Pemburu Osama Laden di tangkap

Wednesday, June 16, 2010

Kawasan Chitral Utara yang didakwa dihuni Osama Bin Laden

Seorang lelaki California berumur 40 tahun bernama Gary Brooks Faulkner telah ditangkap di utara Pakistan...

beliau memiliki sepucuk pistol, pedang dan peralatan penglihatan malam berteknologi tinggi,beliau mendakwa membawa satu misi khas untuk membunuh orang yg paling dikehendaki iaitu Osama bin Laden.

“Tuhan dengan saya, dan saya yakin saya akan berjaya dalam missi pembunuhan ini, ” kata Gary Brooks Faulkner. Pekerja binaan itu telah ditangkap didalam hutan daerah Chitral lewat Ahad lalu oleh pasukan polis ketika dia mencuba untuk menyeberangi sempadan ke Afghanistan, menurut laporan.

Mumtaz Ahmed, seorang penyiasat berkata: “Kami pada mulanya ketawa apabila beliau memberitahu kami yang dia mahu membunuh Osama bin Laden.”

Gary Brooks Fualkner dikatakan telah membuat perencanaan nya untuk ke kawasan timur Afghanistan, di mana pada anggapan nya lelaki paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden, ada bersembunyi dikawasan tersebut.

Seorang pegawai risik memberitahu TV tempatan yang Faulkner memekik, “Jangan menghampiri saya atau saya akan menembak!” bila didekati oleh pegawai Polis dikawasan itu didapati Faulkner juga membawa teks dan risalah agama Kristian. Beliau juga berkata beliaulah yg akan menjadi pembunuh Osama Bin Laden dan menurutnya dia telah lawati tujuh kali ke Pakistan yg juga merupakan antara persediaannya untuk membunuh Osama.

Media tempatan berkata Gary Faulkner memasuki daerah Chitral sebagai seorang pelancong dan telah tinggal di sebuah hotel di lembah Bumburate. Gary Faulkner sekarang disoal siasat oleh pegawai perisikan di bandar raya Peshawar di north-west Pakistan.

Semasa disoal Faulkner berkata yg beliau sedang merancang untuk membunuh Osama. Osama bin Laden ialah pemimpin organisasi Islamist militan al-Qaeda, paling dikehendaki sejak 11 september dahulu. Bin Laden telah disenaraikan oleh Biro Siasatan Persekutuan Amerika senarai FBI Ten Most Wanted Fugitives.