Pemberita Wanita Terkenal CBS digomol ganas di Mesir

Thursday, February 17, 2011

Lara Logan sebelum di serang

Wartawati terkenal CBS, Lara Logan turut membuat liputan berita di era kejatuhan HosniMubarak di Mesir.

Beliau juga membuat liputan berita semasa hari terakhir Mubarak melepaskan jawatannya sebagai presiden. Lara Logan diserang secara ‘sexual’ oleh sekumpulan orangramai lebihkurang 200 orang di medan Tahrir.

Lara dan ramai lagi wartawan dikelilingi para penunjuk perasaan yg agak keterlaluan setelah ‘merayakan’ kejatuhan Mubarak. Berita ini di ambil dari akhbar Australia, Morning Herald 16/2 dan disiar secara rasmi oleh syarikat tempat beliau bertugas Television CBS.

Lapur CBS lagi, dalam keadaan tak terkawal itu Lara Logan sudah terputus hubungan dari kumpulan kru nya dan beliau di’keronyok’ secara ganas oleh ramai lelaki yg mengeliling nya sebelum beliau diselamatkan sekumpulan wartawan dan 20 orang tentera Mesir.

Lara Logan pemberita Television CBS 39 itu berangkat pulang pada keesukan nya ke Amerika serta menerima rawatan di hospital.

Kumpulan pemerhati media,berkata sekurang-kurangnya 52 wartawan telah diserang dan 76 telah dipenjarakan semasa pergolakan di Mesir yang pimpinan Mubarak minggu lalu.