Kes dera Fansyarina Abdullah 7, membuka hijab Felda?

Monday, April 12, 2010


Kes penderaan seorang kanak-kanak, Fansyarina Abdullah, 7, di Tanah Rancangan Felda Sahabat Lahad Datu telah menyingkap hijab yang menutupi kemegahan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam bidang konglomerat perladangan.


Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Bahagian Silam, Kunsul Nahul, 53, berpendapat Felda kini gagal mengeluarkan para peneroka di Tanah Rancangan Felda daripada kepompong kemiskinan, sebaliknya memenjara mereka di ‘Sangkar Emas’ ciptaan Felda yang tidak kelihatan di mata kasar.

“Walaupun di atas kertas, para peneroka Felda menerima lebih RM1,500 sebulan daripada hasil 5.66 hektar kebun kelapa sawit mereka, namun hakikatnya mereka hanya membawa pulang RM50 sebulan; yang memenjarakan mereka terus di kancah kemiskinan tegar,” ujar Kunsul yang agak kesal dengan sikap pengurusan Felda di Sabah yang cuba menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan umum.

Oleh kerana para peneroka yang ramai anak tidak lagi dapat bergantung harap kepada tanah rancangan mereka, maka bagaikan burung, ramai di antara mereka terpaksa meninggalkan anak isteri untuk bekerja di luar dan ada di antaranya terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari nafkah.

“Akibatnya, ramai isteri peneroka yang stress dan mengalami kemurungan apabila suami mereka mempunyai isteri lain di tempat kerja baru dan mengabaikan mereka. Kemiskinan menyebabkan mereka hilang kawalan diri dan bertindak ganas melepaskan geram kepada keluarga tersayang. Maka terjadilah penderaan dan keruntuhan rumah tangga,” ujar Kunsul yang menyifatkan kes penderaan di Felda Sahabat Anjung Teduh merupakan kes terpencil, namun ianya menjadi barah dalam daging masyarakat Felda yang dihimpit hutang yang bertimbun dan dinafikan hak mereka untuk bersuara.

Dalam kes penderaan yang kini masih dalam siasatan polis, kata Kunsul, seorang nenek kandung telah mendera cucunya sehingga mengalami trauma kerana tidak mempunyai pendapatan untuk menyara persekolahan anak dan cucunya; apatah lagi suaminya bernikah lain dan mengabaikannya sejak lima tahun lalu.

“Akibatnya, cucu kesayangan yang menjadi mangsa untuk melepaskan kemarahan sehingga tergamak menyiksa cucu sendiri tanpa perikemanusiaan,” kata Kunsul yang mendesak Felda menjurutera semula Skim Felda agar para peneroka diberi kelonggaran untuk mengusahakan sendiri kebun mereka bagi menghapus kemiskinan tegar yang merantai mereka selama ini.

Tanpa hutang, kata Kunsul, para peneroka mampu berdikari dan meneruskan generasi kendiri tanpa mengharapkan subsidi; sebaliknya bebanan hutang menyebabkan mereka ‘mati jiwa’ sebelum kematian sebenar menjemput mereka.

Adalah keterlaluan kata Kunsul, Pengurus Wilayah Felda Sahabat dengan angkuh menolak khidmat 15 Professor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi yang ingin menjalankan ‘Projek Prosper’ di Gugusan Sahabat dengan alasan bongkak ‘tiada kemiskinan di Tanah Rancangan Felda dan anda mendapat maklumat yang salah.’

“Ketika itu saya berkhidmat dengan pejabat Parlimen Silam dan kesal kerana Pengurus berkenaan tidak memberi ruang kepada kami untuk menjalankan kajian dengan kerjasama UKM,” kata Kunsul yang kini lega kerana berjaya membongkar telur tembelang yang disorok Felda selama ini.

Walaupun buku yang dihasilkan anak peneroka Felda di Semenanjung yang bertajuk ‘Felda: Dulu Tolong, Sekarang Along’ disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak benar; namun apa yang terjadi di lima tanah rancangan Felda Sahabat lebih mengerikan.

“Felda bukan sahaja gagal menangani masalah kegelinciran moral dan membebaskan peneroka daripada hutang yang semakin bertimbun, terutama memaksa peneroka mengambil pinjaman membesarkan rumah; malah cuba menjadikan Felda sebagai Wilayah Persekutuan yang baru dengan menggali parit di sekeliling ladang yang bersempadan dengan tanah adat dan mengimport ramai pekerja daripada Semenanjung,” ujar Kunsul yang meminta pihak pengurusan Felda lebih prihatin terhadap para peneroka yang selama ini mengalirkan keringat, darah dan airmata untuk membayar gaji pegawai yang sering lupa daratan.

Menurut Kunsul, Kerajaan ‘Berjaya’ telah memberikan kawasan seluas 101,171 hektar secara ‘Percuma’ kepada Felda pada 1979 untuk membangunkan kawasan hutan termasuk ‘tanah adat yang kehilangan jejak’ sebagai ladang pertanian bagi menjana ekonomi daerah Lahad Datu dan membasmi kemiskinan di Sabah.

