Ibrahim Ali minta maaf dari Sultan kerana Nik Aziz

Saturday, May 1, 2010


Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam meminta maaf kepada sultan Selangor mengenai satu kenyataan baru-baru ini yang diperbuat oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Baru baru ini sultan Selangor melarang sebarang agenda politik di buat di masjid dinegeri Selangor,tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu, katra nya.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.
"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Presiden PERKASA Ibrahaim Ali, pula berkata ““Bagi pihak anak Kelantan, saya meminta maaf dari Yang Amat Mulia dirajanya, sultan Selangor, dengan kenyataan yang diperbuat oleh menteri saya besar, Nik Aziz.

“Dia sepatutnya tahu benar yang majlis keagamaan ialah di bawah bidang kuasa satu raja atau seorang raja Melayu dan kenyataan oleh sultan Selangor adalah betul.” Tambanya lagi.

Beliau menyerang kata kata Nik Aziz yang menempelak Jabatan Agama Islam Selangor itu.