Timbalan dijemput, Presiden dihalang, apa cerita?

Tuesday, March 30, 2010


Pemimpin DAP Lim Kit Siang bersama AP Kota Kinabalu Dr.Hew Cheu, MP Segambut Lim Lip Eng dan beberapa orang lagi tidak dibenarkan untuk melawat Pangkalan Tentera Laut Malaysia di Sepanggar Sabah baru baru ini.


Hasrat lawatan ringkas itu untuk melihat kapal selam pertama negara kita KD Tungku Abd.Rahman yang bernilai billion ringgit setelah baru dibaikpulih yang dikatakan gagal untuk menyelam baru baru ini.

Dr.Hew Cheu juga ahli Parlimen Kota Kinabalu terlebih dahulu meminta kebenaran dari pegawai Tentera Laut untuk membuat lawatan ringkas ke pangkalan TLDM Sepanggar untuk menyaksikan kehebatan kapal selam tersebut yang diketakan baru saja dipulihkan dan berkemampuan untuk menyelam seperti biasa.

Walaubagaimana pun Lim Kit Siang dan rombongan nya itu ingin juga meneruskan hasrat nya, walau terpaksa mengikut syarat syarat atau melalui proccedur lain. Sekurang kurang nya dapat mengetahui keadaan pangkalan itu dan kedudukan taraf sebenar kapal selam itu.

Kepergian pemimpin DAP dan rombongan nya itu telah dihalang dipintu masuk pangkalan TLDM tersebut dan tidak dibenarkan masuk untuk membuat lawatan.

Di parlimen seminggu yang lalu menteri pertahanan Datuk Zahid Hamidi dalam perbahasan nya bagi topic kapal selam telah mengundang Timbalan Presiden DAP Lim Guan Eng untuk menyaksikan sendiri kedudukan taraf kapal selam yang dikatakan rosak dan gagal untuk menyelam itu.

Tetapi berlawanan pula dengan presiden DAP yang tidak dibenarkan untuk melihat keadaan kapal selam itu.

Untuk membuktikan kapalselam itu baik, Menteri Pertahanan hanya menjemput Lim Guan Eng saja dan meminta Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut sama sama menyelam dengan beliau.

Dalam satu persoalan lain Dr.Hew Cheu membangkitkan kos RM3.4 bilion untuk kapalselam itu bakal timbul pelbagai masaalah lain lagi selepas ini. Zahid Hamidi berkata, kapalselam itu masihlagi dalam jaminan dan tidak perlu kita bimbang dengan masaalah kerosakan mekanikal nya.

Ramai juga yang memertikaikan nya, bagaimana sebuah peralatan yang masih baru dan dianggap ‘canggih’ belum apa apa lagi sudah mengalami kerosakan yang agak ‘lucu’. Bagaimana kapal selam yang rosaknya tidak boleh menyelam, adakah sama takrifnya jika sebuah kapal terbang rosaknya tidak boleh terbang?

… dan lain pula dengan kecanggihan kapalterbang perang Israel yang mampu beroperasi dengan tanpa pemandu, yang mana ianya tidak sama dengan kecanggihan kaparterbang pejuang kita F5E dengan tanpa injin. Malaysia boleh!

- mamat/ref:sa/kini29