Demonstrasi Mesir, keluarga Mubarak lari ke England

Thursday, January 27, 2011


Kebangkitan rakyat menular pula ke Mesir, setelah rakyat Tunisia berjaya menumbangkan presdiden nya Ben Ali dua minggu lepas. Mesir adalah sekutu terkuat Amerika.

Walau pun pihak keselamatan Mesir menghalang para penunjuk perasaan, sekarang sudah masuk hari kedua mereka keluar dijalan jalan raya dan dari Kaherah mereka berarak juga di Mansoura, Tanta, Aswan, Asyut bagi menuntut memulihkan ekonomi dan menurunkan Hosni Mubarak.

Kekuasaan Hosni Mubarak sudah tiga dekad dan menurut Press TV rabu lalu, para pendemo telah membakar pejabat National Democratic Party di Bandar pelabuhan Suez.

Berikutan dengan protes rakyat yg semakin besar, anak presiden sendiri iaitu Gamal Mubarak membawa keluarganya berlepas ke London kelmarin 26/1 menurut lapuran akhbar Al Arab

Gamal Mubarak yg dijadualkan sebagai pengganti ayah nya itu melarikan diri ditengah tengah kesebukkan protes rakyat yg terbesar setakat ini sejak tiga dekad ayah nya berkuasa.

Keberangkatan Gamal keluar negeri bakal meningkatkan lagi ketegangan dalam negeri Mesir. Polis anti rusuhan yg bersenjata berat telah dikerahkan kebandar bandar besar untuk memulihkan keadaan, dan membubarkan konsentrasi massa.

Kumpulan pembangkang mengambil kesempatan menyerukan kepada masyarakat untuk turun ke jalanraya bagi meneruskan lagi membantah Hosni Mubarak. Menurut beberapa org saksi, penunjuk perasaan membaling bom Molotov ke balai Polis di al-Arbayen Suez, tetapi Al-Masry Al-Youm tidak dapat mengesahkan hal sebenar.

Sejak 25/1 lalu ribuan orangramai membanjiri Kaherah meminta Hosni meletak jawatan dan dalam peristiwa demonstrasi itu dilapurkan 55 orang cedera dan empat orang termasuk seorang anggota polis terbunuh. – irib m/cahaya ref:radio Iran