Senjata2 Pengawal Netanyahu Hilang Dalam Kapalterbang

Thursday, July 8, 2010


Empat laras senjata milik pengawal Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah hilang dalam kapalterbang barang ketika kunjungan nya ke Amerika Syarikat, demikian menurut kenyataan pejabat keamanan Israel, Shin Bet, Rabu lalu.

“Semua pistol itu adalah sebahagian dari kelengkapan yang dikirim ke Washington, tetapi ianya telah hilang,” kata juru cakap Shin Bet.
Ia menambahkan pemerintah AS dan Israel sedang menyiasat kejadian tersebut.

Jaringan media berita Amerika, NBC, melaporkan semua senjata itu berkemungkinan telah menjadi keliru setelah ianya diterbangkan ke Los Angels dan dicuri orang.

Setelah pertemuan dengan Presiden AS Barack Obama di Rumah Putih, Netanyahu dijadualkan menyambungkan perjalanan ke New York.

Juru cakap Shin Bet itu mengatakan semua pistol yang hilang itu tidak menyebabkan sebarang perubahan ke atas jadual lawatan Netanyahu atau mengambil langkah berjaga jaga. - Mat/ringkasanberita.