Akademi Islam Chicago ramai mahasiswa nya bukan Islam

Wednesday, October 13, 2010

Akademi Islam Amerika

Sebuah akademi Islam di Chicago yang ditutup 10 tahun lalu, kini dibuka semula. Akademi tersebut yg memulakan operasinya pada bulan lalu, sekarang terdapat ramai para mahasiswa yang yang terdiri dari bukan Islam.

''Seluruh Amerika memerlukan sebuah lembaga pemikiran Islam,'' ujar Ali Yurtsever, seorang bekas sarjana di Georgetown University yang kini menjadi pengawas pembukaan semula Akademi Islam itu. ''Jika anda tidak memiliki perguruan tinggi Islam, maka orang-orang akan disesatkan, mereka akan mudah ditipu dan permusuhan akan terus berkembang.''

Sekarang ini separuh dari siswa yang terdaftar di Akademi Islam Amerika itu merupakan dari mereka yg bukan Islam.

Yurtsever mengatakan, bertambahnya sentimen anti-Islam kerana kurangnya pengetahuan mengenai Islam. Kampus ini memiliki kewajiban moral bagi Muslim Amerika untuk mengatasi masalah tersebut. ''Hari ini Muslim Amerika memiliki peranan dan tugas untuk memimpin perilaku moral dan partisipasi aktif di dalam gerakan politik dan positif terhadap masyarakat yang adil, dan damai, '' tuturnya.

Akademi Islam Amerika itu telah dibina pada 1881 Kuliah di kampus ini mengambil waktu selama empat tahun dengan jurusan bahasa Arab dan pengajian Islam. Pada bulan march 1983, perguruan tinggi ini menempatkan sebuah bangunan di Lake Shore Drive dan pada September 1983 barulah dimulakan pangajian akademik yang pertama.

- mjr/Ref:repukblik/islamtoday