Inikah Bungalow Madu tiga P.Ramlee?

Friday, November 12, 2010


Lebih dari empat dekad berlalu, banglo ini (gambar), yang dikatakan tempat penggambaran filem klasik Allahyarham P. Ramlee, Madu Tiga, masih berdiri megah.

Tetapi benarkah rumah di Holt Road ini adalah tempat yang digunakan dalam filem itu?

Sumber Berita Harian mendakwa ruang dalam banglo ini dijadikan set bagi adegan berkejaran antara Jamil, lakonan P. Ramlee, dengan tiga isterinya dalam filem terbitan 1964 itu.

Banglo dekat Kompleks Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ini kini dimiliki kerajaan Malaysia dan diuruskan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

Difahamkan daripada beberapa sumber, termasuk beberapa pekerja di pejabat itu, bahawa bangunan ini mungkin digunakan dalam filem itu.

Cikgu Yusnor Ef, guru pesara, penerbit dan pengarang, pula percaya sebuah rumah di kawasan Holt Road pernah digunakan dalam sebuah filem P. Ramlee.

Jurucakap BPH pula berkata mereka tidak mempunyai dokumen untuk mengesahkan fakta itu kerana Malaysia hanya mula memilikinya pada 1974.-b/harian/s