Ahmedinejad membawa soalan Parti Islam Se Malaysia

Thursday, October 7, 2010


Mahmoud Ahmadinejad Presiden Iran terus berhadapan dengan ke egoan Washington dan semalam Irna melapurkan yang Presiden Iran itu mengatakan banyak soalan soalan dari pertanyaan beberapa buah Negara di dunia mengenai peristiwa 9/11 yg di bangkitkan di PBB baru baru ini.

Mahmoud Ahmedinejad turut menyebut beberapa soalan dari PAS (Parti Islam SeMalaysia) untuk di ketengahkan dan di ajukan kepada Amerika Syarikat.

Syarikat berita Iran itu menyatakan juga yang Parti Islam Malaysia (PAS) telah membuat kenyataan dalam satu laporan laman webnya berkenaan dengan ‘kes 9/11’ pada hari rabu semalam.

Tambahnya “PAS meminta Amerika menjawab soalan soalan yg banyak bermain di minda masyarakat di dunia mengenai peristiwa WTC beberapa tahun lalu” yang kini masih tidak terjawab sepenuh nya.

Mahmoud Ahmadinejad meminta Washington memohon maaf dari penduduk Iraq, Pakistan dan Afghanistan kerana berlakunya jenayah perang yg melibatkan Amerika Syarikat, soalan ini juga di suarakan oleh Party Islam Malaysia, katanya dan PAS juga memuatkan dalam laman web nya. – mengejar cahaya ref:Irna