Polis serbasalah hendak dakwa Apek @ tidak

Monday, June 21, 2010


Pihak Polis Negara kita pun agak pening juga semacam dalam dilema sama ada mahu mendakwa pelawak terkenal, Saiful Apek atau sebalik nya,..

Saiful dan lima lagi rakannya ditahan atas kesalahan memiliki dadah atau menghisap dadah, kata peguam yang mewakili semua tertuduh, Encik Mohd Fadly Hashim.

Katanya, polis membenarkan semua anak guamannya dibebaskan dengan jaminan polis Khamis lalu kerana belum dapat memutuskan dakwaan yang akan dikenakan terhadap keenam-enamnya.

'Anak guam saya agak sukar didakwa berhubung kes memiliki dadah, kerana semua mereka ditahan di rumah yang boleh diakses ramai orang.

'Saya nak maklumkan di sini, rumah yang diserbu sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) daerah Subang Jaya Sabtu lalu bukan milik pelawak terbabit, tetapi milik salah seorang daripada lima rakannya yang ditahan,' katanya ketika dihubungi.

Menurut Encik Mohd Fadly, yang dihubungi Harian Metro, disebabkan itulah, polis memberi tempoh dua minggu bagi menentukan sama ada akan mendakwa Saiful dan rakanrakannya atau tidak.

Isnin lalu, akhbar setempat melaporkan Saiful bersama lima rakannya termasuk seorang wanita, ditahan di sebuah apartmen di PJS, Subang Jaya ketika sedang melepaskan gian.

Dalam serbuan itu, beberapa peket kecil berisi daun kering dipercayai ganja dianggarkan seberat 40 gram, turut ditemui.

Hasil ujian mendapati semua mereka positif ganja dan mereka ditahan reman selama empat hari dan dibebaskan Khamis lalu dengan jaminan polis.-bhspor

p/s- seperti yang ‘diketahui’ bukankah pasukan Polis kita antara pasukan keselamatan yg terulung dirantau ini? takkan pekara yg dimaksudkan agak menggelabah untuk di pantau. Walau bagaimana pun kita tunggu dan lihat apa kesah itu seterusnya.