'Raja Keris' berlakun lagi

Tuesday, January 12, 2010


HARI ini di dada-dada akhbar Pro-UMNO, para pemimpin UMNO begitu gah dan lantang mendabik dada menyalahkan ahli-ahli Pakatan Rakyat dengan tuduhan kononnya, Pakatan Rakyatlah yang memperbesarkan isu-isu kalimah ‘Allah’ sehingga ianya menjadi suatu kontroversi nasional, ‘BAKAR GEREJA’.

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein Onn a.k.a ‘Keris King’, begitu lantang meminta Pakatan Rakyat supaya bertaubat dengan menyeru supaya Pakatan Rakyat menghentikan segala pertuduhan kononnya UMNO adalah dalang di sebalik serangan-serangan gereja. Terlalu banyak bukti terdahulu yang akhirnya terserlah segala kebenaran.

Kes Pantai Batu Burok, siapa yang buat kecoh dengan pemuda-pemudanya ‘in purpose’ memakai baju T-Shirt PAS. Cuba kita fikir secara logik, kalau benarlah pemuda-pemuda ini orang PAS, kenapa mereka pakai T-Shirt PAS, bagus mereka pakai T-Shirt dacing?.

Begitu juga dengan kes sumpah Saiful Bahari yang 'dianjurkan' oleh para pemimpin UMNO. Patutlah muka Pak Imam yang menjadi saksi di masjid semasa upacara mengangkat sumpah laknat beberapa hari sebelum tarikh pencalonan di Permatang Pauh.

Nampak betul muka Pak Imam itu ‘blur’. Bila di siasat, rupanya Pak Imam itu ‘DIPAKSA’ untuk duduk menghadap muka si Saiful tanpa rela hatinya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa dia di situ, dia hanya menurut arahan Pengarahnya sahaja.

Itulah kebenaran sentiasa memihak kepada orang yang benar. Apa pun kejahilan yang cuba dilakukan para pemimpin UMNO terhadap Pakatan Rakyat akan terserlah juga kebenaran akhirnya. Siapa yang sebenarnya perlu bertaubat ?

Cakap pasal taubat, ‘Raja Keris’ bersama ‘The Queen’ sudah bertaubatkah? Maklumlah dahulu tersebar gambar pasangan suami-isteri ini baik punya ‘MABUK’ di luar negeri. Siap pegang tin minuman keras lagi. Jadi, kita mahu tanya sekali lagi, Siapa Yang Harus Bertaubat?

Sampuk-sampuk pula Khairy Jamaluddin (KJ), ‘Maha Guru Rasuah’ yang mahu Pakatan Rakyat menghentikan tuding jari kepada UMNO. Ini lagi satu spesis perasuah yang kononnya berlagak mulia. Apakah KJ ini tidak sedar, bahawasanya dia bukanlah dalam 'favourite list' Kerajaan 'menongkat langit' a.k.a UMNO/BN. (Maklumlah terpaksa ditongkat langit sebab sudah hampir runtuh langit mereka pada bila-bila masa sahaja).

Tidakkah dirinya sedar, KJ menang Ketua Pemuda, tapi tiada jawatan dalam kabinet? Hishamuddin menang Ketua Pemuda terus jadi menteri. Dia tidak nampakkah diskriminasi di situ? Atau pura-pura tidak nampak asal glamour jadi Ketua Pemuda UMNO.

Bila kita lihat segala situasi yang berlaku di persada politik hari ini, kita terkesima sendiri. Lepas ini, kalau Datuk Yusof Haslam atau Datin Seri Tiara Jacqueline (sekadar pinjam nama) perlukan ‘Pelakon Utama’, tidak payah screen-test orang lain, carilah sahaja dalam UMNO.

Dari pelakon utama sehingga pelakon ‘Gelap’ di belakang tabir lakonan ‘Big Mama’ dalam kisah filem misteri ‘The Altantuya Complete set’.

Ada drama tolak-menolak manusia dari bangunan tinggi, drama bom-mengebom, drama 'pukul curi dan sembunyi tangan', drama curi-mencuri enjin jet dan banyak lagi lah isu yang mampu mencecah box-office dalam tayangan perdana panggung politik negara.

Jangan mereka sangka rakyat tidak melihat dengan jelas apa yang berlaku selama ini. Cumanya bak kata pepatah, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Kita tunggu sahaja PRU-13. Siapa yang nanti akan menangis macam Tajol Rosli bekas Orang Besar Perak yang tidak mahu melepaskan kedudukan yang selama ini menjadi kebanggaan UMNO.

Sabarlah! Tunggulah PRU13 nanti.

-halikzaman