“Namun sehingga kini hanya seramai 872 peneroka sahaja telah diambil untuk ditempatkan di lima tanah rancangan Felda daripada 57 Gugusan Felda Sahabat; setelah Felda mengubah dasar ke arah komersil dan mengabaikan terus tanggung jawabnya, untuk menempatkan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan mengamalkan konsep perladangan,” ujar Kunsul yang kesal kerana Felda gagal mengotakan janjinya membasmi kemiskinan di Sabah.

Kata Kunsul, daripada jumlah itu, 5,610 hektar adalah kawasan peneroka, 100,174 hektar kawasan komersil dan 1,707 hektar lagi merupakan kawasan bandar dan kampung.

“Secara luaran kita lihat para peneroka kaya kerana rumah mereka cantik dan berkereta besar. Ada yang macam istana, tetapi sebenarnya mereka berusaha mencari pendapatan di luar dan bukan daripada hasil kebun mereka. Ramai dibelit hutang antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk membaikpulih atau membina rumah mereka,” ujar Kunsul yang menggesa agar Ahli Lembaga Felda, Datuk Suhaili Said bangun daripada tidur untuk berpijak di bumi nyata.

Tegas Kunsul, sebagai Adun Tungku, Suhaili tidak mempunyai keberanian untuk berkata benar di Dewan Undangan Negeri Sabah dan gagal menasihati Felda untuk membela 872 peneroka yang dibebani dengan hutang dan berada di lingkungan putaran ganas kemiskinan.

Sehubungan itu, kata Kunsul, atas desakan dan rayuan para peneroka, beliau terpaksa mengetengahkan isu ini agar Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dapat melakukan sesuatu bagi mencipta penanda aras baru terhadap Legasi Tun Razak di Tanah Rancangan Felda yang diasaskan bapanya.

“Saya percaya, jika para pegawai Felda memahami inspirasi dan konsep 1Malaysia YAB Perdana Menteri, isu penderaan, kemiskinan dan kemelaratan tidak timbul lagi di Felda,” ujar Kunsul yang mendesak agar Felda tidak terlalu mengongkong kebebasan bersuara para peneroka sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Sabahkini telah menjalankan kajian rambang dan mendapati dakwaan Kunsul adalah 100 peratus benar dan berdasarkan ‘slip gaji’ atau penyata pendapatan peneroka; memang benar kesemua 872 peneroka Felda di Lahad Datu adalah miskin tegar.

Berikut adalah contoh ringkasan akaun pendapatan Peneroka Sahabat 1, Anjung Teduh yang berjaya diselidik Sabahkini.


Nama Peneroka: AWANG OMAR BIN JAWATAN

No. Kad Pengenalan:621006-12-5333

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: ABDUL SALAM BIN AMBO RAPPE

No. Kad Pengenalan:530719-12-5313

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,329.18

Baki Tunai: RM250.66



Nama Peneroka: MOHD ALI @ JAPAR BIN MIRAL

No. Kad Pengenalan:540302-12-5755

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.18

Baki Tunai: RM50.66



Nama Peneroka: ALI BIN PALALOI

No. Kad Pengenalan:551026-12-5233

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,342.84

Baki Tunai: RM237.00



Nama Peneroka: MALIKI BIN O.T.LAHANI

No. Kad Pengenalan:570310-12-5269

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: TAJUDDIN BIN ANGKAT

No. Kad Pengenalan:700622-12-5535

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: S ROSLEY BIN SONG

No. Kad Pengenalan:681018-12-5511

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: ROSLAN BIN MOOH

No. Kad Pengenalan:640227-12-5277

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: MOHD ASBI BIN SARAMAN

No. Kad Pengenalan:630807-12-6031

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.18

Baki Tunai: RM50.66



Nama Peneroka: AZMAN BIN ASMAT

No. Kad Pengenalan:620618-12-5217

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: LATAHIR BIN RAUF

No. Kad Pengenalan:620127-12-5095

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,318.58

Baki Tunai: RM261.26



Nama Peneroka: BACHOK BIN TAHIR

No. Kad Pengenalan:580219-12-5363

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: TASAKA BIN BARO

No. Kad Pengenalan:611122-12-5358

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,279.18

Baki Tunai: RM300.66



Nama Peneroka: NARMAN BIN UMRA

No. Kad Pengenalan:610831-12-5241

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: GAPOR BIN AMID

No. Kad Pengenalan:590624-12-5497

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: ZAKARIAH BIN AG DAMIT

No. Kad Pengenalan:640227-12-5277

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: BARAHIM BIN NASIRI

No. Kad Pengenalan:590402-12-5037

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.18

Baki Tunai: RM50.66



Nama Peneroka: ABDUL RAHMAN BIN BETANG

No. Kad Pengenalan:580510-12-5297

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

(Nota: Potongan termasuk CBC, Bayaran Kembali, Caruman Hari Raya, Potongan JKKR, Kedai, Pinjaman Besar Rumah, Pendahuluan Tunai, Tanam Semula dan sebagainya.)

-INTAN SURIANI