Gaddafi membisu rahsia jururawat cantik nya bocor di Amerika

Wednesday, December 1, 2010

Galyna Kolotnytska berasal dari Ukraine

Pemimpin Libya yang pernah jadi musuh nombor wahid Amerika Syarikat, Muammar Gaddafi, mempunyai hubungan yg agak rapat dengan seorang ‘jururawat’ yg berasal dari Ukraine " Hubungan mereka dikatakan sangat rapat, sehingga dimak;lumkan yg Gaddafi sangat tergantung pada wanita yang selalu mengikut nya kemana pun dia pergi itu.

Demikian salah satu isi dalam file rahsia Jabatan Luar Negeri Amerika Serikat yang bocor kepada umum melalui site Wikileaks. Gaddafi juga disebut-sebut "selalu bimbang terbang di atas air, lebih suka tinggal di tingkat bawah, dan hampir tidak keman mana jika tanpa jururawat Ukraine itu."

Diplomat di Tripoli menggambarkan bagaimana pemimpin Libya tampaknya tergantung pada Galyna Kolotnytska, nama perawat itu, sehingga dia "tidak dapat melakukan perjalanan tanpa Kolotnytska".

Diplomat Tripoli juga memberitahu yg pemimpin Libya itu terlalu sangat ‘mengharapkan. Si-jururawat itu dalam banyak hal.

Galyna Kolotnytska, juga merupakan seorang yg cantik serta banyak pekara yg membuatkan si- Gadaffi ini menjadi semakin rapat.

Dalam nota yang dikirim kepada Menteri Luar Negeri AS, Hillary Clinton, bulan September 2009, petugas kedutaan Amerika melapurkan akan hubungan mereka ini. Yang pasti mesti ada sesuatru agenda bagi pihak Amerika yg mengambil berat hubungan keduan mereka ini.

Kolonel Gaddafi pernah menggunakan jet peribadinya dari Libya ke Portugal untuk bertemu dengan wanita jelita ini semasa proses visa wanita ini agak lewat. "Seorang ahli politik Ukraine baru-baru ini menegaskan bahwa Galyna Kolotnytska selalu menyertai perjalanan Gadaffi kemana sahaja," ini adalah antara catitan yg di rahsiakan olej pihak Amerika.

Hingga hari kedua setelah dokumen itu bocor, Gadaffi belum lagi memberikan sebarang komentar nya. – mengejarcahaya/ Siwi Tri Puji B/AP