Kerakyatan songsang di Sabah membuka pekung Datuk Seri...

Monday, July 12, 2010


Saudara Pengarang,

Syabas kepada Sabahkini atas kerja keras dan kajian terperinci yang dijalankan sehingga membuka pekung kejalangan Kerajaan BN, terutama penafian Menteri Dalam Negeri,...

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin yang dengan tegas menafikan ada pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan di Sabah.

Saya tertarik dengan artikel ‘Siapa Rompak City Bus Untuk Warga Asing? yang disiarkan pada 6 Julai 2010 yang mendedahkan anak seorang pendatang haram Indonesia yang bukan sahaja memperoleh kad pengenalan, malah menjadi peguam dan mendominasi pengangkutan awam melalui syarikat ‘City Bus’tersebut.

Sebagai anak jati Sabah, saya mencabar OKK Hassnar Ebrahim agar membuat laporan polis dan laporan rasmi terhadap Jabatan Pendaftaran Negara serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta Sabah Law Association (SLA) agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap peguam wanita, Jaharah @ Susanty Patimbangi jika terbukti beliau anak pendatang haram Indonesia yang mendapat kad pengenalan palsu atau projek atau memalsukan keterangan diri untuk mendapat kad pengenalan projek.

Bagi memberi peluang secara saksama, sewajarnya Jaharah memfailkan saman terhadap OKK Hassnar jika beliau yakin bahawa kad pengenalan beliau diperolehi secara sah sedangkan tidak terdapat langsung data ibubapa dalam data cabutan sijil lahir yang dibekalkan Jabatan Pendaftaran Negara seperti yang dipaparkan di dalam Sabahkini.net.

Setahu saya, dalam mana mana procedure di negara ini jika tidak ada ibubapa bagaimana boleh mendaftar Sijil Lahir? siapa yang mendaftar atau memaklumkan kelahiran Jaharah kerana tidak ada sebarang data pemaklum atau ibubapa di dalam maklumat JPN. Mungkin ianya jadi sendiri seperti membeli tiket bas? Ada wang semua boleh jadi. Jika JPN ambil tindakan terhadap Salman Majid, kenapa tidak boleh ambil tindakan terhadap Jaharah Patimbangi?

Dalam hal ini, saya merayu ehsan Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Tuan Haji Jaffaer Henry agar menyiasat perkara kerakyatan songsang ini dan memberi penjelasan kepada rakyat Sabah yang membayar gaji beliau dan semua kakitangan JPN kerana saya yakin bukan Jaharah sahaja, malah ramai lagi anak ‘Pendatang Haram’ yang beroleh kad pengenalan secara haram dan menggunakan kad pengenalan tersebut untuk melakukan kerja ‘haram’.

Semoga Sabah selamat dan diselamatkan oleh pejuang keadilan yang berjuang secara senyap tetapi membuka mata rakyat Sabah tanpa mengharapkan sebarang balasan atau pangkat.

Abdul Halim Abdul Hakim/s/kini11