mengenal tiga hati di mana kedudukan kita

Tuesday, September 14, 2010


Keadaan hati juga turut dapat mempengaruhi suasana keceriaan diri itu, dan kehidupan seharian

hati yang senang dapat menggambarkan kegembiraan dan ceria, hati yang sedih melahirkan kurang bersemangat dan murung dabn begitu juga dengan hati marah banyak menimbulkan kebencian dan kesombongan nya.

Disinilah ianya perlu bimbingan yang baik, kehidupan yang sihat dapat menjadi santapan jasmani kita yg baik dan kehidupan yg penuh taqwa menjadi santapan rohani.

Qalbun mayyitatau hati yang gelap dan mati, kesinambungan hati ini banyak bersifat sombong, tinggi diri mahu pun memperkecilkan hak dan kebenaran. Refleksi hati ini mencerminkan perilaku orang orang kafir dan yang seangkatan dengan nya.

Kedua nya bagi hati qalbun maridl. Inilah hati yang sakit. Mereka asyik sedang mencari jalan yang selamat, tapi sebenarnya celaka. Misalnya, melakukan satu satu ibadah itu di anggap sebagai bida'ah atau menyelewengkan ayat-ayat Al quran menjadi hasrat untuk pemenuhan hawa nafsu belaka.

Sifat munafik termasuk dalam kategori hati yang sakit ini. Sebagaimana firman Allah, ''Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata: 'Kami telah beriman'. Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok'.'' (QS Al-Baqarah [2]: 14).

Ketiganya pula, qalbu atau qalbun salim atau hati yang selamat. Ia selalu condong pada kebenaran dengan hanya mengikuti ajaran Islam berdasarkan Al quran dan hadis. Firman Allah SWT, yang bermaksud: ''Hanya ucapan orang-orang mukmin, yang apabila mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul memutuskan (perkara) di antara mereka, mereka berkata: 'Kami mendengar dan kami taat'. Dan mereka itulah orangorang yang beruntung.'' (QS An-Nur [24]: 51).

Dari beberapa sinopsis ringkas tadi, mari kita bayangkan di manakah kedudukan hati kita? Dan se eloknya berushalah untuk 'pindah ke lain hati' atau 'hijrah hati' -- dari qalbun mayyitdan qalbun maridl ke qalbun salim, perlu perubahan itu di ambilkira bagi mendapat mendapat keredaan Allah SWT. –m/cahaya/ Edi Muhtarom-rep