Manohara menangis gol Malaysia dibolosi kali ke 2

Thursday, December 30, 2010


Hingga ke hari kedua berlalu nya pertembungan antara Malaysia dan Indonesia dalam kancah perebutan piala Suzuki, ramai pencinta sukan itu masih memperkatakan nya. Tak kira diIndonesia mahupun Malaysia.

Begitu juga dengan Manohara Odelia Pinot, salah seorang penseni tanah seberang cukup berminat mengikuti perkembangan bolasepak piala itu dan beliau cukup hit mengatasi Julia Perez yg dikatakan bakal memakai ‘baju’ sexy laser hijau apabila menonton perlawanan akhir di stadium Bung Karno. Manohara menduduki tangga teratas dalam pencarian google berkaitan dengan perlawanan akhir bolasepak piala Suzuki.

Bekas isteri putera sultan Kelantan itu, yang menonton dan duduk sebaris dengan para VIP secata spontan menitis airmata apabila Malaysia dibolosi gol kedua rembatan M.Ridwan.

Dia merasa kesal dan terharu apabila Firman Utina gagal menghasilkan gol ketika tendangan penalty dan Malaysia menjaringkan gol pertama dalam perlawanan itu.

Pada mulanya gua punya geng kat belakang tu, ingatkan Manohara menangis kerana gol Malaysia dapat diboloskan lawan, tapi menangis kerana Indonesia Berjaya mengatasi dua gol berbalas satu. Mungkin juga beliau menangis dalam kehampaan untuk Negara nya menjadi juwara.