'Jin Kacau Kampong' mencabul gadis di Tampin

Wednesday, May 12, 2010

hanya gambar hiasan

Polis menahan seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebuah kampung di daerah ini Tampin, kira-kira pada jam 11.40 pagi semalam kerana disyaki mencabul Setiausaha Kerja JKKK kampung berkenaan.


:Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, lelaki berumur 47 tahun itu ditahan jam 11.40 pagi semalam, sebaik tiba di Balai Polis Tampin untuk menyerah diri.

Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Tampin dan akan di bawa ke Mahkamah Majistret Rembau pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun serta sebatan. Penangkapan ini dibuat berikutan laporan seorang gadis berusia 18 tahun yang bertugas di sebuah balai raya di Gemencheh sebagai setiausaha kerja JKKK kampung berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan seorang Setiausaha Kerja JKKK di daerah ini mendakwa dicabul kehormatannya oleh Pengerusi JKKK (ketua kampung) kampung berkenaan dan kejadian terakhir dikatakan berlaku Khamis lalu antara jam 8.00 malam hingga pagi.

Berikutan bimbang gangguan seksual berulang, mangsa telah memberitahu keluarganya mengenai kejadian berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Gemencheh pada jam 10.30 malam hari berkenaan.-s/hn9