Yahudi tetap menjadi pilihan ku

Wednesday, March 17, 2010


Keterbukaan kerajaan kita semakin terserlah. Begitu juga dengan keupayaan 1Malaysia untuk melakarkan kemajuan Negara kita dipersada maya ini. Sayang seribu kali sayang lakaran yang di bina lebih condong untuk mempertabatkan kaum Yahudi laknatullah. Namun itulah hakikat wacana pimpinan negara kita yang terlalu mengutamakan ‘rakyat’.


APCO salah satu syarikat yang menjalankan khidmat nasihat yang berpengaruh, telah dilantik oleh Datuk Najib untuk menjalankan ‘khidmat’ nya membantu negara kita dalam mencapai dengan apa yang dinginkan oleh pimpinan nya.

Pada 1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di sini selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat kepunyaan Negara Yahudi, Israel.

Dimaklumkan APCO juga akan membantu kepimpinan baru kerajaan Malaysia ini dengan berkongsi kemajuan dan pembangunan yang semakin pesat kebelakangan ini, juga dalam sistem komunikasi strategik yang pernah dilakukan di Eropah, Amerika Utara dan Afrika.

Paul Stadlen yang sebelum ini berkhidmat di APCO London, bakal dilantik sebagai pengarah di APCO Malaysia.

Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi yang diselubungi misteri.

Sebelum ini sebuk juak juak yang berkaitan itu yang melaungkan Anwar Ibrahim itu adalah ejen Yahudi dan talibarut Amerika.

Yang mengibarkan bendera Israel di PWTC itu siapa? Anwar ke? atau yang berucap diIsrael itu Nazri Aziz ke Anwar?

Bukan baru kalian ini bermain dengan Israel, sejarah banyak mengajar kita inipun belum dikaitkan lagi bab pasukan kriket Israel yang datang ke Kuala Lumpur, pengibaran bendera Yahudi itu di PWTC mahupun sahabat baik bekas PM Mahathir Mohamad, Geosge Soros.

Hendaknya nanti rakyat Negara ini janganlah pergi ‘umrah’ di Tel Aviv pula, setelah hubungan semakin rapat antara kita dan dia. Malaysia boleh!

- Jin Kacau Kampong