Cadangan Nik Aziz disiarkan dalam berita Radio

Tuesday, September 21, 2010


Ehmm.. ketika aku ‘mengelamun’ sedang memandu kereta pagi tadi, aku mendengar radio dan setelah teman memberhentikan kereta kerana menghantar anak anak ke sekolah, jam menunjukan pukul 7.02 minit.

Tarikh kalau tak silap hari itu 21/9, pening jugak bos kadang kadang tarikh ni selalu dibuat silap, haru kita.

Teman mendengar berita jam 7.00 pagi, sambil memandu perlahan kerana agak ‘jem’ dengan kereta kereta dan Van sekolah tika itu, aku terdengar ‘warta berita’ antara berita yang dibacakan oleh pembaca nya menyebut “Menteri Besar Kelantan Nik Ab.Aziz Nik Mat, mencadangkan keluarga arwah Sosilawati membina sebuah masjid bagi memperingati arwah Sosilawati”.

Kalau sebelum itu ambo terdengar (tak sengaja dengar) berita itu lebihkurang jam 7.02 pagi tapi selepas itu kawe sengaja pula mendengar nya untuk mengetahuwi berita selanjut nya.

Kerinduan ahli ahli keluarga akan terubat dengan ada masjid yg juga merupakan tempat orang ramai menggunakan serta mengimarahkan nya. Kita sendiri pun akan merasa gembira apabila orang ramai datang berkunjung dan menghidupkan suasana baik.

Yang menjadi agak pelik nya bagi aku pagi itu, terfikir jugak kawe bagaimana boleh sebuah cadangan dari tokoh pembangkang mendapat tempat dalam berita Radio. Nak dikata tak ada lansung satu satu cadangan Nik Aziz yg di siarkan kat media itu, tak boleh juga kan… sebab teman ni jarang mendengar berita berita kat radio dan tv ni.

Rasa nya agak sakitlah kalau nak dengar cadangan dari Nik Aziz ke atau pimpinan pembakang yg lain disiarkan di media elektronik, bagaimana hari itu boleh terpancul keluar..

Walau bagaimana pun kawe kira cantik jugak berita itu, dan cadangan menarik dari MB Kelantan untuk kita renungkan, kalau cadangan itu tak menarik agak nya ia tak keluar kat slot berita itu. Fikir fikirlah sendiri… ke guana? - mengejarcahaya