16 tentera wanita cantik Indonesia ke Lebanon & 2 orang dituduh pengecut

Thursday, November 18, 2010


Kerajaan Indonesia juga menghantar ramai tentara wanita nya yg cantik-cantik untuk bergabung dalam 1,304 perajurit perajurit di Lebanon. Para tentera itu di hantar untuk membantu pemantauan keamanan di Lebanon, dan bersama sama dengan pasukan pemerhati PBB yang berasal dari berbagai Negara lain.

Panglima Angkatan Tentera Indonesia TNI, Laksamana Agus Suahartono melepas 6 platun perajurit Kontingen Garuda yang akan bertugas ke Lebanon dan diserapkan dalam United Nation Interim Force in Lebanon, UNIFIL.

Dari 1.304 anggota keamanan dari Repukblik Indonesia yang bertolak ke Labonan itu, di antaranya termasuk 16 anggota tentera wanita.

Kata jurucakap Kontinjen Garuda Indonesia, selain sering mendapat pujian dan penghargaan antara bangsa mereka juga pernah menjadi bahan ejekan. Hal itu semasa menyaksikan tayangan video 3 ogos 2010, ada terdapat dua perajurit Indonesia meninggalkan lokasi pertempuran dengan menaiki taksi.

Kumpulan yang tidak suka dengan Indonesia terus mengejek pasukan tentera Indonesia itu agak pengecut. Padahal yang berlaku bukanlah keadaan begitu sebenarnya. Saat itu tentera TNI sudah berusaha sedaya mungkinuntuk menghentikan permusuhan bersenjata di Lebanon Selatan tetapi kumpulan kumpulan yg berbalah itu tidak mahu bersurai.

Kerana tugas perajurit TNI di Lebanon bukan untuk berperang, tetapi hanya sebagai pemerhati dan agen perdamaian pihak yang bertikai, lalu pihak UNIFIL sebagai komando perdamaian di situ memerintahkan supaya tentera Indonesia undur dan meninggalkan dulu kawasan kekacauan.

Maka ketika media Lebanon mengecam sikap TNI itu, pihak UNIFIL membela dan menjelaskannya secara detail mengapa pekakara itu berlaku. – tribun/mengejarcahaya