CNN memecat pembaca berita nya kerana menuduh CNN didalangi Yahudi

Tuesday, November 2, 2010


Pihak badan penyiaran CNN terpaksa menamatkan perkhidmatan seorang pembaca berita utama nya Rick Sanchez, beliau di ambil tindakan di atas kesalahan nya menuding jari kepada CNN kerana berkata,..

pihak Yahudi yang mengawal badan penyiaran itu serta beberapa syarikat media Amerika yg lain. Akibat kecamannya terhadap kaum Yahudi itu, Rick yang berasal dari Havana, Cuba 51 tahun, terpaksa menanggung risiko kehilangan profesen nya.

CNN telah membuat pengumuman 3 oktober lalu soal pemecatan pembaca berita nya yang telah bekerja di CNN sejak 2004. ''Rick Sanchez tidak lagi bertugas dengan jabatan ini. Kami berterima kasih dengan Rick selama bertugas bersama kami dan semoga keadaan beliau tetap baik,'' kata pihak CNN.


Sebelum ini, CNN juga pernah melakukan tindakan yg serupa keatas seorang redaktor liputan kawasanTimur Tengah, setelah ia membuat ucapan memuji dan kagum kepada ulama Syiah yang menjadi penasihat kepada puak Hizbullah yang meninggal dunia baru-baru ini. Octavia Nasr, menulis dalam blog pribadinya cukup menghormati Ayatullah Muhammad Hussein Fadlallah, yang kembali kerahmatullah bulan lalu.

Walau pun Octavia Nasr kemudian nya meminta maaf kerana hal tersebut, tetapi pihak CNN berkeras dan tetap memecatnya. Berita ini turut dilapurkan oleh Realityworld.com.

Rick Sanchez juga menudoh Yahudilah yang selama ini memainkan peranan besar dalam menggerakan aktiviti CNN. ''Saya katakan semua orang yang mengendalikan CNN banyak yang menyerupai Stewart, dan banyak orang lain yang menjalankan perniagaan serupa dengan lagak macam Stewart. Bagaimanapun juga Yahudi di negara ini telah menekan kelompok minoriti,'' tutur Sanchez.

Ucapan itu disampaikan Rick Sanchez setelah Stewart mengejeknya berulangkali dalam beberapa acara yg berkaitan. Termasuk ketika beliau mengkritik ucapan Rick Sanchez yang banyak mempertikai wakil presiden AS, Joe Bidden.

Sanchez mengaku sebagai keturunan Cuba-Amerika dirinya merasa diperlakukan secara diskriminasi berulangkali sepanjang kariernya. Termasuk beberapa orang elit di timur laut yang bersikap liberal yang menilai dirinya sebagai seorang yang berasal dari kumpulan kelas dua. - Siwi Tri /mjr/Reuters