Nurul Izzah pengkianat, TLDM buat lapuran Polis

Monday, August 23, 2010


Nurul Izzah 30, puteri tokoh pembangkang Anwar Ibrahim, dituduh berkhianat kerana wawancaranya yang dimuat di harian Kompas Indonesia 5/8 lalu.

Komentar Nurul Izzah tentang kapal selam yang bermasalah yang dibeli Malaysia dari Perancis jadi motif dakwaan membahayakan keselamatan negara.

Nurul menjawab tuduhan serius itu dalam site www.freemalaysiatoday.com (FMT). Sementara pihak Angkatan Laut Diraja Malaysia melaporkan kes Nurul ke Balai Polis Hulu Kelang tanggal 17 Agustus lalu.

Hasil wawancara dengan harian Kompas yang dijadikan asas tuntutan tentera laut terhadap Nurul adalah nyata ”...kapal selam itu tidak boleh menyelam dan persenjataan yang dibeli ternyata sudah agak ketinggalan.”

Sebahagian media pro-pemerintah, Nurul Izzah dicop sebagai pengkhianat karena menceritakan keadaan kapal selam Kapal Diraja Tunku Abdurahman yang tak dapat menyelam dan persenjataannya sudah ‘boleh dipertikaikan’.

Dalam jawaban di laman FMT, Nurul menjelaskan, keterangan kepada harian Kompas berdasarkan jawaban yang disampaikan Menteri Pertahanan Malaysia di Dewan Rakyat (parlemen Malaysia) pada 17 Maret 2010 tentang kapal selam tak boleh menyelam.

Sebelum TLDM mengadukan Nurul ke Polis Diraja Malaysia, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menilai komentar Nurul sudah merosak nama Malaysia dan membahayakan negara.

Dalam tuduhan itu, Nurul menjawab tuduh beliau sebagai pengkhianat bangsa lebih tepat diarahkan kepada pihak yang membiarkan korupsi bermaharajalela di sektor pertahanan. ”Jika Menteri Ahmad Zahid adalah ‘pahlawan’, kenapa tak menyokong badan Anti-Korupsi Malaysia untuk menyelidiki pemberian kontrak kepada perusahaan Perimekar Sdn Bhd dari perusahaan Perancis dalam pembelian kapal selam itu yang ditanyakan parlimen tanggal 2 Juli 2010,” tambah Nurul Izzah lagi.

Kes ‘korup’ sebesar 114 juta euro (Rp 1,2 trilion lebih) itu sedang dibincangkan di Perancis. Perimekar Sdn Bhd adalah perusahaan milik Abdul Razak Baginda, seorang rakan rapat Perdana Menteri Najib Razak.

Nurul menambahkan, seperti diberitakan Bernama (6/8), latihan Tentera Laut yang dilakukan setahun sekali di Malaysia demi penghematan dari melakukan nya sebanyak tiga kali justru lebih membahayakan keselamatan dan keamanan negara.

Ahmad Zahid Hamidi dalam thestaronline.com (19/8) meminta jangan di politikan isu ini kerana ai adalah satu isu pertahanan nasional.FMT/Bernama/kompas/ m/cahaya