Pembantu Menteri libatkan skandal sex

Wednesday, August 11, 2010


SURE Heboh! Satu Sabah dan 1Malaysia sudah heboh dengan Skandal Seks seorang Pembantu Menteri dalam Kabinet April Fool, Datuk Musa Aman dengan seorang Ketua Puteri UMNO di Bahagian Utara Sabah sehingga sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia.

Entah badi apa yang menimpa Pergerakan Puteri UMNO yang sebelum ini digelar sebagai ‘Geisha’ oleh beberapa Veteran UMNO kerana malang yang menimpa berulang-ulang.

Dimulai dengan Skandal Ketua Puteri yang ‘Lesbo’, ditambah dengan Ketua Puteri yang merampas suami orang dan bersekedudukan sebelum bernikah; diperlecehkan dengan yang mati kerana menggugurkan kandungan anak luar nikah di Indonesia dan terkini menjalinkan hubungan sulit dengan Pembantu Menteri yang sebelum ini adalah orang penting dalam UMNO.

Mungkin kerana kemaruk cinta, Pembantu Menteri UMNO ini telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada kekasihnya tanpa mempedulikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedang memerhatikan gerak gerinya kerana beliau masih mempunyai kes yang belum selesai dengan kedua agensi penting berkenaan.

Bagi membuktikan cintanya, Datuk M mampu memberikan apa sahaja untuk membuktikan cintanya yang baru bersemi kepada seorang gadis muda yang merupakan pemimpin golongan puteri yang sering dilabel sebagai ‘Bunga UMNO’.

Namun Ketua Puteri UMNO tersebut pandai berpencak di pentas politik kerana mendakwa kejayaan memiliki kereta mewah, rumah dan apa sahaja yang diperolehinya adalah hasil kerja keras beliau, yang sememangnya seorang ahli perniagaan.

Formula inilah yang sebelum ini menjadi modal kepada artis yang mempunyai skandal seks dengan VVIP dan kini di ‘Copy & Paste’ oleh pemimpin muda UMNO terutama Ketua Puteri yang mampu berkereta mewah dan berumah besar; walaupun skrip lakonan mereka boleh dibaca seperti skrip Mi Maggi, ‘cepat dimasak, sedap dimakan’.

Mungkinkah Pembantu Menteri tersebut menganggap bahawa Pergerakan Puteri Umno sekadar menjadi transit untuk mendapatkan ‘mangsa’ yang kaya, berpengaruh di kalangan anggota parti itu demi kemewahan serta kepentingan diri?.

Mungkinkah juga Ketua Puteri berkenaan kehausan kasih setelah lama kemarau kasih dan peluang ini dimanfaat sebaik mungkin ketika getah masih pekat dan figura masih mampu menawan hati dan ‘mata buaya’ Pembantu Menteri berkenaan yang sebelum ini telah beberapa kali terlepas daripada dicekup SPRM?

Hanya mereka berdua yang tahu, namun bak kata pepatah, apabila cinta sudah melekat, ‘tahi kucing, ku rasa coklat’. by perisik sabahkini