Penjenayah guna style hikayat lama, polis terkejut

Saturday, August 14, 2010


Para penjenayah ini turut mengalih daya pemikiran nya seolah olah menyamai hikayat lama lama di masa kecil dahulu, iaitu tentang kesah naga yang menjaga barang barang berharga.

Pada masa kini, barang berharga itu termasuklah dadah, antaranya kokain yang dijaga oleh seekor ular piton albino langka di Rome.

Pihak polis Rome berhasil mengesan sekumpulan penyelundup obat bius yang menggunakan khidmat ular besar itu untuk menjaga kokain mereka. Reptilia sepanjang 3 meter itu seolah paham benar tugasnya. Dia menyerang anggota polis ketika mereka memasuki apartemen kumpulan penyelundup itu. Pihak Polis terpaksa meminta bantuan dari pawang ular untuk menangkap ular tersebut.

”Ketika kami masuk, kami menemukan haiwan itu berada di balik pintu seakan sudah menantikan kami, benar-benar seperti se ekor anjing penjaga,” kata leftenan Luca Gelormino.

Polis menemukan 200 gram kokain murni di bawah tubuh ular itu. Ular itu kelaparan dan belum makan selama tujuh hari sehingga dia menjadi sangat agresif. Setelah diberi makan beberapa ekor ayam, ular itu pun menjadi lebih agak tenang dan tidak se agresis sebelum itu.

Menurut pawang, ular piton itu berasal dari Guinea. Setelah kenyang dengan santapan beberapa ekor ayam, ular itu kemudian dibawa kesebuah kebun binatang Rome. Polis berjaya menangkap 12 orang dalam operasi pembeteras barangan dadah itu dan menyita 5 kilogram kokain. – matjejakrasul/kompa