Libya tarikbalik kenyataan nya dalam masa 72 jam

Sunday, November 14, 2010


Baru baru ini atau lebih tepatnya pada 9hb. November lalu, laman ini ada memuat artikel “Diplomat Amerika di arah tinggalkan dalam masa 24 jam”, berita ini adalah berita rasmi...

Tiga hari kemudian teman dapat pula berita yg mengatakan “Libya menangguhkan tindakan pengusiran” diplomat yg di maksudkan. Bolehlah dikategorikan sebagai “tarikbalik” kenyataan nya itu. Depa pun pening jugak memikirkan nya.

Sebelum itu pihak Libya di jangka akan menerima kunjungan George Mitchell wakil dari Obama untuk bertemu Muammar Gaddafi bagi menyampaikan perutusan dari Presiden nya, Obama. Tempuh 24 jam supaya diplomat Amerika meninggalkan Libya kerana kesalahnan nya itu telah di tarik balik, disebabkan Washington memberitahu Libya, mereka akan membatalkan kunjungan George Mitchell ke Libya, apabila Tripoli melaksanakan ancaman untuk menghalau mengusir diplomat itu.

Yang pasti nya Gaddafi ada kepentingan juga dengan kunjungan George Mitchell itu, sebab itu depa pun terpaksa menarik balik kenyataan supaya diplomat Amerika meninggalkan Libya dalam masa 24 jam.

Minggu lalu "Pihak berkuasa Libya meminta Setiausaha Urusan Politik di kedutaan besar Amerika di Tripoli untuk meninggalkan Libya dalam masa 24 jam," lapur edisi online akhbar OEA.

Ingatkan tindakan mengusir diplomat oleh Libya itu Nampak macam berani dan tedas dan agaknya sesuailah dengan perwatakan presiden nya, tapi Amerika pun ada caranya untuk ‘melonggarkan’ kekuatan Gaddafi.