BN jangan suka buat temberang

Friday, November 19, 2010


Saudara Pengarang,

UMNO/BN hari ini mengumumkan akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk membincangkan persiapan untuk mengadakan pilihanraya umum yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, pilhanraya boleh berlaku pada bila-bila masa terdekat, sama ada bulan hadapan, dua bulan atau 30 bulan.

Melihatkan fenomena ini, kita dapat merasakan bahang pilihanraya menjadi semakin dekat menemui kita berasaskan kesungguhan UMNO/BN merangka persiapan yang begitu rapi; di samping cerita-cerita pojok memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat juga meyakinkan kita bahawa sesungguhnya UMNO/BN gentar untuk menghadapi tentangan Pakatan Rakyat.

Shahrizat Jalil dengan angkuhnya menyatakan Pakatan Rakyat akan berkecai. Apakah beliau lupa bahawa beliau kalah dengan ditangan seorang Srikandi PKR? Apakah beliau tidak sedar rakyat Lembah Pantai telah menolak beliau? Atau mungkinkah beliau tidak sedar beliau sebenarnya telah gagal dalam memimpin rakyat maka kerana itulah beliau ditolak dalam PRU-12.

Kepada kepimpinan UMNO/BN, jangan merasa bongkak. Kami dalam Pakatan Rakyat juga sedar berlaku juga pergeseran, peretakan, kemelut dalam UMNO/BN. Cuma media pandai simpan rahsia, maka segala kepincanggan dalam UMNO/BN tidak dapat di kesan dan dihidu. Hanya orang dalam sahaja yang tahu. Bagaimanapun kami di luar UMNO pun ada terhidu, cuma biarlah masa yang menentukannya.

Katalah apa sahaja keburukan Pakatan Rakyat dan PKR, tapi rakyat lebih ariff menilai. Fikirlah sendiri, 15 PRK berlangsung selepas PRU12, dari 15 kerusi berapa sahaja yang UMNO/BN dapat? Hanya lima kerusi! Lebih menyedihkan, dua buah kerusi kuat UMNO/BN jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Kerusi Ijok dulupun BN menang, tapi bila tiba PRU sebenarnya, siapa dapat? Bukankah Pakatan Rakyat? Cakap banyakpun tak guna, kita sendiri lihatlah nanti di PRU13. Biarlah rakyat Malaysia menentukan secara demokrasi. Jangan pula nanti dek kerana takut kekalahan, bertan-tan zink dan papan dihadiahkan kepada rakyat kampung demi untuk beli jiwa mereka.

Jangan pula nanti kerana taksub mahu beli undi rakyat Malaysia, kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan berbillion-billion ringgit untuk memberi ‘hadiah’ sehingga Malaysia Bankrap sebaik sahaja selesai PRU? - DATUK HALIK ZAMAN



DATUK HALIK ZAMAN