Masaalah keluarga selesai, 24 jam dapat dua bini..unik

Tuesday, October 19, 2010

first.. Azhar Haidri right, at sunday's wedding

Seorang lelaki Pakistan Azhar Haidri 23 tahun telah menjadi buah mulut dan perhatian ramai dinegara nya baru baru ini. Beliau dalam dilema memikirkan untuk melangsungkan perkahwinan nya dengan kekasih yg dicintai.

Dalam masa yang sama keluarga nya menginginkan beliau berkahwin dengan perempuan pilihan nya sejak dari kecil lagi. Sama ada mengikuti hati sendiri atau menghormati keluarga, jalan penyelesaian perlu di cari.

Azhar diawal nya memang menolak cadangan keluarga supaya mengahwini gadis pilihan orang tua nya sejak masih kanak kanak lagi, Humaira Qasim yg berusia 28 telah menjadi ‘tunangan’ nya setelah ditentukan keluarga nya sejak kecil. Tetapi kecintaan nya tidak kepada Humaira, Azhar tetap memilih gadis 21 tahun yg dicintai nya.

Rumana Aslam 21 tahun menjadi pilihan hati nya, namun begitu beliau tetap menghormati keluarga nya dan tidak ingin berlaku kekeruhan antara keuarga.

Azhar Haidri menjadi serba salah apabila majlis perkahwinan nya semakin hampir dan penyelesaian dengan pilihan orang tua nya menjadi buntu. Beliau menginginkan berkahwin dengan kekasih dan menolak untuk dikahwinkan perempuan pilihan keluarga dan dijangka berlaku perpecahan dalam keluarga nya.

Demi untuk bahagia dan menyayangi kekasih nya serta tidak mahu melukakan hati orang tua nya, Haidri mengambil jalan tengah lalu membuat tawaran kepada keluarga untuk mengahwini kedua dua perempuan itu, Humaira Qasim dan Rumana Aslam kekasih nya.

Keluarga nya terpaksa menerima malah kedua dua gadis itu turut bersetuju. Haidri mengahwini Humaira pada hari ahad kelmarin di Bandar Multan Pakistan Tengah dan mengahwini pula Rumana Aslam pada ke esukan nya iaitu hari isnin, "Kedua dua wanita itu telah sepakat dan bersetuju untuk saya nikahi," kata Haidri kepada para wartawan.

Azhar Haidri yg juga sebagai pengamal perubatan herba itu merasa gembira dapat menyenangkan hati keluarga nya dan hati nya sendiri “Ini merupakan pengalaman saya yang sangat unik dan membuat dua wanita ini dengan senang hati bersetuju dinikahi oleh saya," ujar Haidri sambil tersipu kegirangan.

Beberapa setesen television Pakistan turut menyiarkan secara langsung pernikahan unik tersebut. "Saya sungguh bahagia bahwa kami berdua mencintai lelaki yang sama," kata Rumana Aslam kepada pemberita yg sebuk membuat liputan.

Apa tidak unik nya kalau dalam masa 24 jam boleh mendapat dua orang isteri dan menyelesaikan masaalah serta menggembirakan ramai hati yang lain. Kalau dalam masa 24 jam dapat dua bini,..siapa yg tak nak beb.. he.. he..

– matjejakrasul ref:smhcom/komp