Malta tolak jet Aisha Gadhafi & Lebanon pula larang jet Hannibal Gadhafi mendarat

Thursday, February 24, 2011

Aisha Gadhafi

Malta telah menolak pendaratan sebuah kapalterbang dari Libya Airlines yg dikatakan membawa Puteri Aisya Gaddafi pada 23/2 kelmarin. Pesawat itu berputar putar selama 20 minit diruang udara Bandar antarabangsa Malta sebelum kembali semula ke Libya sepertimana lapuran dari Reuters.

Manakala itu beberapa pemimpin dunia mula mengutuk kekejaman Gaddafi dan termasuklah Presiden Peranchis Nicolas Sarkozy, Presiden Peru serta Chancellor German Angela Merkel menyeru mengenakan tindakan terhadap Libya kerana membunuh rakyat sendiri.

Sementara itu kerajaan Lebanon pula juga telah menolak dari memberi keizinan kepada sebuah pesawat peribadi putera Muammar Gaddafi mendarat dilapangan Negara itu. Kapalterbang itu membawa isteri Hannibal Gaddafi untuk kembali ke nagara asal nya Lebanon. Difahamkan beberapa orang anggota keluarga Gaddafi turut bersama dalam pesawat itu.

Hannibal Gadhafi

Beirut menolak hasrat Tripoli itu kerana pihak berkuasa nya takmahu menyatakan butir butir terperinci berkenaan dengan penumpang dan barangan yg dibawa pesawat itu. "Lebanon menolak permintaan tersebut," kata pejabat itu tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Keluarga Gaddafi tidak dialu alukan untuk ke Lebanon setelah kes hilangnya secara misteri ulama terkemuka Syiah Imam Mousa al-Sadr. Pada tahun 2008, pemerintah Beirut mengeluarkan surat perintah penangkapan untuk Gaddafi atas hilangnya Sadr. – irib24/mencahaya