Pimpinan Sabah ramai terdiri di kalangan Pendatang vol:1

Sunday, August 29, 2010

SONGSANG….Kerakyatan Fatmah bolehlah disifatkan sebagai Ayam jantan bernikah dengan seekor gajah yang kemudiannya menelur dan menetaskan Fatmah. Silap mata abad ke 21!

KEPRIHATINAN Kerajaan Barisan Nasional Sabah (USNO, Berjaya dan UMNO) menawarkan kerakyatan melalui jalan songsang kepada pendatang asing tanpa izin daripada Filipina, Indonesia, Pakistan, India, China dan sebagainya telah memberi peluang kepada golongan ini untuk mencipta kejayaan khusus sebagaimana kehebatan Zionis di bumi Palestin.

Kejayaan Salman Majid ini memperolehi semula kerakyatan yang telah dirampas oleh kerajaan Malaysia, terutama dengan sokongan moral Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh; mungkin menjadi ‘mercu kejayaan’ PATI yang memperolehi kerakyatan seperti Salman mendabik dada bahawa mereka rakyat Malaysia secara ‘Mutlak’ dan tidak dapat dicabar di Mahkamah Undang-Undang.

Pendedahan Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar MP Ebrahim bahawa isteri Mantan Speaker DUN Sabah, Tan Sri Hassan Alban Sandukong iaitu Datin Nurifrideri Bederi adalah Datin Pendatang Haram agak mengejutkan, namun tidak mendatangkan banyak masalah kerana Hassan sudah pencen ketika pendedahan dibuat.

Kemudian pendedahan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bahawa Mantan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (kini Pencetak Kerajaan), Haji Salsidu Ibrahim juga adalah PATI yang memperolehi dokumen pengenalan diri Malaysia sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi Pegawai Daerah juga membuatkan mata saya terbeliak. Selain Salsidu, Jeffrey juga mendakwa bahawa Penyuki Matta (Pegawai Belia) dan Haji Sulaiman Abdullah (Mantan Pegawai Pertanian Lahad Datu) adalah PATI yang memperoleh kerakyatan secara tidak sah.

Diikuti dengan pendedahan saya bahawa Mantan Tuan Yang Terutama, Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai adalah PATI yang telah memalsukan keterangan diri untuk mendapat kerakyatan Malaysia dengan mengakui sebagai anak kandung Dandai, sedangkan Sakaran @ Hashim adalah anak Tidung daripada Bolongan, Indonesia.

Pendedahan ini juga amat mengejutkan semua pihak sehingga beberapa laporan polis dibuat terhadap saya dan polis telah menyalahguna kuasa menyiasat saya sedangkan Sakaran sepatutnya memfailkan kes berkenaan di mahkamah, jika merasakan dakwaan saya palsu; apatah lagi dengan wujudnya Akta DNA, boleh menentu sahkan sama ada Sakaran saudara kandung dengan anak Dandai yang masih hidup, termasuk ibu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kemudian pula Hassnar muncul lagi dengan dakwaannya seorang peguam, Jahara @ Susanti Patimbangi adalah PATI yang memalsukan keterangan diri untuk mendapat pendidikan tinggi dan diterima menjadi Peguam dan menjadi peniaga yang memiliki City Bus, berdasarkan rekod daripada Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan Jahara tidak mempunyai ibu bapa, namun mendapat kad pengenalan Malaysia.

Rentetan daripada pendedahan demi pendedahan ini, seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara mempersoalkan tindakan saya membongkar Skandal Kerakyatan Songsang secara tidak adil kerana tidak memasukkan Adun Sebatik, Muis Picho sebagai salah seorang ‘target’ untuk disiasat.

Menurut Pegawai JPN (namanya terpaksa dirahsiakan), Muis adalah Warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap Malaysia sebelum menyerahkan taraf penduduk tetapnya untuk mengeluarka semua caruman di dalam Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan datang kembali menggunakan pasport Indonesia; menjadi PATI seketika sebelum mendapat kad pengenalan biru yang ditaja oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Pegawai tersebut telah memaklumkan kepada Cawangan Khas PDRM, namun Muis terlepas tapisan dan berjaya menjadi ADUN Sebatik, menggantikan ADUN yang dilahirkan pada 30 Februari! - mutalib MD/S/kini