Jangan jadi burung unta beri projek pada artis jelita

Tuesday, September 28, 2010


Seorang aktivis bebas masyarakat setempat, Encik Abdullahsani Haji Salleh mendakwa Dato’Shafie Afdal telah menyalurkan beberapa projek kepada ‘geng’ terdekat nya.

Abdullahsani berkata “apa cerita tiga penama ini Datu’Christopher, Freedie Sua dan juga Hj.Mohd Yusof” ini berada di dipejabat Bapak Menteri itu? Kalau tidak ada sesuatu yang ‘memberangsangkan’ takkan mereka perlu menghabiskan masa disana.

Saya bukan untuk menuduh membabibuta tetapi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu harus menjelaskan apa kesah yg berlaku itu, Hj.Mohd Yusof itu adalah adik beliau sendiri. Walau bagaimana pun Shafie tetap menafikan pemberian projek kepada mereka itu.

Tegas Abdullahsani, seolah olah mereka yg menjalankan kerja kerja melobi itu semacam ‘Three Stoogies’ ini bebas keluar masuk dalam pejabat Menteri itu dan Abdullahsani pernah menyaksikan dua orang VVIP Sabah terpaksa menunggu selama lebih dua jam untuk berjumpa Shafie semata-mata kerana Shafie sibuk mengatur projek bersama Three Stoogies ini di pejabatnya.

Sebelum ini aktivis masyarakat ini pernah mendedahkan projek projek yg telah diluluskan kepada kroni yg terlibat itu dan Abdullahsani meminta ke4menterian terbabit mengkajikan semula 16 Projek Tender terhad NKRA yg telah diluluskan itu. Jika perlu beliau sendiri tidak teragak agak untuk mendedahkan nya kepada SPRM.

Yang peliknya kata Abdullahsani kenapa pula Kementerin Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah atau KKLW mencatit kontraktor yang sama bagi beberpa projek yg lain iaitu projek ke 9 & ke 16.

Mohd Shafie Apdal disaran agar tidak bersikap seperti burung unta yang menenggelamkan kepalanya ke dalam pasir tetapi badannya tetap tertonggeng di luar.

“Bahkan seorang artis jelita turut diberikan projek. Apa hubungan beliau dengan artis berkenaan?,” tanya Abdullahsani yang meminta Shafie jujur melaksanakan tugas sebagai menteri dengan menjelaskan kepentingan Three Stoogies di KKLW yang turut menjadi sub-kontraktor bagi artis berkenaan. – editor ref: mohd yatim Suhaili/s’kini