Chua Jui Meng diajak peluk Islam di Beserah

Sunday, January 24, 2010


Jumaat 22hb, Saya seisi keluarga mengambil peluang untuk mengadhiri kuliah maghrib di Surau Arraudhah Beserah Kuantan Pahang Darul Umno.

Kuliah pada hari itu dihidupkan dengan tafsir ayat 133 – 135 surah al Baqarah yang di bawa oleh Ustaz Nasarudin Tantawi. Kehadiran ramai anak muda yang bermotorsikal dari pusat pengajian daerah Kuantan cukup membanggakan suasana pada hari itu. Malah keadaan surau yang semakin selesa setelah di perbesarkan lagi, baru saja siap beberapa hari sebelum ini.  Klik tajuk untuk teks selanjutnya

 


Setelah tamat kuliah maghrib dan sembahyang isya, saya seramai empat orang ahli keluarga yang lain telah di undang untuk makan malam bersama disebuah restoren di Cengal Lempong Balok Kuantan oleh salah seorang AJK surau tersebut.

Semasa kami menjamu selera, banyak juga cerita cerita yang sempat di ‘perbahaskan’ termasuklah hal hal persilatan didaerah Mersing, Rompin, Johor Bharu dan Pagar Ruyung Indonesia.

Antara cerita yang agak ‘menarik’ yang kami perbualkan dimalam itu, kesah suasana malam ceramah di Beserah yang dihadhiri oleh Anwar Ibrahim, Chua Jui Meng dan beberapa orang pimpinan tempatan pada 17hb yang baru lalu. Saya difahamkan pada ceramah itu kedatangan orang ramai cukup menggalakan dan mengatasi kehadhiran orang ramai pada ceramah Anwar Ibrahin dilokasi yang sama sebelum ini, dimana saya sendiri turut bersama ketika itu.

Sahabat ini menceritakan kehadiran nya yang agak lewat sedikit malam itu, cukup sukar bagi nya untuk parking kereta dan mengambil masa untuk merapati pentas ceramah. Sambutan yang amat ramai pada malam itu membuatkan ramai dari pengunjung merasa agak kurang selesa dan ditambahkan lagi dengan gangguan system bunyi yang menganggu kepada para pengunjung di bahagian depan. Namun begitu ianya pulih semula apabila Datuk Seri Anwar memulakan ucapan nya.

Sebelum DSAI membuat ucapan, Datuk Chua Jui Meng terlebih dahulu menyampaikan ucapan nya. Ucapan beliau lebih banyak menyentuh “kalimah Allah” yang sudah beberapa minggu menjadi isu ‘keras’ di Negara kita sejak kebelakangan ini.

Oleh kerana Chu Jui Meng ini banyak menyentuh isu kalimah Allah, ramai juga antara pengunjung agak kurang selesa, apatah lagi ‘pihak disana’ itu yang banyak mengucarkacirkan isu ini dan sanggup membuat demonstrasi untuk mempertahankan nya. Hanya demonstrasi pertahankan kalimah itu sahaja, tetapi untuk mengerjakan hukum agak sukar.

Jui Meng turut menyentuh terjemahan ayat 46 surah Al Angkabut, "....kami beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu, hanya satu dan hanya kepadanya kami berserah diri

Mengiktiraf Allah dari sifat "Rububiyah"(Pencipta) dan selengkapnya termasuk Allah selaku Yang Mentadbir dan Memberi Hukum (Tauhid Rububiyah).

Ada juga mereka yang kurang senang dengan kupasan itu yang dibuat oleh orang bukan Islam, dan bimbang juga di politikan oleh Umno, maka kedengaran beberapa jeritan di depan pentas “Hai Jui Meng… masuk Islam lah” dan yang menjadi menariknya Chua Jui Meng yang sedang berucap itu mendengar jeritan jeritan itu.

Beliau dengan selamba menjawab “sabar dulu..”, jadi dengan pendekatan jawapan nya itu sudah menarik bagi kita kerana beliau tidak menolak bulat bulat pelawaan orang ramai itu untuk mendekati agama Islam ini. Beliau kini semakin rapat dengan ramai orang orang Islam yang lain, khususnya beliau bersedia menganggotai Parti keadilan. Apa salahnya jika beliau itu di tarbiyah atau di dakwahkan secara baik untuk mendekati agama ini.

Oleh kerana malam pun semakin lanjut, saya mengucapkan berbanyak terimakasih kepada AJK surau Arraudah ini yang menjemput saya sekeluarga untuk untuk menjamu selera dan difahamkan surau itu hampir setiap minggu mengadakan kuliah maghrib serta pada minggu berikut nya 31hb. Kuliah oleh Ustaz Idris Ahmad dan berikutnya oleh Nik Abduh Nik Aziz pada 7hb januari nanti.