Nasib kapalselam England macam Malaysia juga?

Sunday, October 31, 2010


Ianya agak berbeza walaupun style nya hampir sama. Itulah Malaysia ku. Kalau di England baru baru ini sebuah kapal selam nuklear yang dikatakan tidak boleh dikesan oleh radar dan berteknoloji tinggi, juga mempunyai masaalah dan tersadai diperairan Scotland.

Kat negara kita pula tak banyak bezanya walaupun ia berbeza, kapalselam ‘yg baik’ konon nya, mempunyai masaalah kerana tak boleh menyelam. Di England kapalselam berteknoloji tinggi itu terdampar telah menjadi bahan ketawa orang ramai. Kalau kat negara kita ianya tak boleh dijadikan bahan ketawa, nanti kena marah, senyap jer..okeylah tu. Cuma pihak pembangkang yg berani sikit perli perli.. kalau pihak satu lagi tu, tak banyak cerita. Kita tetap sokong walaupun kerajaan beli kapalterbang yg tak boleh terbang.

Kapal selam HMS Astute berharga £1.2 bilion (RM5.8 bilion) turut dilengkapi sistem navigasi berkomputer termaju. Namun, nasib tidak menyebelahi kapten kapal selam itu selepas kipasnya tersekat dalam lumpur ketika memasuki sebuah teluk yang cetek di Kepulauan Skype baru-baru ini. Mungkin teknoloji mengesan laluan cetek tak berfungsi agak nya. Kita pun bukanlah nak mengkondemkan England, tapi nak perli orang kita niii..ada kapalselam, tk boleh menyelam, ada jet pejuang, tiada injin.

HMS Astute sebelum pelancaran

Kita kembali pada kesah tadi, katanya mujor tiada kebocoran nukkelar yg berlaku dan orang ramai yg berada hampir dengan lokasi itu memerhatikan pagawai2 dan krew kapal itu keluar dari kapalselam tersebut menunggu air pasang bagi membolehkan HMS Astute itu ditunda.