Kenapa Umno tak menangguk semasa air jernih?

Friday, January 29, 2010


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Rangking beliau mahupun Khalid Samad dai Pas Selangor dan Ku Li terus bermain didada dada akhbar untuk carta minggu ini.  Klik tajuk untuk teks seterusnya.

  

Pertikaian Zukifli Nordin dengan Khalid Samad dalam isu ‘kalimah Allah’ sudah memasuki peringkat cabar mencabar dan Zulkifli sudah sanggup meninggalkan PKR apabila keadaan memerlukan katanya. Zulkifli Noordin tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain untuk meneruskan perjuangan politiknya. Lapur utusan Malaysia semalam.

 

Sekarang ahli parlimen Kulim itu sedang di ‘adili’ oleh partinya PKR dan keputusannya akan diumumkan dalam waktu terdekat.

 

Sayugia dengan suasana panas ini, maka umno terus bingkas dan mempelawa Zulkifli melompat ke parti nya. UMNO sedia membuka pintu untuk Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyertai parti itu sekiranya beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pendiriannya tentang penggunaan kalimah Allah kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi. UMNO bersifat terbuka mengenai perkara tersebut selagi beliau boleh menerima asas dan matlamat perjuangan parti itu yang cukup jelas iaitu untuk menegakkan dan mempertahankan Islam tambah nya.

 

Oleh itu, kita terbuka sekiranya Zulkifli ada hasrat untuk menyertai UMNO dan kita mengalu-alukannya. Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata “UMNO tidak mengambil kesempatan atas kecelaruan berlaku terhadap parti itu ketika ini” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke projek pembinaan asrama terbengkalai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SMKKKB) di sini semalam.

 

Dakwaan begini memang sudah menjadi lumrah bagi juak juak ini, yang mana beliau berkata “UMNO tidak mengambil kesempatan atas kecelaruan berlaku terhadap parti itu ketika ini”,  kalau tidak mengambil kesempatan  ketika ini, mengapa baru sekarang Zukifli di pelawa? Mengapa tidak pelawa Zukifli menyertai umno sejak dulu lagi atau semasa tidak berlakunya krisis Zulkifli dengan Khalid Samad?

 

Sejarah sudah banyak membuktikan tidak perlulah mendabik dada mengatakan tidak mengambil kesempatan.

 

Sekarang tidak kurang dari tiga orang wakil rakyat menjadi perhatian “kumpulan printis” ini, sebelum ini perhatian difokuskan kepada ahli parlimen Bebas Pasir Mas Kelantan iaitu Ibrahim Ali, apabila Ibrahim Ali hanya ‘tersenyum’ sahaja denagn pelawaan itu, suasana hening sekejap dan sekarang Zulkifli Nordin pula menjadi pertaruhan nya.

 

Dua hari sebelum itu puak puak ini mengacari sasaran nya di Kuantan Pahang Darul Umno, apabila  Anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang.

Mereka melompat kegembiraan setelah Azan, 44, berkata beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri dan peluang sudah terbuka. Tetapi apabila Azan berkata "Bagaimanapun saya masih kekal sebagai anggota Parlimen PKR bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota dan saya juga masih ketua bahagian Indera Mahkota” nampaknya peluang tidak terbuka luas.

 

Walau bagaimana pun ahli parlimen itu menolak risikan Umno dan berkata “beliau adalah penyokong kua PKR dan beliau sendiri antara orang yang terawal membawa masuk PKR ke Pahang. Hasrat Umno untuk mempelawa Azan menyertai nya turut di nafikan oleh Datuk Fauzi Ab.Rahman sendiri yang juga dikatakan orang yang menjadi punca perletakan jawatan oleh Azan itu.

 

Menangguk di air keruh kadang kadang tidak berhasil, kalau berhasil pun hasil nya mungkin tidak sepertimana yang kita kehendaki, menangguklah anda sebelum anda di tangguk!

 

-jin kacau kampong