Dua hacker's German ceroboh & curi gambar telanjang artis2 top dunia

Friday, December 3, 2010


Kesha Rose Sebert bernasib baik kerana menangguhkan kiriman duit ugutan

Dua orang hacker dari Jerman berjaya menembus dan menghack komputer 50 artis top dunia melalui virus Trojan. Para hacker itu telah mengambil lagu lagu terbaru yang belum dirakamkan lagi, kad kredit, email dan gambar telanjang para artis tersebut.

Pihak Polis kemudian berjaya mengesan lokasi dua hacker yg berusia 17 dan 23 tahun itu kemudian menangkapnya, setelah hacker itu berbual di internet. Mereka di agakkan telah telah mengambil lagu lagu terbaru dan video seks bintang terkenal seperti Lady Gaga, Rihana, Justin Timberlake dan beberapa artis ternama yg lain.

Para hacker itu juga menghadapi tuduhan membuat pengungutan setelah berjaya mengambil berbagai koleksi gambar dan video seks para bintang top dunia itu. Dua hacker yg berasal dari Duisburg, Jerman itu telah membuat pengakuan kesalahannya kepada polis. Penyiasatan dalam kes ini, turut melibatkan FBI dan Federal Police Service Jerman.

Sven Kilthau dari Universal Music di Jerman yang bertanggung jawab atas publisiti bintang Lady Gaga dan Rihanna, melahirkan kekecewaan nya. "Ini benar-benar menakutkan dimana seseorang tidak begitu aman di manapun mereka berada," katanya seperti yg dilapurkan akhbar telegraph (2/12).

Pihak polis berkata, hacker itu menceroboh ke komputer para artis top dunia itu dengan ‘menggunakan’ virus Trojan kemudian menguasai dan menceroboh isi komputer. Sehinggakan gambar telanjang penyanyi Kesha dari Amerika telah diambilnya dan kemudian diguna untuk mengugut penyanyi tersebut. Walau bagaimana pun penyanyi Kesha 24 tahun itu sempat membatalkan pengiriman duit tebusan.

Mereka turut menerima tuduhan, mengambil lagu lagu terbaru yang belum disiarkan dan dijual secara haram kepada produser secara gelap

Kejahatan didunia maya ini telah membuat takut kepada pihak pengurusan yang mengelola para artis artis top dunia apatah lagi merasa tidak selamat selain hak cipta mereka diambil juga melibatkan pekara pekara pribadi tanpa pengetahuan pemiliknya.
- m’cahaya/widodo & telegraph