Kickdefella turut disebut sebut di Galas

Monday, October 4, 2010


Maka berulang lagi ‘sejarah’ Manik Urai. Dua pemberitaan sama ada dari pembangkang mahupun pihak kerajaan sendiri sudah mula memainkan peranan nya.

… dan kemajuan ‘segera’ yg pasti kita semua lihat bakal ‘memeriahkan’ Galas di Gua Musang. Hal hal begini sudah menjadi satu kecanduan bagi setiap pilihanraya kecil. Orang kampong dan orang Bandar semua sudah tahu.

Suara suara sudah berbunyi, tak ketinggalan juga Ku Razaleigh dicanangkan untuk mengambil alih Adun Galas kali ini, Ku Li yg sekarang adalah ahli Parlimen Gua Musang dan Galas itu berada dibawah nya. Sebelum ini pun sudah ada beberapa orang yg memegang Parlimen dan adun negeri, tidak banyak masaalah dan kita lihat ramai juga pemimpinnya bertanding dan menang dua kerusi serentak termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim , Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Bunyi bunyi dari pihak BN juga sudah berkumandang yang di Gua Musang ini mampu memberi pulangan baik seperti Isa Samad di Bagan Pinang tempuhari. Kata nya otai otai lama boleh menyerlah ‘kembali muda’ dan mendapat sokongan padu dari akar umbi.
Kita akui juga memang ada ‘umbi pokok’ yg menyokong dan kita pastikan nanti akar umbi pokok mana…

Setelah Ku Li di sebut sebut sebagai seorang yg boleh meraihkan kembali gemilang cemerlang dan terbilang disana itu, sebagai menjadi tonggak pelapis di Galas itu kita orang terdengar pula sayup sayup suara halus mula membisik bisik dan menginginkan ‘tokoh segera’ Kickdefella.

Jika ianya menjadi reality, PAS bakal menerima masaalah disana nanti atau dengan katalain nya PAS sakit untuk menang mudah di PRK itu.

Ehmm.. ini tokoh kita kata orang itu… Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu adalah seorang calon paling layak setakat ini. Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau tukang blog bernama Kickdefella ini pernah menjadi ‘orang kuat’ Husam Musa tokoh PAS masakini, itu asset kita kata nya. Banyak rahsia dalam poket.

Jika terjadi ianya bakal menobatkan satu pertembungan keras buku & ruas dan PAS tak senang duduk punggung menjadi panas kata orang itu lagi.

Keyakinan beliau cukup memberangsangkan, “apakah Husam Musa berani turun padang nanti?” sebelum saya mengakhiri ini, geng geng itu sempatlagi berkata “kita tenguk siapa yg kena” dan kita semua saksikan nanti…- Adly sentiasa.blogspot 4 sepetember