Pesta Seks di Kapal Mewah milik Kamal Atarturk

Friday, October 29, 2010


Rasanya kita semua masih mengingati atau tahu serba sedikit mengenai si-Bapak Turki itu, Kemal Ataturk. Tak kesahlah bab dia tu, bapak pembangunan ke, bapak penghancuran ke atau bapak 1Turki…

Namun sisa sisa ‘bakti kejalangan’ masih lagi dirasa dan meninggalkan bekas terutama pada jenerasi nya.

Beliau juga turut meninggalkan sebuah kapal pesiaran mewah milik nya yg dibina pada 1931 dulu dan dibeli Turki pada 1938, sehingga kini kapal nya itu masih baik dan digunakan lagi.

Dimaklumkan beberapa orang ternama dan millioner juga pernah menyewa kapal Savarona milik ‘bapak’ itu antara nya termasuklah Putera Charles, Sultan Brunei, Nicole Kidman, Sharon Stone, Hugh Grant, dan Tom Cruise.

Beberapa bulan lalu kapal persiaran itu telah diserbu oleh pihak Polis dan kesemua mereka yg berada didalam nya ditahan, berikutan dengan lapuran yg kapal itu digunakan bagi mengadakan pesta seks bagi para kenamaan.

Kapal supermewah peninggalan Kemal Ataturk si- peroboh Khalifah Turki Othman, diberitakan dipakai untuk pesta seks, sudah agak lama kapal itu dipergunakan, malah sejak tujuh bulan kapal Savarona peninggalan ini, dicurigai kerap dipakai untuk pesta seks kumpulan tertentu dan ramai lagi dari jabatan jabatan Negara eropah.

Semasa serbuan di buat pihak polis mendapati mereka sedang ‘berpesta’ "bilik bilik berselerak dan kondom di mana-mana," kata seorang saksi pada harian Turki, Milliyet.

salah sebuah bilik dalam kapal itu

Para tetamu laki-lakinya rata-rata adalah para ahli perniagaan Salah seorang nya Tevfik Arif, pengusaha properties asal New York kelahiran Kazakhstan. Ia pemilik group Bayrock.

Dan para pasangan perempuan nya di bawah 18 tahun. Mereka berasal dari Rusia dan Ukrein… dan beginilah warisan harta peninggalan si-bapak Turki itu. Biasanya taklari kemana, kuah bukannya tumpah ke nasi tapi dicurahkan kedalam nasi., kalau tumpah biasa ke atas lantai. –m/daily/m’cahaya