Pandangan Datuk Nazri Aziz pasal kalimah Allah

Wednesday, January 6, 2010

Datuk Seri Nazri Aziz menyamakan isu kalimah Allah sekarang dengan insiden pijak kepala lembu di Shah Alam dulu yang mencetuskan kemarahan kaum India.

Katanya dari sudut perundangan tidak menjadi kesalahan memijak kepala lembu tetapi mengambil kira sensitiviti kaum India tindakan mahkamah telah diambil keatas mereka yang terlibat.

Beliau berpendapat jika tindakan boleh diambil keatas mereka yang menyertai demonstrasi kepala lembu itu kenapa hal yang sama tidak boleh dilakukan keatas bukan Islam yang hendak mengunakan kalimah Allah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga porfolio undnag-undnag itu menilai majalah Herald tidak bertanggongjawab dan sengaja nak pasal.

Katanya pada wartawan di Kuala Lumpur Selasa beliau tidak faham mengapa mereka nak gunakan perkataan ‘Allah”.

Menurutnya sudah tentu orang Islam merasa tidak puashati.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah yang betul dalam membuat rayuan.

Nazri menegaskan budaya dan keadaan di Malaysia harus diambil kira sekalipun hal-hal begini biasa saja di Amerika ataupun Eropah.

Sementara itu bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Mekaka Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menggangap ada unsut tidak ikhlas dan provokasi di pihak akhbar Herald hendak gunakan kalimah Allah.

Beliau berkata pihak terbabit menyedari Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dikuatkuasakan di negara ini jelas menunjukkan penerbitan bukan agama Islam tidak dibenarkan menggunakan kalimah berkenaan.

Beliau juga bertanya apakah mereka mahui mengunakan “ theres no God except Allah ”.

agendaily.