Masjid Besi Puterajaya dirasmikan

Monday, June 14, 2010


Keindahan masjid masjid dinegara kita semakin terserlah kebelakangan ini, se eloknya juga kecermerlangan itu diselaraskan dengan pembangunan rohani rakyat kita hendaknya.

Didikan pembangunan agama dari kerajaan kita itu sendiri adalah amat bermakna demi kebaikan umum dinegarakita ‘am nya. Jika bimbingan dipandang ringan makan lahirlah masyaraakat yg ada seperti sekarang.

Satu lagi masjid yang cantik dibina dengan kos RM200 juta ($85.5 juta), masjid yang juga dikenali sebagai 'masjid besi' kerana keunikan reka bentuknya yang kontemporari serta pembinaannya yang menggunakan 6,000 tan keluli itu, kini dinamakan sebagai Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Masjid ini telah dirasmikan baru baru ini. Ikon baru pembangunan Putrajaya itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Difahamkan bahan keluli yg digunakan dalam pembinaan itu digunakan sebanyak 70%,
masjid pada 2004 yang terletak di Presint 3 di Putrajaya itu, sementara selebihnya diperbuat daripada konkrit. Ianya mampu memuatkan seramai 20,000 dalam satu satu masa.

Datuk Sri Jamil Baharom yg turut hadir semasa perasmian masjid itu berkata “'Dengan pendekatan '1Malaysia 1Ummah', kerajaan yakin masjid merupakan institusi yang paling sesuai untuk menyatupadukan umat.

Beliau turut berhasrat untuk manjadikan ‘kecantikan; masjid itu sebagai
satu lagi produk pelancongan bertaraf antarabangsa bagi Negara kita. Bangun dan imarahkan masjid itu itulah yg diutamakkan. Kalau lebih banyak membuat tarikan atau perhatian pelancung, maka ianya tak banyak bezalah dengan masjid Kristak di Terengganu.

Datuk Seri Jamil Khir berkata, kerajaan Malaysia berhasrat menjadikan masjid sebagai pusat sehenti yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada para jemaah serta pengunjung.

Menurut beliau lagi
42 masjid yang terpilih di seluruh negara telah dilengkapkan dengan kemudahan WiFi dengan kos yang bernilai RM200,000 dalam usaha menjadikannya sebagai salah satu pusat perkembangan teknologi maklumat kepada masyarakat.

Kemajuan semasa yang dilengkapkan kepada masjid memang baik seandainya penggunaan nya di lakukan dengan baik dan sesuai. Perkembangan global perlu diterapkan kepada umat Islam khususnya bagi menjamin kekuatan umat itu sendiri.