Ahmedinejad pecat Menteri Luar nya Motakki.

Tuesday, December 14, 2010

Manouchehr Mottaki

Secara mengejut dan sehingga ini masih tiada apa lagi sebarang ulasan dari Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, beliau mengambil tindakan memecat Menteri Luar Negeri nya, Manouchehr Mottaki. Berita ini di alpurkan, IRNA, pagi tadi 13/12/2010.

“Saya mengucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan diatas kerja kerja dan bakti nya,saudara Mottaki,” begitu pesan Ahmadinejad sebagaimana dalam lapuran berita Irna.
Mottaki adalah seorang diplomat, Ia dilantik menjadi Menteri Luar Negeri Iran pada bulan ogos 2005. Ketika ini Mottaki masih berada di Senegal untuk satu tugas lawatan resmi.
Mottaki yg begitu lancar berbahasa Inggris itu juga boleh berbahasa dalam bahasa Urdu dan Turki. Ia adalah lepasan di bidang pendidikan ilmu sosial dari Universiti Bangalore, India. Pada 1991, ia lulus dari jurusan hubungan internasional Universiti Teheran.

Setakat ini tiada apa apa ulasan atau sebab sebab mengapa beliau di pecat. – m/cahaya/kompascetrak IRNA.