Majlis Berbuka Puasa di Pentagon

Thursday, August 19, 2010


Markas besar tentera Amerika pada hari selasa lalu, tarikh 17 ogos, telah mengadakan acara buka puasa bersama di pejabat pertahanan nya, Pentagon untuk tahun yang ke 13. Tema buka puasa kali ini adalah “Diversity is Our Strength”.

Buka puasa di pentagon rutin diadakan setiap tahun sejak tahun 1997, bahkan sebelum Rumah Putih mengadakan acara yang sama setelah terjadi serangan September 2001. Tradisi ini mengingatkan kembali warga Amerika mengenai keragaman, sekaligus kekuatan, dalam tubuh tentera Amerika sendiri.

Leftenan colonel Abdul-Rasheed Muhammad adalah imam pertama dalam angkatan bersenjata Amerika yang ditempatkan di Pentagon. Ia mengungkapkan setiap tahun bahagian kerohanian Islam di Pentagon mengadakan acara yang disebut Iftar itu.

“Kami mengakui memang ada para tentera yang mengabdi. Mereka yg datang dari berbagai bahagian tentera untuk merayakan bulan suci Ramadan ini,” kata imam Pentagon itu.

Setiap tahun Pentagon mengadakan majlis buka puasa yang terbuka bagi seluruh tentera Amerika.

Leftenan colonel Muhammad menambahkan, seperti juga bagi umat Islam di tempat lain, bulan puasa merupakan saat istimewa bagi umat Islam di Amerika, termasuk yang menjadi tentera. Itulah sebabnya Pentagon mengadakan Iftar, agar Muslim di Pentagon boleh berkumpul dan berbuka puasa bersama.

Beberapa diantara hadirin malam itu mengaku baru pertama kali mengetahui mengenai Islam dan puasa. Laura dari Columbia, Maryland, bekerja pada bahagian teknologi informasi di Pentagon.

Baru kali ini ia mengetahui ada acara buka puasa bersama di Pentagon. Walau bukan Muslim, ia tanpa ragu datang menghadiri acara ini. Selepas acara uitu beliau berkata, kalau tidak datang ke acara ini, ia tidak pernah tahu bahwa Islam turut membantu semarakan perjalanan bangsa Amerika.

“Acara ini mengingatkan saya bahwa kita punya lebih banyak kesamaan menseimbangkan perbezaan,” ungkap Laura.

Acara buka puasa kali ini digunakan untuk mengenang beberapa orang tentera Muslim Amerika yang tewas dalam perang di Iraq. Acara Iftar ini dihadiri sejumlah pegawai pertahanan negara-negara Islam seperti Mesir, Bahrain, Tunisia dan Aljazair. America’s Islamic Heritage Museum memeriahkan acara dengan pameran asal mula kehadiran Islam di Amerika. – bumirel/newcom