Putri Anwar Ibrahim ke Kompas Indonesia

Friday, August 6, 2010



Puteri mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar, datang ke pejabat Redaksi Akhbar Kompas Jakarta. Ia tiba di Jakarta,pada isnin (2/8/2010) dan akan berangkat pulang ke Malaysia pada khmais ini (5/8/2010).

Selama beliau berada di Jakarta, Nurul Izzah sudah bertemu dengan beberapa orang tokoh politik muda, seperti Anis Baswedan dan lain-lain.

Beliau ditemani beberapa orang rakannya dari Parti Keadilan Rakyat, turut bersama dalam rombongan itu ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Nurul turut bertemu dengan anggota redaksi akhbar Kompas yang diketuai oleh Pemred Rikard Bagun.

Nurul sempat menyatakan bahwa baginya Kompas sudah tidak asing lagi. Dia juga berterima kasih kepada media-media di Indonesia yang banyak menyokong perjuangannya.

Di akhir perjumpaan itu, pihak Kompas juga mengucapkan terimakasih dengan kunjungan dari pihak pembangkang Malaysia itu. – bumirel/kompas