Pencacai termakan lada?

Tuesday, December 7, 2010


Saya ingin bertanya kepada pencacai UMNO@Jaafar Mustapha yang berpangkat JKKK, ‘Kasta’ paling rendah dalam UMNO, adakah termaktub dalam Al-Quran, dan hadis bahawasanya yang tua mati dahulu dan yang muda mati kemudian? Kalau ada,..

saya cabar Jaafar Mustapha untuk membuktikannya. Kalau tiada, ternyata akidah anda mungkin terpesong dari landasan ISLAM sebenarnya.

Pencacai ini menyalak bagai nak rak, seolah-olah mengharapkan ada pemimpin atasan UMNO terbaca tulisannya yang kononnya ‘membela’ UMNO dan tidak mustahil mengharapkan ‘bayaran’ balik atas ‘keberaniannya’ menghentam kepimpinan PKR.

Agaknya elaun Pengerusi JKK tidak cukup banyak untuk menampung kehidupannya barangkali. Maklumlah kos sara hidup telah meningkat tinggi, jadi cara terbaik, buat komentar menghentam, harap-harap ada terbaca dan menghulurkan ‘imbuhan’. Simple as that?

Kenapa tidak suruh Rais Yatim, malah Najib pun dah beruban putih, berundur? Saya tidak percaya umur mereka masih lagi dalam lingkungan 30-an atau 40-an? Mereka pun termasuk golongan ‘tua’ juga? Jadi mengapa tidak minta mereka disingkirkan?

Wahai pencacai Jaafar anak Mustapha, sendiri punya dosa pun menimbun, janganlah sibuk-sibuk mengungkit dosa orang lain. Apakah anda bersih dari segala dosa? Anda bukan Allah swt yang bisa menghukum sesama insane. Sedarlah anda itu pun tidak lebih dan tidak kurang hamba Allah seperti Anwar dan Halik. Sebab seingat saya dalam Al-Quran dah tertulis, Nabi yang terakhir adalah Nabi Muhammad, tidak mungkin ada lagi Nabi lain.

Berhentilah dari berperangai seperti ‘Anjing menyalak gunung’ kerana semakin anda salak, semakin kuat gunung itu. Namun bagus juga teruskan usaha-usaha kotor anda, supaya rakyat akan lebih bersimpati dengan PKR.

Apa kurangnya pengkhianatan dalam UMNO dan BN? Lupakah anda wujudnya SEMANGAT 46 sedikit masa lalu? Siapa salah seorang darinya? Bukankah Rais Yatim, yang kini diangkat sebagai salah seorang Menteri Najib? Apa cerita sengketa M.Kayveas dan T.Murugiah? Sengketa sesama sendiri, inipun ciri-ciri kes pengkhianatan juga.

Lupakah anda semasa era pemerintahan Pak Lah? UMNO terbahagi kepada dua puak. Puak Pak Lah dan Najib? Blog-blog dicipta untuk menghentam Pak Lah sana-sini, adakah ini bukan etika pengkhianat? Mahathir yang dah ‘tua’ itu pun sana-sini memalukan Pak Lah dengan kenyataannya? Itu cerita apa wahai sang pencacai? Kalau ya mahu membodek, berpada-padalah. Jangan terlampau taksub dengan simptom dan budaya UMNO.

Inilah budaya UMNO yang dapat kita lihat dengan sejelas-jelasnya. Kalau sudah rasa mahu karam itu cepat-cepatlah cari daratan untuk selamatkan diri. Janganlah mengharapkan kapal UMNO/BN yang dah bocor-membocor tu. Janganlah sibuk mahu ‘menampal’ kebocoran dengan menjaja keburukan pihak lawan. Semakin anda memburukkan, semakin rakyat simpati dan beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

Pencacai Jaafar Mustapha tidak pula mengatakan Rais Anak Yatim, Najib, Tengku Razaleigh berhenti saja dari UMNO? Kenapa Anwar Ibrahim dan Halik Zaman pula yang menjadi sasaran? Pencacai Jaafar kalau mahu cepat naik pangkat dari JKKK kepada YB, harus minta Musa Aman letak jawatan kerana dialah nasib Jaafar tetap jadi JKKK selama-lamanya.- FIRDAUS OTHMAN/sabahkin