sambutan malam tahun baru bukan badan kerajaan

Saturday, January 2, 2010


Khamis 31/12/2009 pun berlalu dan hari ini bermulanya hari kedua untuk tahun ini 2010 dan apakah pengisian kita sebenarnya? insya Allah semoga semua dapat berjirah ke jalan yang lebih baik dari segenap segi, khusus nya terus maju ke jalan ketuhanan kita Allah rabbuljalil. Hari berganti hari, hidup tanpa perubahan setelah dibuai kemanisan saban ketika.


Kuala Lumpur terus bermandi cahaya, acara tradisi sambutan malam tahun baru tetap dinobatkan dengan pelbagai keramaian nya.

Malaysia dengan 1 nya, kita semua dengan apa.. dan semalam kemeriahan cukup dirasakan kepada mereka yang menantikan, setelah setahun jarak masa yg di tinggalkan serta bertemu semula waktu yang sama dalam suasana yang berbeza.

Malam kelmarin saya dengan hati yang rendah, mencuri sedikit waktu untuk bersama sama menilaikan pengertian hidup yang di jalani para jemaah IPTAF(Ikatan Pendidikan Tauhid Tasawuf). Mungkin juga berkesempenaan menjelangnya 1 januari 2010, pihak IPTAF bahagian Kemaman telah mengadakan satu majlis bersifat kerohanian termasuk taklimat program muzakarah Ulama Tauhid Tasawwuf Asia yg bertempat di Acheh Indonesia yang bakal diadakan pada 9-10 Mac 2010 di Kota Tauhid Tasawuf itu. Program ini dihadiri oleh para ilmuan agama dari Negara Negara Asia Tenggara, dan IPTAF Terengganu turut memainkan banyak peranan setelah di lantik oleh pihak Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf Aceh pimpinan Abuya Syeikh Hj Amran Waly, Meulaboh Acheh juga telah di warkan sebagai “Kota Tasawwuf” baru baru ini.

Majlis semalam di penuhi dengan zikir munajat, tausiah, qasyidah dan doa. Acara qasyidah dan tausiah turut di aluni dengan iringan bunyi dengan ‘gaya keIslaman’ nya. Oleh kerana penulis ini sendiri agak jarang jarang mengikuti majlis majlis sebegini, amat rasa terharu dan ‘bergenang air matahati’ apabila berpeluang mengayati kata kata alunan ‘bayu ke Islaman’ itu.

“Wahai purnama yang memiliki seluruh kesempurnaan, tiada perkataan lagi yang dapat di ungkap bagi menyatakan kemuliaan”


“dengan cahaya mu engkau hapuskan segala kegelapan, semoga Allah tuhan ku bersalawat ke atas mu siang dan malam”

Dimajlis itu saya turut bertemu dengan beberapa orang ahli tranungkite online dan katanya ada dua orang ‘moderator’ nya yang turut hadir bersama. Kegembiraan saya yang berkesempatan bertanya khabar dengan mereka amat bermakna, kerana amat jarang sekali bersua dalam majlis majlis sebegini rupa. Sekurang kurangnya dapat juga membuka pintuhati kami kearah kebaikan kejalan ketuhanan yang ada, kita hamba yang lemah ini sering terlalai dengan ayunan buaian dunia.

Inilah corak sambutan menjelang tahun baru yang sepatut nya diterapkan kepada kita, bukan dengan ‘gegak gempita bercampul gaul disirami airberbueh’ yang saban tahun dirayakan itu. Jika kebiasaan nya percikan bunga api dan letupan diharamkan, tetapi pada malam 1 januari lain pula jadi nya. Umpamanya sambutan malam 1 januari 2010 ini, turut juga dianugerahkan pada ke esokan hari nya dengan 20 sen setiap 1 kilo gula. Walaupun GST belum lagi dirasmikan tetapi bibit bibit nya sudah kelihatan.

Semoga perkembangan positif itu dapat dikekalkan dengan corak sambutan tahun baru yang bercirikan sifat sifat keIslaman yang syumul.

- ahli kumpulan sentiasa.blogspot