang saya lakukan itu kerana Perdana Menteri suruh. Itu semua saya nafikan.


Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan rakyat melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.


Parlimen kawasan Batu Kuala Lumpur, ada berkemungkinan di adakan satu pilihanraya kecil sekiranya Ahli Parlimen PKR kawasan Batu Tian Chua gagal dalam proses rayuan nya bermula 29 Januari ini.

Gabriel Adit Demong, Adun bebas kawasan Ngemah di Sarawak, Khamis menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru saja lulus pendaftaran nya.

Adit, Adun Barisan Nasional (BN) bagi tiga penggal, mengumumkan keputusannya pada sidang akhbar di sini yang dihadiri pengerusi kebangsaan PCM Tang Weng Chew.

Tang Weng Chew, 38, ahli perniagaan dari Pulau Pinang, mengumumkan pelantikan Adit sebagai pengerusi PCM Sarawak. PCM ditubuhkan empat bulan lepas.

"Ini cabaran besar buat saya selaku pengerusi negeri, dan saya akan bekerja keras demi masa depan parti," kata Adit, 60, yang menyatakan beliau telah menarik balik sokongan kepada pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Oktober.

Tang berkata PCM mempunyai antara 5,000 hingga 6,000 ahli di seluruh negara.

-BERNAMA



"Nampaknya isu doa yang disarankan oleh TGNA sudah mula menyerap ke seluruh pelusuk tubuh tubuh orang orang yang terlibat dengan aktiviti mungkar dan lagho.

Aku pernah diberitahu kelibat azwan ali yang mula kelihatan lantang bersuara menghentam TGNA(tak tahulah pulak setakat mana benarnya) dan kelihatan bersemangat membela dr maza ketika perbicaraannya(yang ini aku menerima kutukan melulu tanpa asas dari beberapa pihak kerana menulis mempersoalkan tujuan kehadirannya di perbicaraan itu).

 

gambar hiasan

Semalam saya ada menerima dua emel dari pengirim ‘misteri’ dan difahamkan beliau ini adalah seorang perempuan, beliau berkata “sudah sekian lama saya memerhatikan arus politik tempatan” hendak ‘bermain politik’ tak pandai dan beliau meminta kalau sesuai trylah siarkan artikel ini, main main saja tambah nya dan kalau tak sesuai tak perlulah disiarkan.

Bagi saya tak mengapalah, saya siarkan juga dan content artikel dalam blog ini pun hanya atau lebih banyak yang bercorak ‘politik ringan’ sahaja, untuk tatapan umum. Klik pada tajuk ikuti seterusnya.


Aksi BBPU and The Gang

Sukar untuk di elakan dan beginilah minda mereka dari masa ke semasa. Kelmarin 8 december 12 orang tertuduh dalam kes perarakan kepala lembu telah ditetapkan perbicaraan nya pada 12 - 16 hb April 2010 nanti. Mereka baru saja menubuhkan NGO yang dikenali sebagai BBPU atau Badan Bertindak Perpaduan Ummah. Cantik nama nya, umpama satu badan ngo Islam yang cukup profesional.


Cuaca mendung bertukar panas, sesekali rintik rintik hujan masih lagi  turun. Baru baru ini Kg.Geliga Kemaman agak teruk juga dilanda banjir di setengah setengah tempat. Faridah Jaafar, 45, berasal dari Kampung Baru Geliga, Kemaman salah seorang pemilik rumah dalam ‘skim Rumah Mesra Rakyat’ telah mendiami rumah itu sejak setahun lalu.

 

Ulama Arus Perdana Membisu?



KASIHAN kita melihat Senator Datuk Armani Mahiruddin terpaksa mengambil alih tugas ulama upahan UMNO dengan menyelar tindakan Tok Guru Nik Aziz berhubung isu 'doa' sebagai tidak menggambarkan akhlak seorang pemimpin Islam. 

Sepatutnya UTK (Ulama Terompah Kayu) dan USB (Ulama Syaitan Bisu) UMNO lah yang sewajarnya melontarkan reaksi mereka keatas isu 'doa' oleh MB Kelantan ini, bukannya Senator Datuk Armani yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara!



‘Keserasian’ orang Kelantan sukar dinafikan takkira dimana berada dimerata ceruk di Negara ini. Hubungan regu nya cukup baik walaupun diperingkat persekolahan mahupun seterusnya di maktab, kampus membawa ke kehidupan sejagat di negeri nya.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Arjunaidi Mohamad berkata “beberapa serbuan di buat di tiga lokasi pusat siber adalah berdasarkan risikan oleh pihak polis” dan pasukan polis telah menahan 28 orang di pusat pusat tersebut termasuk 5 orang penjaga di pusat siber Sungei Way Petaling Jaya.

 


Bangsa manusia yang punya akal budi yang tinggi serta kearifan agung tentang kemuliaan insan akan menilai politik atau cara-cara Melayu UMNO memimpin Persekutuan Malaysia dari sudut hati nurani yang mendalam, sama ada, adakah siuman atau gila, mulia atau hina? Tatkala Melayu UMNO mengaut 95% hasil negeri, Sabah contohnya atas nama Persekutuan Malaysia.




Saya buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat menggerunkan. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

;;
TAK AKTIF SELAMA 4 HARI