Salji turun di Timur Tengah selama dua hari

Monday, December 13, 2010

Salji di Jalan Abu Rummaneh dengan latar belakang Gunung Kassyoun di Syria, 2004 lalu.

Beberapa buah negara di Timur Tengah dilanda angin kencang, hujan lebat dan salji selama dua hari ini. Ombak kuat menenggelamkan sebuah kapal di laut berhampiran dengan Israel, kelancaran perlayaran melalui terusan Suez agak tertjejas.

Kapal-kapal terpaksa ditunda dan diawasi ketika melewati Terusan Suez dan beberapa pelabuhan di Mesir, baik di Laut Merah maupun Laut Tengah, termasuk pelabuhan terbesar Iskandariyah ditutup kerana kelajuan angin mencecah 60km/jam.

Sebahagian jadual penerbangan terpaksa ditunda Ombak setinggi 10 meter merosakan sebuah kapal nelayan di Lebanon. Di Syria salji turun dan menutupi jalan-jalan ibu kota Damasyik dan terpaksa ditutup.Penurunan Salji juga pernah di Syria pada 2004 lalu.

Kejadian ini mengakhiri musim kering yang panjang di Lebanon, Syria dan Israel dan berlaku hanya seminggu setelah lebih 40 orang terbunuh kerana kebakaran hutan di Israel baru baru ini.

Seorang wanita meninggal dunia ketika sebuah pokok menghempap ke atas keretanya di bandar pelabuhan Lebanon. Kapal barang Moldova karam di laut pantai pelabuhan Israel, Ashdod. Semua awak kapal yang seramai 11 orang dapat diselamatkan.
- kompas/Bbc